Pages

Showing posts with label Arissa. Show all posts
Showing posts with label Arissa. Show all posts

Tuesday, 6 October 2015

Teknik power pumping milk booster

Teknik POWER PUMPING

Menyusukan anak sehingga umur 2 tahun adalah target saya. Walaupun saya bekerja 8pagi -5 petang keperluan anak saya dahulukan. Cuma kadang-kadang sekali pump dapat sikit, kadang-kadang pula dapat banyak.
Mengikut kajian ia bergantung kepada tahap STRESS kita sehari. Jadi cuba tenangkan diri, buat sesuatu yang kita boleh jadi HAPPY. Bila emosi kita tidak terganggu maka proses pengeluaran susu juga akan lancar selancarnya bila di picit terpancut keluar macam pictol air hahha...
Faktor PEMAKANAN juga berperanan penting untuk mengatasi masalah ini. Bagi saya kalau kita nak keluarkan makanan/susu yang baik dan lengkap kepada anak kita juga perlu makan apa yang paling berkhasiat untuk diri kita. Sebab susu itu mengalir dari pemakanan kita jadi darah daging kita. Makanan itu mestilah Halal dan diyakini.
Bagi saya tiada istilah DIET dalam diri saya sebab lepas menyusu atau mengepam susu, confirm badan ni akan terasa lapar, menggigil seluruh tubuh. Masa ni otak terus search dimana ada makanan,jadi apa yang terbayang, terlintas difikiran terus capai masuk mulut. Tapi mestilah dari sumber yang halal. Saya tidak kisah jika berbelanja lebih sikit untuk makan saya sebab saya tidak perlu beli susu formula yang lebih mahal sebenarnya kosnya dari segi pemakanan dan kesihatan anak.

Jadi saya cuba cari solusi bagi masalah saya sendiri.


POWER PUMPING PADA WAKTU LUNCH

"Salam Cikgu. Dah lama saya nak tanya..boleh ke saya buat power pumping di tempat kerja..bila waktu lunch panjang macam hari jumaat? Dan bila pulak nak pump balik seperti biasa? 

Contoh: Saya akan start pump pukul 1.30pm sampai habis waktu lunch 2.30pm dan adakah susu akan bekurang jika saya mula start pump balik 2jam selepas 2.30pm?"

Jawapan cikgu: Wsalam. Boleh. Kalau nak buat powerpumping direct 1 jam rest tu pun boleh, tapi guna suction yang rendah je dan kerap guna stimulation phase. 

Breast yang kosong akan ambil masa 1 jam sahaja untuk refill semula. Tetapi untuk percepatkan breast refill semula, setiap kali lepas memerah/powerpumping MESTI MAKAN ya.
Amalkan pemakanan yang sihat.


Mommy pon boleh cuba pemakanan lengkap ibu menyusu oleh Shaklee.

TEKNIK POWER PUMPING

*Teknik ini disarankan untuk ibu yang mengalami kemeruduman susu dan mahu meningkatkan kuantiti susu perahan. 

BUAT TANPA TAPI, RESULT CERIA MENANTI!

Teknik powerpumping adalah dengan menggunakan breastpump oleh ibu yang terpaksa berjauhan dgn bayi pada waktu kerja. Ia untuk meniru pattern hisapan bayi semasa GROWTH SPURT (pecutan pertumbuhan/ beralih bulan). Pada waktu ini, bayi sedang mengalami pertumbuhan yang sangat pesat berbanding waktu biasa dan memerlukan kuantiti susu yang banyak untuk persediaan tubuh badannya dengan pertumbuhan ini. 

Sebab itu ibu akan perasan bayinya kerap menyusu atau mengempeng dan meragam, bukan tak cukup susu ya, tapi itu caranya untuk beritahu ibu yang dia sedang membesar dan memerlukan lebih banyak susu.

Jika ibu tidak bekerja atau hanya bekerja dari rumah, amat digalakkan ibu menyusu bayi on demand ya (bila-bila saja baby menunjukkan tanda-tanda mahukan susu). Jika ibu bekerja boleh amalkan teknik powerpumping ini dengan bersemangat, ok!

*PERINGATAN: TEKNIK POWERPUMPING BUKAN BERTUJUAN UNTUK MENGUMPUL SUSU, SEBALIKNYA UNTUK MENGHANTAR SIGNAL KEPADA BADAN UNTUK MENGHASILKAN SUSU YANG LEBIH BANYAK. DAPAT KUMPUL SUSU SEMASA POWERPUMPING ADALAH BONUS UNTUK IBU, YAY!

1) PP CARA SATU

1. Buat powerpumping all day long pada waktu bekerja. [Selagi ibu tidak perlu bergerak ke sana dan ke sini] Harapnya tiada halangan di office.
Caranya: gunakan suction level yang rendah, (atau stimulation phase - letdown phase) dan pasangkan pump, dan cover dengan shawl/nursing cover.

All day long tu bermaksud tiada limit masa, tak perlu hadkan masa. Selagi ibu boleh duduk di meja kerja, selagi itu on sahaja pump. Ini untuk hantar signal ke badan ibu untuk hasilkan lebih banyak susu.

2. Minum AIR SUAM apabila ibu rasa nak minum plain water, ELAKKAN air sejuk/ais. Minum sebelum, semasa dan selepas powerpumping. At least 3.5L sehari ye.

3. STANDBY roti/biskut dan milo/horlicks panas di sebelah ibu. Makan bila lapar. Powerpumping ni akan buat kita lapar sebab badan sedang bersedia untuk hasilkan susu yg lebih banyak. Amalkan pengambilan makanan lengkap dan sihat lebih bagus ya.

