Sunday, 15 December 2019
Tuesday, 10 October 2017
Shaklee Product
PRODUCTS
Nutrisi Asas ( Essential Nutrition )
Thursday, 21 September 2017
Cara menghasilkan kulit yang sihat
Tuesday, 11 October 2016
Jom Kurus : Diet Komunis
Minum air putih sahaja ukuran 25kg =1litre
Yahoo! Lets do this..
Ambil sejenis makanan tambahan yang dipercayai. Saya lebih percaya kepada diri sendiri sebab kalau kita beli makanan tambahan tapi kita tak jaga pemakanan kita yang lain, apa gunanya kan.
So, dengan adanya supplement tambahan kepada saya. Maka dengan mudahnya saya turunkan berat badan 3 bulan je. Sebab sekali je saya order supplement ni lepas tu saya stop dulu takut jadi jerangkung pulak. Kalau tak percaya boleh tanya kawan-kawan saya yang sama-sama bekerja di HQ Pizzahut Operations saya ni kurus habis sampai ramai yang challenge nak jadi macam saya.
Thursday, 8 September 2016
Cara Untuk Kecilkan Saiz Betis
- Joging
Joging adalah pilihan lain yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah betis besar.
Berdiri tegak dengan posisi kedua kaki terbuka lebar. Setelah itu, tangan diletakkan di pinggang dan lutut dibengkokkan. Tahan selama beberapa saat, lakukan secara berulangkali pada setiap hari.
- Squat Di Lantai
Squat di lantai bolehdilakukan dengan cara mengiringkan tubuh di lantai sambil salah satu kaki di angkat ke atas. Lakukan bergantian selama beberapa saat. Bukan setakat lemak di betis yang boleh mengecil, otot paha juga akan jadi semakin terbentuk dengan squat di lantai.
Selain menyihatkan, jalan kaki juga boleh mengecilkan lemak di betis. Pilih waktu pagi untuk jalan kaki kerana udara pagi cukup menyegarkan dan membuatkan aktiviti tersebut menjadi semakin menyenangkan.
- Lunges
Mulakan dengan posisi berdiri dan kedua kaki terbuka lebar, salah satu kaki maju ke depan dan lutut dibengkokkan sampai ke lutut kaki belakang menyentuh lantai. Ulangi sebanyak 15-18 kali setiapkali melakukan gerakan tersebut.
(2) Tips Nak Kecilkan Peha Pulak....- Mengatur pola pemakanan anda. Jika anda tidak dapat mengatur pola pemakanan dengan betul, bermakna sia-sia sahaja usaha anda bersenam untuk kecilkan paha.
- Mengurangkan pengambilan makanan yang mengandungi lemak yang tinggi. Pengambilan makanan berlemak merupakan faktor utama paha menjadi besar. Oleh sebab itu, kurangkanlah pengambilan makanan yang berlemak. Gantikan dengan makanan yang lebih sihat dan mempunyai khasiat yang baik untuk tubuh badan anda. Secara tidak lansung, ia dapat membantu mengurangkan lemak dalam badan anda!
- Memperbanyakkan makanan berserat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran. Tahukah anda makanan yang mempunyai serat yang tinggi dapat membantu untuk mengurangkan saiz paha? Ini kerana makanan berserat mempunyai khasiat yang sangat tinggi dan kurang lemak.
- Makan juga makanan seperti kekacang kerana kacang dapat menghilangkan lemak jahat yang ada di dalam tubuh.
- Kurangkan minyak di dalam setiap hidangan. Anda boleh menukar kepada minyak yang diperbuat dari jagung ataupun kacang tanah.
- Gunakan produk kesihatan. Makanan tambahan dapat membantu dalam mempercepatan proses mengecilkan bahagian paha dengan cepat. Tetapi anda perlu memastikan bahawa ia telah mendapat kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia.
