Pages

Friday 13 December 2013

Petua Tambah Susu

Petua nak tambah susu ibu...



macam - macam benda aku buat sebagai cara nak tambah susu baby...sekarang Alhamdulillah sekali pump boleh dapat 10-12 oz...memang kena jadikan aktiviti memerah sebagai rutin...


Di sini nak share dengan BF mommy...insya allah dengan usaha kita...dapat berikan baby susu ibu sepenuhnya...walaupun dah kembali bekerja...


Antara Makanan yang boleh membantu pertambahan susu badan
1. water chestnut/sengkuang cina
2. kobis
3. halba (masukkan dalam nasi masa masak & minum air rebusannya minum)
4. laici
5. longan
6. lobak putih
7. sawi
8. kailan
9. tenggiri
10. bayam
11. peria
12. jantung pisang
13. soy based product
14. carrot- kalau buat jus carrot susu sedap!
15. Madu lebah asli
16. pegaga-jus atau ulam segar
17. pucuk manis/asin-asin
18. kurma
19. kucai +tauhu+taugeh
20. petola
21. kentang rebus
22. roti
23. biskut marrie
24. daun turi
25. ikan semua jenis ikan-ikan yu,ikan sardine, tuna, salmon
26. kacang buncis
27. cheese
28. planta





Minuman:
1. air masak
2. susu
3. soya
4. nestum
5. oat
6. horlick
7. milo
8. jus buahan
9. buahan betik
10. honeydew
11. rebusan buah pala
12. spirulina
13. air kelapa
14. rebusan air halba


Supplement yang perlu diambil:
1. Minyak Ikan jenis Omega 3
2. Herba pilihan jenis Alfalfa
3. Kalsium jenis Ostematrix
4. Vitamin C jenis Vita-C Plus

5. Multivitamin pelengkap jenis Vita-Lea
6. Sumber tenaga dalaman jenis B-Complex
7. Memberi rasa kenyang lepas menyusu jenis ESP (based soya)



Utk urutan plak:
1) sikat puting setiap hari, baca selawat pastu sikat dari atas ke puting....kanan dan juga kiri
2) cuci dengan berus gigi puting2 tuuu takut tersumbat liang2 puting susu hihi
3) kalau sebelum mengepam tuuuu, ambik kedua belah tangan urut dari atas terus lurutkan ke bawah...(baca selawat dulu)...insyaallah itu salah satu urutan utk BF


Masa pengepaman:
1) cuba pam sekerap mungkin, lagi banyak pam...lagi banyak pengeluaran susu cthnya 3jam sekali
2) mlm bagi baby isap kerap ....sebab bila mlm kalau bagi baby isap boleh membanyakkan pengeluaran susu juga
3) bila pam, pam sampai susu tak keluar.....nanti breast akan produce susu baru....istilah yang selalu guna mcm 'buang sampah...sampah dah penuh, buang dalam tong sampah...pastu ganti dgn plastik sampah baru' gitu jugak mcm air susu.. bila dah habis pam, die akan mengeluarkan susu baru. hihi
4) Sebelum pam minum air suam dulu....lepas pam pon minum jugak.
5) Jangan minum air sejuk/ais nanti susu cepat kering
6) Jangan minum teh/nescafe.... mkn supplement jangan tinggal. ❌❌


Ubat

Ubat untuk tambah hormone prolactin
 (* recommended)
1) Domperidone*
2) Maxolon
3) Metoclopramide (boleh jadi depression)
4) Motilium
5) Raglan (boleh jadi depression)




Cara-cara Lain

1) Baca surah Al Baqarah ayat 60. Sambil baca letakkan tangan pada breast tu. (satu lagi surah surah al-Hujurat)
2) Sapukan sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Kemudian layurkan pada api sehingga layu. Setelah suam, tekapkan pada buah dada. Lakukan setiap hari.
3) tuam tuala suam ke atas payudara
4) urut belakang
5) urut kat payudara
6) urut breast pakai sikat mcm sikat rambut
7) sentiasa berfikiran positif
8) invest pada pam susu yg berkualiti
9) Kerap menyusu bayi
10) kurangkan stress, jangan fikirkan perkara yang menyusahkan hati
11) Pastikan suami senantiasa menyokong dan membantu
12) Galakkan direct feeding jika ada bersama anak
13) Minum air secukupnya
14) doa
15) tawakkal



Kacang Tanah

Kacang tanah ini kaya dengan protein dan lebih lagi dari daging dan telur. Kebiasaannya dimakan bersama dengan susu kambing untuk menambahkan susu badan. Ada juga bayi yang alah pada kekacang, jadi ibu-ibu kena berhati-hati memilih ye.
menambah susu badan