2) PP CARA DUA

1. Pilih 1 jam antara pukul 12 malam hingga 6 pagi. Pada waktu ini, hormon penghasilan susu lebih tinggi berbanding waktu lain, sangat sesuai bagi ibu hantar signal kepada untuk hasilkan susu yang lebih banyak.

2. Caranya: 

Single breastpump - Pump 10 minit kiri, 10 minit kanan, 10 minit kiri, 10 minit kanan dan teruskan bergilir sehingga satu jam. 

Double breastpump - Pump 20 minit, rest 10 minit, pump 10 minit, rest 10 minit dan teruskan bergilir sehingga satu jam.

ATAU

Teruskan mengepam menggunakan stimulation phase / suction level yang rendah sehingga satu jam.

3. Minum AIR SUAM sebelum, semasa dan selepas powerpumping. 

4. Setiap kali selepas sesi powerpumping, amalkan pengambilan minuman malt seperti milo/horlicks panas + roti/biskut high fibre. Ini untuk menggantikan kehilangan tenaga dan air yang digunakan semasa powerpumping tadi. Ini mempercepatkan breast refill untuk next pumping session pula.

3) PP CARA TIGA

1. Pilih 1 jam antara pukul 12 malam hingga 6 pagi. Atau waktu-waktu lain di pejabat atau di rumah, selagi sesi mengepam ini tidak mengganggu aktiviti harian ibu.

2, Caranya: menggunakan Double breastpump; 

Pump 20 minit, rest 20 minit, Pump lagi 20 minit, dan teruskan bergilir-gilir sehingga satu jam.

3. Sama juga, minum AIR SUAM apabila ibu rasa nak minum plain water, elakkan air sejuk/ais. Minum sebelum, semasa dan selepas powerpumping. 

4. Selesai sesi powerpumping, ambil makanan/minuman dengan segera untuk mengganti semula kehilangan air dan tenaga melalui powerpumping tadi. 

ATAU

Standby roti/biskut dan milo/horlicks panas di sebelah ibu. Makan bila lapar. Powerpumping ni akan buat kita lapar sebab badan sedang bersedia untuk hasilkan susu yg lebih banyak. Amalkan pengambilan makanan lengkap dan sihat lebih bagus ya. Ini mempercepatkan breast refill untuk next pumping session pula.

TAMBAHAN:

1. LAKUKAN POWERPUMPING INI DENGAN KONSISTEN SEHINGGA ADA PERUBAHAN KEPADA HASIL PERAHAN SEHARIAN.

2. IBU PERLU SENTIASA POSITIF DAN BERSYUKUR DENGAN HASIL PERAHAN YANG DIPEROLEHI.

3. STRESS IS THE BREASTMILK KILLER. BE HAPPY!

4. APABILA SUDAH BERJAYA MENINGKATKAN SUSU MELALUI POWERPUMPING, PATUHI JADUAL MENGEPAM SEPERTI BIASA, JANGAN CULAS YA!

5. IBU JANGAN LUPA UNTUK JAGA PEMAKANAN, TIDAK DIGALAKKAN MENGIKUTI DIET KERAS (SEPERTI MENGELAKKAN PEMGAMBILAN NASI/KARBOHIDRAT LAIN TERUS). KARBOHIDRAT PENTING UNTUK MENYALURKAN TENAGA KE BADAN IBU.

6. SENTIASA BERDOA MOHON REZEKI KEPADA ALLAH, KERANA REZEKI ITU DATANG DARI-NYA.

GOOD LUCK MOMMIES!

Info Internet

Khusus kepada ibu-ibu yang menyusu di luar sana, ingin mendapatkan supplement tambahan semasa menyusu, boleh hubungi saya melalui Whatsapp. 
Khas buat customer yang beli melalui saya, akan consult dan guide cara mengamalkan set menyusu dengan cara yang betul sepertimana yang saya sendiri amalkan.

Aza,
Whatssap : 012- 764 2393
Your Shaklee Independent Distributor 

FOLLOW OFFICIAL INSTAGRAM :

@AdelaShoppe 




Wednesday, 30 September 2015

Susu Colostrum Anak ku

Diari bersalin
Review - Susu


Susu Colostrum adalah susu pertama yang keluar selepas bayi lahir ke dunia ini. Kandungan nya dan khasiatnya tidak dapat di tandingi oleh susu yang ada di pasaran. Ia memberi imuniti yang pertama kepada bayi kita..So, itulah yang aku dapat simpulkan mengenai susu pertama di sebut juga sebagai colostrum.  Warna, kandungan, khasiat sangat berbeza dengan susu matang.
Susu matang adalah susu yang berwarna putih selepas susu pertama yg berwarna kuning di keluarkan. 
Hind milk (susu cair) pula terhasil semasa susu matang di keluarkan. Ia adalah susu yang cair tidak pekat. Biasanya berlaku pada saya bila lupa nak pam atau lambat pam. Kenapa pam pulak? Sbb kalau baby ada sama2 saya takde lah sampai bengkak dada tu. Rasanya macam nak pecah. Kalau masa awal2 dulu picit je dah terpancut susu. Tp skg dah 7bln, kenalah pam dan urut2 sikit baru lancar. Kalau dah setahun mcmana lah ye.Mudah2 berjaya kali ni buat anak syurga ku WN Arissa.

Kandungan susu juga mengikut keperluan bayi anda. Bkn lepas bersalin terus keluar susu 5oz terus ye.