: Semestinya saya guna Shaklee untuk bakar lemak2 degil yang dah bertahun bersarang..Shaklee ID 1230471.. - Karbohidrat yang terkandung di dalam nasi putih,roti putih,bubur, lontong bahkan kerepek kentang akan menyebabkan lemak mudah berkumpul di bahgaian paha. Elakkan dari mengambil makanan ini dalam jumlah yang banyak.
- Minum teh hijau. Hal ini adalah kerana teh hijau sangat berkhasiat untuk membakar lemak yang terdapat di dalam tubuh seperti lemak di bahagian paha.
- Banyakkan meminum air putih kerana ia dapat membantu dalam proses mengeluarkan peluh.
Senaman 1: “The Hip Squat”
Pastikan anda berada dalam posisi berdiri. Kemudian,buka sedikit kedua-dua kaki anda, iaitu selebar bahu. Turunkan badan anda sehingga lutut membentuk sudut 90 darjah.
Kemudian,pegang lutut anda dan tahanlah selama 2 minit lalu kembali ke posisi berdiri. Lakukan senaman “The Hip Squat” ini sebanyak 20 kali.
Senaman 2: “The Back Kick”
Cari meja setinggi punggung anda dan hadapkan diri anda ke meja tersebut sambil kedua-dua tangan memegang meja tersebut. Angkat secara perlahan kaki sebelah kanan ke atas sehingga lutut membentuk sudut 90 darjah.
Biarkan punggung anda tetap lurus dan tahanlah posisi itu selama 2 minit . Kemudian lakukan posisi yang sama dengan menggunakan kaki kiri pula. Lakukan senaman “The Back Kick” ini sebanyak 10 kali bagi kaki kanan dan 10 kali bagi kaki kiri.
Senaman 3: “The Hip Extender”
Pastikan berada di dalam posisi berdiri. Buka sedikit kedua-dua kaki, iaitu selebar bahu anda. Angkat kaki kanan anda setinggi yang mungkin, sambil menurunkan kaki kiri anda.
Kemudian kembali ke posisi asal semula dan lakukan hal yang sama untuk kaki sebelah kiri. Lakukan senaman ini sebanyak 10 kali bagi kaki kanan dan 10 kali bagi kaki kiri.
Senaman 4: Bersenam Dengan Menggunakan Trampoline
‘Trampoline’ sangat baik untuk peredaran darah dan oksigen, pembakaran lemak dan kalori serta membentuk kaki dan pinggul yang cantik. Anda cuma perlu melompat paling kurang selama setengah jam untuk setiap sesi.
Senaman 5: Senaman Baring
Baringkan badan anda secara mengiring di atas lantai dengan sebelah tangan anda ke atas dan berbantalkan lengan anda sendiri. Kemudian,angkat kaki kanan anda ke atas setinggi yang boleh,tarik nafas dan pusingkan kaki yang diangkat tadi mengikut arah pusingan jam.
Gerakkan seluruh kaki tanpa menggerakkan pinggul anda bersama. Kemudian lakukan gerakan yang sama dengan menggunakan kaki kiri anda dan juga arah baringan anda. Setiap satu pusingan boleh dilakukan sebanyak 5 kali. Lakukan sehingga 10 kali untuk kedua-dua belah kaki.
Senaman 6: Naik Turun Tangga
Dengan hanya melakukan senaman menaiki tangga selama 5 ke 10 minit sehari,ia boleh mengecilkan punggung lebar dan pada masa yang sama, ia baik untuk kesihatan anda.
Pemakaian kasut tumit tinggi juga boleh membantu anda untuk membentuk otot betis dan paha sekaligus untuk punggung anda. Namun, pastikan anda tidak memakai kasut tumit tinggi yang melebihi 2 inci kerana ia boleh mendatangkan bahaya buat anda.
Perkara yang perlu dielakkan..
- Elakkan daripada duduk terlalu lama
Tabiat duduk yang lama tanpa ada sebarang pergerakan akan memberi kesan buruk kepada tubuh badan terutama pada bahagian pinggul dan juga tulang belakang anda. Oleh itu,setiap satu atau dua jam anda perlu bangun untuk melakukan regangan.