Longan

Longan ini agak popular juga semasa saya dalam pantang anak kedua. Sebelum ini saya memang tidak kenal langsung "milkbooster" apa yang boleh diambil. Biasanya longan ini boleh didapati dari kedai ubat cina atau singseh kata orang. Ianya dalam bentuk kering dan bolehlah direbus dengan gula batu sedikit untuk memberikan rasa manis. Tapi longan ini tidak serasi dengan saya, pernah amalkan tetapi mungkin juga sebab longan ini agak panas, saya mengalami demam yang tinggi lepas mengambilnya. Mungkin tengok pada kesesuaian orang, ada ibu yang serasi bolehlah mengambilnya.
penggalak susu


Halba \ Fenugreek

Halba ini kalau perasan yang selalu ada dalam nasi dagang tu. Nasi dagang makanan orang timur. Atau biasa boleh didapati dari kedai mamak atau pasaraya-pasaraya. Ianya dikatakan boleh menambahkan susu badan juga. Caranya hanya cuci halba tersebut, rendamnya dalam segelas air panas dan airnya bolehlah diminum. Halba ini biasanya memberikan bau yang agak kuat, kemungkinan juga boleh berikan bau badan yang agak kuat pada pengamalnya.
penggalak susu badan


Lobak Putih

Biasanya dalam pantang selalu kita dihidangkan dengan sup lobak putih kan. Saya dulu semasa dalam tempoh berpantang, ada amalkan sup lobak putih, ringkas dan berkhasiat. Resepi ini adalah dari orang tua yang katanya bolehmenambahkan susu badan.
milk booster


Jantung Pisang

Satu lagi resepi tradisional. Boleh dibuat kerabu atau dibuat masak lemak, ianya juga dikatakan memberikan kesan kepadapertambahan susu badan ibu. Sedap dimakan, susu juga bertambah:)
milk booster


Pucuk Betik Muda

Rebuskan daun pucuk betik muda, dan airnya diminum. Ia dikatakan boleh melancarkan dan menambahkan susu badan ibu. Boleh diminum 2,3 kali sehari.
meningkatkan susu badan


Kurma

Kurma memang dikenali juga sebagai salah satu "milk booster" yang hebat. Ini kerana ia mengandungi unsur kalsium dan zat besi yang tinggi. Macam-macam respi boleh dibuat, makan begitu sahaja paling mudah. Jika mahu buat jus pun boleh. Kebiasaannya saya buat resepi kurma bersama susu. Campurkan 5 bijik kurma yang dibuang bijinya, blend bersama-sama dengan susu segar. Sangat best!
meningkatkan penghasilan susu badan


Habbatussauda/Jintan Hitam

Dikatakan juga sebagai penggalak susu. Ianya boleh direbus dan diminum airnya. Amalan ini boleh dilakukan seminggu 2,3 kali untuk mendapatkan hasil yang anda inginkan.
tambah susu ibu


Alfalfa

Alfalfa dikenali sebagai raja tumbuhan dan dikenali ramai sebagai salah satu penggalak susu yang popular. Ianya mengandungi kandungan fiber yang tinggi dan juga fungsi lain seperti agen pelawasan bagi ibu-ibu dan juga berupaya membuang angin dari badan.
milk booster
info:Internet
sebagai rujukan diri sendiri


Khusus kepada ibu-ibu yang menyusu di luar sana, ingin mendapatkan supplement tambahan semasa menyusu, boleh hubungi saya melalui Whatsapp. Saya akan consult dan guide cara mengamalkan set menyusu dengan cara yang betul sepertimana yang saya sendiri amalkan

AZA
Whatssap : 012-764 2393
Your Shaklee Independent Distributor 

FOLLOW OFFICIAL INSTAGRAM


@AdelaShoppe

10 comments:

  1. amazing sharing...tq.

    http://apapayahsangat.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. terima kasih untuk perkongsian ni..memang tengah mencari-cari petua utk menambah susu badan..

    ReplyDelete
  3. untuk saya, susu kambing bertindak sebagai milkbooster..pagi2 bancuh dgn vico:))..Saya juga mengamalkan hababtus sauda, alfalfa, ostematrix (kalsium), vitamin c, ESP (sumber protein) dan air suam 2-3 liter sehari...Alhamdulillah susu meriah..yang penting ikut konsep demand and supply.

    ReplyDelete
  4. wahh gud info dear! :)
    boleh cuba ni..hehe

    www.aminayu.com

    ReplyDelete
  5. mak aih..gambar2 makanan yg tambah susu ibu tu semua meggiurkan..tambah2 air longan dan pucuk betik jambut tu..tangkap leleh dik..hehe

    ReplyDelete
  6. setuju sangat.. sy memang amalkan minum air longgan untuk milkbooster.

    ReplyDelete
  7. setuju sangat.. sy memang amalkan minum air longgan untuk milkbooster.

    ReplyDelete
  8. mommy kena cuba semua sekali,manalah tahu ada yang sesuai dengan mommy

    ReplyDelete
  9. terima kasih untuk perkongsian ni. nanti saya pun nak cuba jugalah. nak perbanyakkan penghasilan susu..

    ReplyDelete