No.1 - 12 Feb 15 (9.27mlm) day4


No.2 - 13 Feb 15 (5.18 pagi)day5



No.3 - 14 Feb 15 (2.29 ptg)day6



No.4 - 14 Feb 15 (9.28 mlm)day6



No.4 - 15 Feb 15 (5.37ptg)day7



Susu yang di perah ni semua saya simpan dalam botol, sejukkan dalam peti sejuk hospital (jenis satu pintu) dan saya bawa balik masa discharge. Sbb saya mmg dah standby botol2 kecil 5oz utk simpan susu masa mengandung dulu. Tapi tak banyan cuma 10pcs je jenis autumz. 
Alhamdulillah stok yang ada masih mencukupi. Simpanan saya jenis frozen ada yang 5oz dlm botol dan 9oz dalam plastik Autumz jenis (12oz).

Stok yang ada lebih kurang la:
5oz x 11btl = 55oz
9oz x 20pcs = 180oz
Total 235oz (15hari)
Sehari 3oz x 5 = 15oz
Haha ciput jer




Gadget untuk menyusu

Gadgets Menyusu

1. Medela swing - single
2. Freemie Cup
3. Lacte Duet - double


Tuesday, 18 August 2015

Milk Booster - Red Dates

Red Dates for milk booster..

Org cakap rebus red dates. Tp aku makan terus..Mudah mudahan berjaya..amin
Baby baru masuk 6 bulan 9 hari rasa pam pam susu macam dah kurang.. Agaknya kurang minum air laa😂...



Saturday, 15 August 2015

Menu Bayi 6m+

Menu Bayi 6m+
Info copy paste

Makanan lain yang boleh anda mulakan pada usia enam bulan termasuklah:
  • buah-buahan, seperti pisang, pir dan epal yang dipurikan;
  • sayur-sayuran, seperti lobak merah, labu dan bunga kubis.
Anda juga boleh cuba sayur-sayuran berkanji seperti kentang dan keledek. Penting bagi anda memberikan bayi makanan berperisa masin disamping yang manis pada tahap ini supaya dia tidak hanya gemarkan makanan manis sahaja. 

Makanan pejal atau solid food boleh dimulakan selepas bayi berumur 6 bulan. ^ bulan 1 hari, ibu2 dah boleh mula memperkenalkan anak dengan makanan pejal. Tetapi beberapa perkara harus di ambil kira iaitu:
1) Tidak mendesak anak mengambil makan terlalu banyak. Berikan bayi masa untuk belajar makan makanan pejal
2) Makanan pertama yang disyorkan adalah puree epal, puree pisang, puree betik, puree pear, puri apricot (puri buah-buahan- namun elakkan buah-buahan citrus) yang dilecek dan dicampurkan bersama susu ibu. Pastikan teksturnya tidak terlalu pekat. Ianya mestilah sedikit cair (tips: ambil sudu dan cedok puree, jika puree mengalir jatuh, ya, itu yang sepatutnya)
Puree Apple: Elakkan epal hijau. carilah apple besar yang manis dan boleh campurkan dgn sedikit susu ibu selepas dikisar.
Puree Pisang: Carilah pisang yang masak ranum (lebih senang di lecek) dan campurkan dgn susu ibu untuk mengurangkan sifatlikat dan melekitnya.
Puree Betik: Betik adalah buah-buahan yang mempunyai rasa manis yang semulajadi. Ia tak perlu direbus, hanya lecek dan dicampurkan bersama susu ibu
** Jika anda telah bosan dan tidak tahu puree buah-buahan apa lagi untuk diperkenalkan, anda bolehlah mencampurkan perisa pisang dengan pear, atau apple dengan pear, untuk memberi kelainan rasa kepada bayi**
3) Pada umur bayi 6-7 bulan, makanan yang harus dijauhi oleh bayi adalah kekacang, keju, daging merah, makanan laut- ia akan meningkatkan risiko alergi. Garam dan gula juga tidak dibenarkan ketika bayi umur ini (ginjal bayi masih belum matang untuk memproses Natrium (garam)
4) Minggu kedua, mungkin ibu boleh cuba dengan sayur-sayuran pula. Pilihan sayur juga haruslah sayur yang sesuai, tidak pahit (peria, petola), tidak bergas (seperti kobis, brokoli). Pilihan sayuran yang paling baik adalah puree labu, puree kentang, puree lobak atau mungkin sayur-sayuran yang lain.
Puree Kentang: sumber vitamin A yang baik. Anda boleh rebus kentang dan lecek kentang menggunakan chopper dan semestinya, di campur dengan susu ibu. (susu ibulah GULAnya) :-)
menjawab soalan cik siti sifir di dalam comment box saya:
siti sifir: “Sdg terfikir ni…mcmmana ek rasanya susu kita campur dgn betik bagai itu”
ini jawapan siti farah (hehehe): “of course sgt sedap. anak susuan ibu dah ‘biasa’ dgn rasa susu ibunya selama 6 bulan penuh. nak galakkan anak makan, eloklah makanan itu dicampur dgn susu ibunya. so baby akan definitely terima makanan tu. Lgpun, susu ibu tulah perasa paling baik + protection + kasih sayang yang dicampur dalam makanan. no salt, no sugar! :-)
Puree Labu: Stim atau rebus labu sehingga empuk. dan lecekkan labu sehingga lumat. campurkan bersama susu ibu.
5) Ibu-ibu hendaklah berikan bayi mencuba setiap resepi yang anda buat. Jika anak menolak (mungkin tidak kena dgn tekaknya – tak suka mungkin), jgn dipaksa bayi untuk terima. Cuba tackle dengan resepi lain. Perlu diingat, bayi kita juga mempunyai deria rasa :-) – mungkin maknye juga tersalah masak (maklumlah anak pertama, hehehe)
6) Bubur nasi yang cair (untuk bayi yang baru mula menerima makanan, bubur nasi mestilah sedikit cair untuk mengelakkan sembelit- sebelum ini menyusu dgn susu ibu selama 6 bulan – mudah dihadam – jadi jgn terburu2 memberi bubur nasi yang pekat) – bubur bolehlah mula di perkenalkan semasa bayi sudah mula biasa dengan makanan. Maksud saya,bayi sudah boleh menerima makanan. Jangan juga paksa anak untuk habiskan bubur nasi kita. Perut bayi semasa ini adalah sebesar segenggam tangannya. so, tak boleh expect baby makan satu mangkuk besar. :-) apabila bayi sudah meningkat kepada 7-10 bulan, bubur nasi bersama susu ibu dan sayur serta ikan bilis atau ayam sudah boleh diberi kepada bayi.
7) Apabila memperkenalkan makanan kepada bayi 6 bulan, anda boleh aplikasikan “4 day rule” – iaitu memberi anak makanan yang sama (contoh jika puree epal, teruskan selama 4 hari) untuk melihat/spot jika ada masalah penghadaman mahupun allergi kepada bayi anda. Perhatikan keadaan bayi selama 4 hari samada bayi serasi dan boleh menerima makanan tersebut. Lain anak, lain makanannya. Jika bayi allergi kepada makanan, ianya akan mungkin muncul 1/2 jam, 2-3 hari selepas makanan diambil. Begitu juga dgn masalah penghadaman. Anda boleh pastikan najis bayi, samada keras ataupun cirit birit. Begitu juga dengan gas/colic yang dialami anak. Jika perkara di atas berlaku selama 4 hari, maknanya anda harus menghentikannya buat sementara waktu dan tunggu sehingga anak besar sedikit. Jika ok, teruskan! :-)
Saya hanya kongsi beberapa tips makanan apa yang harus dielakkan ketika mula memperkenalkan makanan kepada anak anda (1st solid food- 6-7 months). Ianya adalah:
Telur (terutamanya telur putih), – mengandungi bakteria salmonella
susu lembu/dairy products
makanan laut
kekacang
citrus food
yeast, cheese (keju)
MADU (dilarang sama sekali – ianya bertoksin)
** saya ingin kupas sedikit tentang MADU. mmg manis, sedap tetapi ketahuilah ianya berbahaya kepada bayi di bawah umur satu tahun. Madu kadangkala mempunyai spora botulism (clostridium botulinum) – ehem, dah lama tinggal subjek microbiology nih) yang akan membiak dalam sistem bayi sekaligus menghasilkan toksin yang akan meragut nyawa bayi. Jadi, saya minta ibu2 tidak memberi madu sebagai makanan ‘belah mulut’ bayi atau untuk apa2 majlis sebelum majlis hari jadi pertamanya. **