Salah satu sebab yang mempengaruhi bentuk punggung adalah adalah berat badan kerana lemak-lemak yang berlebihan akan menyebabkan punggung menjadi lebar. Kawal pemakanan anda dengan cara mengamalkan diet rendah lemak dan tinggi protein serta mengambil vitamin yang baik untuk tubuh.
Elakkan memakai seluar dalam atau pakaian yang terlalu ketat di bahagian pinggul kerana mitos mengatakan pakaian ketat memang boleh membuat pinggul nampak menonjol tetapi akibatnya bentuk punggung akan menjadi tidak sekata. Oleh itu,gunakan seluar dalam atau pakaian yang longgar.
(4) Tips Nak Kempiskan Perut Ni...
- Sit Up
Sit up merupakan gerakan mengangkat tubuh bahagian atas daripada posisi telentang ke atas dengan menggunakan otot perut. Di samping itu, anda boleh juga menggabungkan dengan ‘crunche’ iaitu mengangkat bahagian tubuh sebanyak 30 darjah daripada posisi awal, ke kiri dan ke kanan secara bergantian.
2. Push Up
Push up cukup berkesan untuk membakar lemak tubuh.Jika anda tidak berupaya melakukan push up dengan tumpuan di hujung jari kaki, anda boleh mencuba push up dengan lulut sebagai tumpuan. Apabila anda sudah yakin dengan kekuatan tangan, jangan lupa untuk mencuba melakukan push up dengan menggunakan hujung jari kaki sebagai tumpuan bagi mendapatkan hasil workout yang lebih baik dan cepat.
3. Squat
Ia merupakan gerakan duduk di kerusi bayangan. Ketika melakukan squat, anda akan menggerakan tubuuh naik-turun dengan kaki sebagai tumpuan.Bagi permulaan, anda boleh melakukan squat sebanyak 50 kali. Bagi anda yang belum biasa melakukannya, sudah pasti akan mengalami sakit pada bahagian kaki di permulaan anda workout. Setiap hari anda perlu tambahkan latihannya sedikit demi sedikit supaya lemak-lemak yang ada di perut terbakar dan berubah menjadi otot.
(5) Tips Nak Kecilkan Lengan yo..
- Angkat berat
Jika anda mahukan lengan yang kurus, anda perlu mengamalkan latihan angkat berat sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Anda boleh membeli dumbbell di mana-mana kedai perlatan senaman berhampiran. Selain itu, anda boleh mencuba alternatif lain seperti mengangkat tin atau botol berisi air di rumah. Cuba lakukan seberapa banyak set yang anda mampu.
- Boxing
Lakukan boxing dengan menumbuk ‘punching bag’ ini akan membantu membantu kordinasi dan keseimbangan badan anda serta boleh membentuk lengan yang cantik.
Aerobik merupakan antara cara yang paling sesuai untuk menggerakkan keseluruhan tubuh badan anda. Lengan yang kurus juga boleh dicapai dengan latihan ‘kincir angin’. Angkat kedua belah tangan anda seperti kedudukan kincir angin dan tangan kanan cuba mencapai hadapan kaki kiri dan bangun semula dan ulang pergerakan dengan menggunakan tangan kiri untuk mencapai lantai hadapan kaki kanan anda.
- Push-up
Push-up dapat membantu mendapatkan lengan yang kecil kerana ia boleh membentuk lengan anda. Ia mengurangkan tisu-tisu lemak di bawah lengan. Untuk mendapat keselesaan yang lebih, anda boleh lakukan di rumah sahaja!
Cara Lain Mengecilkan Lengan
Anda perlu bijak menggabungkan kumpulan makanan supaya dapat membantu anda mendapatkan badan yang langsing dan lengan yang kurus. Utamakan makanan seperti sayur-sayuran, buah-buahan, daging, kekacang dan bijirin, makanan rendah karbohidrat, dan makanan berasaskan tenusu. Jika anda makan makanan dari kumpulan ini, anda akan mendapat hasil keputusan yang lebih baik.
