Pages

Wednesday 22 July 2015

Petua Tambah Susu vs Menu Raya

Menu Hari Raya vs Susu Ibu




MENU TAMBAH SUSU:
- Lontong
- Soto
- Laksa

Big YES is menu
✅ Kacang (Tempe)
✅ Sayur Sayuran
✅ Berkuah - Air
✅ Protein - Ayam, Ikan

1. Lontong

Cik Lontong juadah dari Johor ni sangat bagus untuk ibu menyusu. Kuahnya masak lemak dengan sayuran dan juga tempe. Makan pula dengan nasi impit, pasti perut ibu kenyang. Tahukah anda, tempe adalah satu satu makanan yang boleh menggalakkan penghasilan susu. Haa.. tu dia lepas ni, ramai-ramai duk makan tempe dan lontong.

Kalau ibu nak makan lontong, kurangkan pengambilan bersama sambal bilisnya ya, bukan apa cikgu nak ingatkan makanan terlalu pedas juga menyerap banyak air dari badan ibu. Makan sikit-sikit tiada mendatangkan mudarat.


2. Soto 

Soto ayam ini kegemaran kebanyakan ibu menyusu. Sebab memenuhi kriteria makanan yang sesuai dimakan ibu: ada karbohidrat (nasi), protein (ayam), sayur-sayuran dan air (sup). Wah complete

Tahukah ibu pengambilan makanan bersup dapat menambahkan penghasilan susu. Bagus bukan. 

Oopps.. cuma kurangkan pengambilan sambal hitam itu ya, some cooks that with cili padi. Effect pedas yang ketara tu mommies.


3. Laksa

Ramai yang tidak tahu laksa adalah antara makanan yang boleh membantu menyumbang nutrisi kepada ibu menyusu. Menurut pakar homopati, kuahnya yang diperbuat dari isi dan tulang ikan (bone broth) adalah sangat baik untuk menyalurkan prebiotik kepada badan kita. 

MENU KURANGKAN SUSU:
-Rendang
-Sate & Kuah Kacang
-Lemang

Big 'NO' is menu
❌ tak boleh pedas - Cili padi
❌ tak boleh berminyak
❌ tak boleh berempah
(Cikgu susu ckp pedas & berminyak sikit2 takpe hihi)
Sbb ia akan menyerap air @cecair dalam badan ibu nanti.So kena minum byk2 

1. Rendang

Menu wajib di pagi raya, atau sepanjang bulan Syawal ini adalah rendang. Tak kisah lah rendang tok ayam, rendang nenek daging ke. Proses memasak rendang ini menggunakan banyak minyak dan rempah ratus. 

Apabila kita makan dengan kuantiti yang banyak, badan mula kesan rendang ini sebagai makanan yang susah dicernakan (sebab berminyak dan berempah). Maka ia ambil masa yang lama untuk diproses dalam badan. Thus, ia akan menyerap banyak air dalam badan anda. 

Jadi, bila kurang air dalam badan maka kuranglah susu.


2. Sate dan Kuah Kacang

Ya, ini kegemaran cikgu. Setiap tahun di kampung siap bakar dan berkipas sendiri adik beradik kami nak makan sate ni. Kuah kacang legend adalah masakan bonda tercinta kami. Haih, ini pun bertimpa-timpa minyak yang diguna. 

Kuah kacang pula memberi effect yang berbeza kepada setiap ibu. Kebanyakan ibu yang tidak mengawal pengambilannya, mendapat kembung perut atau angin. Kembung ni pun boleh berlaku pada bayi anda. 


3. Lemang

Lemang sangat sinonim dengan raya. Mana boleh raya kalau tak ada lemang, tak gitu? Lemang ini dihasilkan dari pulut dan santan. Ramai sangat yang sukakan lemang ni, apa lagi bila dipadankan dengan rendang yang enak. Tapi ramai yang tak tahu, bagi sesetengah (tak semua) ibu, lemang boleh menyebabkan kembung perut. Kadang-kadang boleh berjangkit ke kepala. Ibu jadi pening kepala dan boleh memberi kesan kepada mood dan emosi ibu. Jadi penyusuan tidak berjalan lancar. Kerana bila mood ibu tidak tenang, tak happy.. hormon oksitosin untuk kelancaran susu akan terganggu.

Info copy paste Cikgu Susu 💕

No comments:

Post a Comment