Babies and Allergies: The Top 8 Allergenic Foods

  • Milk
  • Egg
  • Peanuts
  • Tree nuts (such as walnuts or almonds)
  • Fish
  • Shellfish
  • Soy
  • Wheat

Food Allergy Symptoms to Watch for in Your Baby

Food allergy symptoms usually appear very soon after the food is eaten -- within a few minutes to a couple of hours. If you’re introducing a new food to your baby, keep an eye out for these symptoms:

Thursday, 30 July 2015

Cara Atasi Bengkak Susu

Cara Atasi Bengkak Susu

7 punca berlaku bengkak susu:

1. Lambat memulakan penyusuan kali pertama(Late on set on breastfeeding)

2. Lekapan yang tidak betul. (Poor latch)

3. Penyusuan / pemerahan yang tidak kerap(Inadequate feeding/pumping).

4. Penyusuan berjadual(Scheduled feeding).

5. Menetapkan masa menyusu di setiap belah payudara(5 or 10 minutes rules on each breast).

6. Tertinggal sesi memerah. (Skip pumping session)

7.Pam susu. (Breast pump).

TIPS MENGHILANGKAN BENGKAK SUSU:

1. Mandi air panas selama 15-20 minit. Halakan air panas ke bahagian breast. Semasa mandi, buat urutan secara membulat ke seluruh bahagian breastdengan sedikit pressure di bahagian ketulan (jika ada).

2. Isi air panas dlm botol storage susu. Golek-golekkan di bahagian ketulan sambil urutan pada breast. (Hot compress)

3. Lakukan urutan dari atas ke bawah, arah tampuk hitam (areola) di seluruh breast.

4. Susukan bayi sekerap mungkin. Golekkan botol air panas tadi pada kawasan bengkak/ketulan sepanjang penyusuan. Selang selikan dengan urutan pada breast

5. Jika bayi sudah kenyang atau sudah tidak mahu menyusu, pam sekerap mungkin sehingga ketulan/bengkak surut (2 jam sekali dengan sedutan yang rendah). Golekkan botol air panas tadi sepanjang mengepam. Selang selikan dengan urutan pada breast.

6. Elakkan ais buat masa ini, tambahkan pengambilan AIR SUAM 1 gelas 300-350ml setiap 1 jam.

7. Saluran susu yang membengkak / berketul, akan menghalang aliran susu keluar dengan laju. Sebab itu aliran susu menjadi perlahan apabila menggunakan breastpump. Kuantiti perahan juga menjadi sedikit disebabkan bengkak susu.

8. Hot compress/massage membantu melegakan bengkak dan meleraikan saluran susu supaya aliran susu kembali normal.

9. Jika kelihatan merah-merah pada kulit di bahagian payudara yang bengkak atau ketulan susu, ini tanda-tanda anda mengalami radang payudara. Gunakan cold compress (tuam dengan tuala sejuk/ botol storage berisi air sejuk (iced water)) selama 10-15 minit dulu sebelum hot compress untuk menghilangkan radang. 

