Pages

Sunday 26 July 2015

Ibu Menyusu Yang Nak Kurus

Ibu Menyusu nak kurus juga..



Berdasarkan rujukan dari MedlinePlus, sarapan tinggi protein dapat membantu ibu mengendalikan berat badan dengan lebih baik, mengurangkan simptom midmorning hunger dan menolong anda memenuhi keperluan harian protein dalam badan. 

Biasanya menu-menu high protein ni sangat sesuai untuk ibu yang nak turunkan berat badan. 

Walaupun anda masih menyusu, tak semestinya kena makan untuk 2 orang, haa... menu yang sesuai akan bantu membekalkan anda dengan nutrisi yang mencukupi ya.

Antara makanan tinggi protein yang boleh anda amalkan untuk bersarapan adalah:

1. Telur
2. Susu
3. Yogurt
4. Oat
5. Peanut butter
6. Kekacang
7. Makanan berunsur bijirin (whole grains)
8. Tuna
9. Tofu
10. Salmon


Contoh menu sarapan yang boleh disediakan adalah:

1. Satu mangkuk oatmeal (yang dimasak / dihidangkan bersama kurma atau buah strawberi).

2. Satu telur dadar atau scrambled egg.

3. Beberapa sudu yogurt (kat Arab dipanggil laban).

4. Susu panas.

* Sebiji telur adalah sumber protein terbaik untuk kita tetapi ia juga datang dengan kolesterol pada kuning telurnya. 

Jika mahu ambil telur setiap hari, hadkan pengambilan kepada telur putih sahaja ya.

Nasi lemak, kurang sambal, telur rebus sebiji (kadang-kadang tukar ikan bilis goreng), dengan kangkung celur atau timun dan kacang. 

Breakfast masak oat dengan kurma dan kismis, makan dengan pisang dan milo panas. 

Yang bagus oat ni, bagi tenaga sampai ke waktu lunch tau.

💕💕💕

Sumber Rujukan: MedlinePlus & Cikgu Susu

No comments:

Post a Comment