- Minum banyak air
Air adalah penting untuk mengeluarkan toksin-toksin dalam badan. Tetapi jika anda meminum air secara berlebihan, ia boleh memberi kesan buruk. Oleh itu, minum air sebanyak 8 gelas sehari adalah baik.
(6) Tips Kecilkan Pipi Yang Chubby..
- Kunyah Gula-Gula Getah
Mengunyah gula-gula getah atau chew selain boleh menenangkan saraf dan menyegarkan bau nafas, ia juga boleh menguruskan badan serta meniruskan pipi anda yang ‘chubby’. Secara tidak langsung, ketika anda mengunyah gula-gula getah ia sudah membuat rahang dan pipi anda bersenam. Anda Cuma perlu mengunyah gula-gula getah setiapkali selesai makan. Tetapi, jangan makan secara berlebihan ya, nanti bukan pipi anda yang menjadi tirus. Sebaliknya anda mendapat sakit rahang gigi pula!
- Lakukan Senaman X-O
Caranya mudah sahaja, anda perlu menyebut “X” dan “O” secara terus menerus.Senaman wajah ini akan membuatkan kedua belah rahang akan tertarik terus menguat dan perlahan-lahan membakar lemak di pipi. Lakukan senaman ini setiapkali anda mempunyai waktu lapang, sambil memandu kenderaan atau sebelum tidur dan sebagainya.
- Naikkan Pipi
Cubalah senyum sambil mengangkat pipi anda dengan tinggi, biar pipi sampai mendekati mata. Lakukannya dalam keadaan anda senyum dalam keadaan yang tegang. Boleh juga dilakukan sambil menutup mata dan tahan selama beberapa saat. Lakukan secara berulangkali.
- Buka Mulut Luas-Luas!
Buka mulut luas-luas seperti ketika anda menyebut huruf A dengan penuh semangat.Tahan dalam bebeerapa saat sebelum anda menutup kembali mulut anda. Ulang beberapa kali selama beberapa minit. Lakukan aktiviti ini tiga kali sehari. Jangan berlebihan kerana ia boleh membuatkan rahang anda menjadi sakit.
5. ‘Fish Lips’
Tahu tak macam mana nak buat ‘fish lips’? Kalau tak tahu, cuba perhatikan bibir ikan dan ikutlah cara bibir ikan tersebut dengan mengapit bibir anda. Lakukan ‘fish lips’ ini sehingga bibir bahagian atas dan bahagian bawahut. Kemudian tahan beberapa saat dan lakukan secara berulang.
- Menyedut Pipi
Kecutkan bibir anda dengan menyedut pipi kiri dan kanan sekuat mungkin. Tahannya selama beberapa saat atau seminit.Kemudian lepaskan dan lakukannya secara berulang-ulang kali, terutama pada masa lapang.
- Kembang Kuncupkan Pipi
Caranya tutup mulut anda,lalu tiup seperti anda meniup belon dan isi semua pipi anda dengan udara. Terus tiup pipi sebelah kiri, biarkan selama beberapa minit. Kemudian tiup pipi sebelah kanan pula, dan lakukan secara berulang-ulang selama beberapa minit.
8. Buat Muka Lion Face
Buka mulut anda lebar – lebar, kemudian jelirkan lidah, buat pipi menjadi tegang sehingga wajah anda juga berada dalam keadaaan tegang. Tahan seketika, kemudian lepaskan. Lakukan secara terus menerus berulang-ulang.
Lakukan facial wajah atau lakukan urutan wajah.Lakukan sendiri di rumah dengan cara melakukan gerakan melingkar. Ia dapat membantu menringankan ketegangan dan perit setelah melakukan beberapa senaman wajah tersebut.
10. Senyum dan Ketawa
Ternyata senyum dan ketawa mampu meniruskan pipi. Bahkan dengan banyak tersenyum dan ketawa, otot – otot wajah akan menjadi relaks. Selain mampu kuruskan pipi, ia juga boleh membuatkan wajah anda selalu awet muda.
Info copy n paste..