10. Jika anda mengalami radang payudara, saya sarankan anda berjumpa dengan doktor untuk pemerhatian dan rawatan lanjut.


Penyelesaian bengkak susu saya pada waktu ini adalah step 1-8. Tetapi yang terakhir yang terus menghilangkan ketulan itu adalah hisapan bayi saya sendiri kerana hanya bayi mempunyai kuasa sedutan yang sesuai untuk melancarkan semula aliran susu. Jadi, jika anda bersama bayi anda, kerapkan direct feeding untuk mengelakkan masalah seperti ini. 

Jika tiada bayi bersama atau EP mom, amalkan urutan payudara setiap kali sebelum dan selepas memerah untuk mengelakkan bengkak susu. 

Info copy paste cikgu susu




Wednesday, 29 July 2015

Tips Tambah Susu Ibu

Saya doakan anda berjaya meredah cabaran ini. Seseorang pernah berkata kepada saya, "There is no failure in breastfeeding, it is life experience." Jadikan ia pengalaman yang anda takkan lupakan sampai bila-bila.

Ucaplah:
Alhamdulillah, susu masih ada walaupun merudum.
Alhamdulillah, masih ada suami walaupun PJJ.
Alhamdulillah, aku masih kuat walaupun tak dapat bantuan suami.
InshaAllah, susu akan meningkat semula.
InshaAllah, hubungan aku dan suami lebih erat walaupun jauh.
InshaAllah, aku mampu menggalas tanggungjawab menjaga anak-anak ku ini.

Bukankah Allah mengikut sangkaan hamba-Nya? Dia tahu semua apa yang difikirkan oleh ciptaan-Nya. Doalah yang baik-baik untuk anak-anak, sebut dan fikirlah yang baik-baik untuk penyusuan anda.


Tips meningkatkan susu ibu:

1. Mula seperti kali pertama dulu: menyusu on demand bila bersama bayi dan pam 3 jam sekali bermula jam 5pagi. Back to basic, perlu ada 8 sesi mengepam sehari.

ATAU

Lakukan powerpumping bermula malam ini sehingga nampak perubahan pada kuantiti susu perahan anda.

ATAU

Buat tandem pumping untuk jimat masa dan menambah penghasilan dan aliran susu dengan lebih cepat. (Tandem: sebelah menyusu sebelah memerah).

3. 3 jadual makan utama (breakfast, lunch, dinner) mesti ambil makanan berat. Each meal perlu ada elemen karbohidrat, protein, sayuran hijau, & buah. Contoh: Nasi, ikan/ayam, sayur hijau pekat, buah.

4. Elakkan minuman ais/air sejuk sehingga kuantiti susu naik semula. Amalkan air suam/air panas. 1 gelas setiap 1 jam. Total minuman mestilah sekurang-kurangnya 3.5Liter sehari (termasuk air manis/jus buah). Elakkan kopi atau teh buat masa ini.

5. Minum milo/horlicks/susu/minuman berasaskan bijirin bersama biskut high fiber/roti setiap kali selepas menyusu/mengepam untuk recover water and energy loss semasa mengepam/menyusu tadi.

6. Elakkan terus makanan berminyak/pedas buat masa ini. Banyakkan makanan masak stim, rebus dan sup.

7. 'Snacking' kurma setiap kali selepas menyusu/mengepam. Makan dalam 3 biji sekali makan. Sediakan satu bekas kurma dan 1 botol air suam di sebelah puan untuk sesi menyusu waktu malam. Makan 3 biji kurma dan minum air suam setelah selesai menyusu.

8. Pastikan anda rasa tenang dan relax semasa mengepam. Bila relax susu lebih lancar. Kalau boleh elakkan selalu melihat kuantiti perahan yang anda dapat semasa mengepam, lihat sahaja selepas selesai sesi mengepam ya. Tarik nafas dengan dalam sebelum mengepam supaya anda lebih fokus dan tenang.

9. Penambahan sesi mengepam / powerpumping mungkin akan menyebabkan badan sedikit letih. Amalkan supplemen/makanan sunnah untuk memberi tenaga ekstra kepada badan. Badan yang terlalu letih juga akan mempengaruhi kuantiti susu.

10. Yakinlah dengan rezeki Allah. Tunaikan solat hajat sebelum/selepas powerpumping waktu malam untuk memohon rezeki susu dari-Nya. Mohon dengan spesifik. Sebut nama anak yang masih disusukan "Wan Nur Arissa"


Sumber Internet

Sunday, 26 July 2015

Ibu Menyusu Yang Nak Kurus

Ibu Menyusu nak kurus juga..



Berdasarkan rujukan dari MedlinePlus, sarapan tinggi protein dapat membantu ibu mengendalikan berat badan dengan lebih baik, mengurangkan simptom midmorning hunger dan menolong anda memenuhi keperluan harian protein dalam badan. 

Biasanya menu-menu high protein ni sangat sesuai untuk ibu yang nak turunkan berat badan. 

Walaupun anda masih menyusu, tak semestinya kena makan untuk 2 orang, haa... menu yang sesuai akan bantu membekalkan anda dengan nutrisi yang mencukupi ya.

Antara makanan tinggi protein yang boleh anda amalkan untuk bersarapan adalah:

1. Telur
2. Susu
3. Yogurt
4. Oat
5. Peanut butter
6. Kekacang
7. Makanan berunsur bijirin (whole grains)
8. Tuna
9. Tofu
10. Salmon


Contoh menu sarapan yang boleh disediakan adalah:

1. Satu mangkuk oatmeal (yang dimasak / dihidangkan bersama kurma atau buah strawberi).

2. Satu telur dadar atau scrambled egg.

3. Beberapa sudu yogurt (kat Arab dipanggil laban).

4. Susu panas.

* Sebiji telur adalah sumber protein terbaik untuk kita tetapi ia juga datang dengan kolesterol pada kuning telurnya. 

Jika mahu ambil telur setiap hari, hadkan pengambilan kepada telur putih sahaja ya.

Nasi lemak, kurang sambal, telur rebus sebiji (kadang-kadang tukar ikan bilis goreng), dengan kangkung celur atau timun dan kacang. 

Breakfast masak oat dengan kurma dan kismis, makan dengan pisang dan milo panas. 

Yang bagus oat ni, bagi tenaga sampai ke waktu lunch tau.

💕💕💕

Sumber Rujukan: MedlinePlus & Cikgu Susu

Wednesday, 22 July 2015

Petua Tambah Susu vs Menu Raya

Menu Hari Raya vs Susu Ibu




MENU TAMBAH SUSU:
- Lontong
- Soto
- Laksa

Big YES is menu
✅ Kacang (Tempe)
✅ Sayur Sayuran
✅ Berkuah - Air
✅ Protein - Ayam, Ikan

1. Lontong

Cik Lontong juadah dari Johor ni sangat bagus untuk ibu menyusu. Kuahnya masak lemak dengan sayuran dan juga tempe. Makan pula dengan nasi impit, pasti perut ibu kenyang. Tahukah anda, tempe adalah satu satu makanan yang boleh menggalakkan penghasilan susu. Haa.. tu dia lepas ni, ramai-ramai duk makan tempe dan lontong.

Kalau ibu nak makan lontong, kurangkan pengambilan bersama sambal bilisnya ya, bukan apa cikgu nak ingatkan makanan terlalu pedas juga menyerap banyak air dari badan ibu. Makan sikit-sikit tiada mendatangkan mudarat.


2. Soto 

Soto ayam ini kegemaran kebanyakan ibu menyusu. Sebab memenuhi kriteria makanan yang sesuai dimakan ibu: ada karbohidrat (nasi), protein (ayam), sayur-sayuran dan air (sup). Wah complete

Tahukah ibu pengambilan makanan bersup dapat menambahkan penghasilan susu. Bagus bukan. 

Oopps.. cuma kurangkan pengambilan sambal hitam itu ya, some cooks that with cili padi. Effect pedas yang ketara tu mommies.


3. Laksa

Ramai yang tidak tahu laksa adalah antara makanan yang boleh membantu menyumbang nutrisi kepada ibu menyusu. Menurut pakar homopati, kuahnya yang diperbuat dari isi dan tulang ikan (bone broth) adalah sangat baik untuk menyalurkan prebiotik kepada badan kita. 

MENU KURANGKAN SUSU:
-Rendang
-Sate & Kuah Kacang
-Lemang

Big 'NO' is menu
❌ tak boleh pedas - Cili padi
❌ tak boleh berminyak
❌ tak boleh berempah
(Cikgu susu ckp pedas & berminyak sikit2 takpe hihi)
Sbb ia akan menyerap air @cecair dalam badan ibu nanti.So kena minum byk2 

1. Rendang

Menu wajib di pagi raya, atau sepanjang bulan Syawal ini adalah rendang. Tak kisah lah rendang tok ayam, rendang nenek daging ke. Proses memasak rendang ini menggunakan banyak minyak dan rempah ratus. 

Apabila kita makan dengan kuantiti yang banyak, badan mula kesan rendang ini sebagai makanan yang susah dicernakan (sebab berminyak dan berempah). Maka ia ambil masa yang lama untuk diproses dalam badan. Thus, ia akan menyerap banyak air dalam badan anda. 

Jadi, bila kurang air dalam badan maka kuranglah susu.


2. Sate dan Kuah Kacang

Ya, ini kegemaran cikgu. Setiap tahun di kampung siap bakar dan berkipas sendiri adik beradik kami nak makan sate ni. Kuah kacang legend adalah masakan bonda tercinta kami. Haih, ini pun bertimpa-timpa minyak yang diguna. 

Kuah kacang pula memberi effect yang berbeza kepada setiap ibu. Kebanyakan ibu yang tidak mengawal pengambilannya, mendapat kembung perut atau angin. Kembung ni pun boleh berlaku pada bayi anda. 


3. Lemang

Lemang sangat sinonim dengan raya. Mana boleh raya kalau tak ada lemang, tak gitu? Lemang ini dihasilkan dari pulut dan santan. Ramai sangat yang sukakan lemang ni, apa lagi bila dipadankan dengan rendang yang enak. Tapi ramai yang tak tahu, bagi sesetengah (tak semua) ibu, lemang boleh menyebabkan kembung perut. Kadang-kadang boleh berjangkit ke kepala. Ibu jadi pening kepala dan boleh memberi kesan kepada mood dan emosi ibu. Jadi penyusuan tidak berjalan lancar. Kerana bila mood ibu tidak tenang, tak happy.. hormon oksitosin untuk kelancaran susu akan terganggu.

Info copy paste Cikgu Susu 💕

Monday, 1 June 2015

Keperluan baby 0-3month

Shopping Barang Baby

1. Blog Marina shoppe - Baby coccon

2. Mydin (selimut, tuala mandi, sarung tgn & kaki, berus botol, tisu basah, tungku, minyak panas, sabun mandi baby, sabun mandi mama)

3. Nagoya - kain flannel 3 jenis (bedung dan barut, bantal menyusu C)

4. Kedai Buku Popular (Tali ikat barut rm1/meter)

5. Kekabu kirim dari Tasha masa balik kampung kat muar rm25-3kg-2012

6. Botol susu Autumz 10pcs - 2012

7. Nazcon Sauna- Chilli cream, Bra menyusu

8. Fb Set bersalin pelbagai jenama aka nuyun najmi - Set Bersalin NR NonaRoguy rm270+barra gel rm24 tp tak dapat barra gel dpt refund 

16/2/2015 seminggu selepas bersalin sebab baru keluar Hospital Ampang

1. Jusco Cheras Selatan - set tilam baby, botol susu avent rm240, pampers drypers.
susu s26 gold (beli pun wat standby takut susu tak cukup sbb kat sepital pon topup ngn formula milk sbb W.N Arissa is premature baby Exp Due: 9 Mar 15 but birth on 10 Feb 15. Mama sedang berusaha menjadi terbaik buatmu,syg) Alhamdulillah dah nak masuk 6 bulan masih susu mama lagi.

2. Pump on the go 26feb15
vcool combo rm45 (icebrick+ beg vcool), drying rack rm29, 
habbatus sauda rm69 dan 
mom choc 3rm80, 
Autumz plastik 12oz rm30/3 box
Postage rm15

3. Ajasu mybreastpump shop 

Freemie set rm365 -rm330
Medela Collection Shell rm69-rm64
Swing Tubing rm40-rm30
Swing Membrane putih 2pc rm14-rm12
Diapgram+Handle Harmony rm75-rm70
Poslaju rm11
Total rm517

4.Fb Kedai avent murah- Botol susu, beg susu jingle jungle rm10 
*professional and recommended silap order tp barang dah pos n bos bg prepaid courier plastic

5. Instagram lixxxxk#%¥store aka fb LixxxxK###.com.my nk cas gst 6% tapi tak pandai kira asyik lebih je dari yg aku kira sendiri.aku beli sampai rm300 tapi takde free gift or free postage. bila aku cancel sbb tak yakin asyik salah kira je, aku kurangkan barang sampai rm100 pastu baru nk offer gift lotion ngn minyak baby dengan pembelian rm300 ke atas.aku dah tawar hati la dik oi. not recommended

6.instagram-uk baby shop 
(preorder Ralph Lauren, Pumpkin Patch) 
Ralphlauren.com (pointelle-knit cotton shortall $19.25 rm86, floral cotton dress $24.50 rm108, color-blocked cotton dress $22.99 rm102, Cotton short-sleeved tee $14.99 rm68) total rm364
Pumpkinpatchusa.com (smocking dress $10 rm54, Bunny scene dress $12 rm64, Scalloped edge dress $12 rm64, Tiered dress $12 rm64, Stripe dungarees $10 rm54) total rm300
Atlast dapat 2 helai je
floral cotton dress $24.50 rm108, color-blocked cotton dress $22.99 rm102
Mula2 rasa ralat sbb ukbaby shop dapat beli 2 helai je ralphlauren.tapi saya paham  sebab currency rate skg memang teruk usd5.50.. mungkin sbb ni ukbaby shop tak dapat beli.

7.instagram-hana baby closet (rompers carter 10in1 RM36, jumper next 3pcs RM42, sleepsuit mothercare 3pcs RM 47 total byr RM127

8. fb/ig nurizshar - clevamama baby pillow rm49+pos rm8=rm57 

end story






Friday, 13 December 2013

Petua Tambah Susu

Petua nak tambah susu ibu...



macam - macam benda aku buat sebagai cara nak tambah susu baby...sekarang Alhamdulillah sekali pump boleh dapat 10-12 oz...memang kena jadikan aktiviti memerah sebagai rutin...


Di sini nak share dengan BF mommy...insya allah dengan usaha kita...dapat berikan baby susu ibu sepenuhnya...walaupun dah kembali bekerja...


Antara Makanan yang boleh membantu pertambahan susu badan
1. water chestnut/sengkuang cina
2. kobis
3. halba (masukkan dalam nasi masa masak & minum air rebusannya minum)
4. laici
5. longan
6. lobak putih
7. sawi
8. kailan
9. tenggiri
10. bayam
11. peria
12. jantung pisang
13. soy based product
14. carrot- kalau buat jus carrot susu sedap!
15. Madu lebah asli
16. pegaga-jus atau ulam segar
17. pucuk manis/asin-asin
18. kurma
19. kucai +tauhu+taugeh
20. petola
21. kentang rebus
22. roti
23. biskut marrie
24. daun turi
25. ikan semua jenis ikan-ikan yu,ikan sardine, tuna, salmon
26. kacang buncis
27. cheese
28. planta





Minuman:
1. air masak
2. susu
3. soya
4. nestum
5. oat
6. horlick
7. milo
8. jus buahan
9. buahan betik
10. honeydew
11. rebusan buah pala
12. spirulina
13. air kelapa
14. rebusan air halba


Supplement yang perlu diambil:
1. Minyak Ikan jenis Omega 3
2. Herba pilihan jenis Alfalfa
3. Kalsium jenis Ostematrix
4. Vitamin C jenis Vita-C Plus

5. Multivitamin pelengkap jenis Vita-Lea
6. Sumber tenaga dalaman jenis B-Complex
7. Memberi rasa kenyang lepas menyusu jenis ESP (based soya)



Utk urutan plak:
1) sikat puting setiap hari, baca selawat pastu sikat dari atas ke puting....kanan dan juga kiri
2) cuci dengan berus gigi puting2 tuuu takut tersumbat liang2 puting susu hihi
3) kalau sebelum mengepam tuuuu, ambik kedua belah tangan urut dari atas terus lurutkan ke bawah...(baca selawat dulu)...insyaallah itu salah satu urutan utk BF


Masa pengepaman:
1) cuba pam sekerap mungkin, lagi banyak pam...lagi banyak pengeluaran susu cthnya 3jam sekali
2) mlm bagi baby isap kerap ....sebab bila mlm kalau bagi baby isap boleh membanyakkan pengeluaran susu juga
3) bila pam, pam sampai susu tak keluar.....nanti breast akan produce susu baru....istilah yang selalu guna mcm 'buang sampah...sampah dah penuh, buang dalam tong sampah...pastu ganti dgn plastik sampah baru' gitu jugak mcm air susu.. bila dah habis pam, die akan mengeluarkan susu baru. hihi
4) Sebelum pam minum air suam dulu....lepas pam pon minum jugak.
5) Jangan minum air sejuk/ais nanti susu cepat kering
6) Jangan minum teh/nescafe.... mkn supplement jangan tinggal. ❌❌


Ubat

Ubat untuk tambah hormone prolactin
 (* recommended)
1) Domperidone*
2) Maxolon
3) Metoclopramide (boleh jadi depression)
4) Motilium
5) Raglan (boleh jadi depression)




Cara-cara Lain

1) Baca surah Al Baqarah ayat 60. Sambil baca letakkan tangan pada breast tu. (satu lagi surah surah al-Hujurat)
2) Sapukan sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Kemudian layurkan pada api sehingga layu. Setelah suam, tekapkan pada buah dada. Lakukan setiap hari.
3) tuam tuala suam ke atas payudara
4) urut belakang
5) urut kat payudara
6) urut breast pakai sikat mcm sikat rambut
7) sentiasa berfikiran positif
8) invest pada pam susu yg berkualiti
9) Kerap menyusu bayi
10) kurangkan stress, jangan fikirkan perkara yang menyusahkan hati
11) Pastikan suami senantiasa menyokong dan membantu
12) Galakkan direct feeding jika ada bersama anak
13) Minum air secukupnya
14) doa
15) tawakkal



Kacang Tanah

Kacang tanah ini kaya dengan protein dan lebih lagi dari daging dan telur. Kebiasaannya dimakan bersama dengan susu kambing untuk menambahkan susu badan. Ada juga bayi yang alah pada kekacang, jadi ibu-ibu kena berhati-hati memilih ye.
menambah susu badan


Longan

Longan ini agak popular juga semasa saya dalam pantang anak kedua. Sebelum ini saya memang tidak kenal langsung "milkbooster" apa yang boleh diambil. Biasanya longan ini boleh didapati dari kedai ubat cina atau singseh kata orang. Ianya dalam bentuk kering dan bolehlah direbus dengan gula batu sedikit untuk memberikan rasa manis. Tapi longan ini tidak serasi dengan saya, pernah amalkan tetapi mungkin juga sebab longan ini agak panas, saya mengalami demam yang tinggi lepas mengambilnya. Mungkin tengok pada kesesuaian orang, ada ibu yang serasi bolehlah mengambilnya.
penggalak susu


Halba \ Fenugreek

Halba ini kalau perasan yang selalu ada dalam nasi dagang tu. Nasi dagang makanan orang timur. Atau biasa boleh didapati dari kedai mamak atau pasaraya-pasaraya. Ianya dikatakan boleh menambahkan susu badan juga. Caranya hanya cuci halba tersebut, rendamnya dalam segelas air panas dan airnya bolehlah diminum. Halba ini biasanya memberikan bau yang agak kuat, kemungkinan juga boleh berikan bau badan yang agak kuat pada pengamalnya.
penggalak susu badan


Lobak Putih

Biasanya dalam pantang selalu kita dihidangkan dengan sup lobak putih kan. Saya dulu semasa dalam tempoh berpantang, ada amalkan sup lobak putih, ringkas dan berkhasiat. Resepi ini adalah dari orang tua yang katanya bolehmenambahkan susu badan.
milk booster


Jantung Pisang

Satu lagi resepi tradisional. Boleh dibuat kerabu atau dibuat masak lemak, ianya juga dikatakan memberikan kesan kepadapertambahan susu badan ibu. Sedap dimakan, susu juga bertambah:)
milk booster


Pucuk Betik Muda

Rebuskan daun pucuk betik muda, dan airnya diminum. Ia dikatakan boleh melancarkan dan menambahkan susu badan ibu. Boleh diminum 2,3 kali sehari.
meningkatkan susu badan


Kurma

Kurma memang dikenali juga sebagai salah satu "milk booster" yang hebat. Ini kerana ia mengandungi unsur kalsium dan zat besi yang tinggi. Macam-macam respi boleh dibuat, makan begitu sahaja paling mudah. Jika mahu buat jus pun boleh. Kebiasaannya saya buat resepi kurma bersama susu. Campurkan 5 bijik kurma yang dibuang bijinya, blend bersama-sama dengan susu segar. Sangat best!
meningkatkan penghasilan susu badan


Habbatussauda/Jintan Hitam

Dikatakan juga sebagai penggalak susu. Ianya boleh direbus dan diminum airnya. Amalan ini boleh dilakukan seminggu 2,3 kali untuk mendapatkan hasil yang anda inginkan.
tambah susu ibu


Alfalfa

Alfalfa dikenali sebagai raja tumbuhan dan dikenali ramai sebagai salah satu penggalak susu yang popular. Ianya mengandungi kandungan fiber yang tinggi dan juga fungsi lain seperti agen pelawasan bagi ibu-ibu dan juga berupaya membuang angin dari badan.
milk booster
info:Internet
sebagai rujukan diri sendiri


Khusus kepada ibu-ibu yang menyusu di luar sana, ingin mendapatkan supplement tambahan semasa menyusu, boleh hubungi saya melalui Whatsapp. Saya akan consult dan guide cara mengamalkan set menyusu dengan cara yang betul sepertimana yang saya sendiri amalkan

AZA
Whatssap : 012-764 2393
Your Shaklee Independent Distributor 

FOLLOW OFFICIAL INSTAGRAM


@AdelaShoppe