Pages

Tuesday 18 August 2015

REZEKI TIDAK BERKAT

Renungan diri sendiri
Info copy paste

Rezeki ada yang berkat. Ada juga yang tak berkat. Kita kerja dari pagi ke malam setiap hari pastinya ingin mencari rezeki yang berkat. Kita berusaha sentiasa untuk diri dan keluarga untuk memberi keselesaan kepada mereka. Siang malam pagi petang, itu yang kita carikan- rezeki yang berkat.

Namun dilihat keliling ada juga mereka yang mendapat rezeki secara tidak berkat. Mencuri, menipu, menganiaya, rasuah- memberi dan menerima, riba, dan sebagainya. Nauzubillah min zalik. Semoga kita dijauhkan.

Rezeki yang tidak berkat…

Mendapat sedikit pun akan rasa tidak cukup. Kita terperangkap dalam mengejar dunia kita sendiri. Mengejar dunia tidak akan tercapai kerana apabila capai kereta Mercedes, kita lihat orang kaya lain pakai kereta Bentley. Kita pun kejar lagi dengan cara tidak berkat. Apabila sudah ada Bentley, kita tengok orang kaya lain ada Rolls Royce. Kita kejar lagi dengan rezeki tidak berkat. Apabila ada Rolls Royce, kita lihat orang kaya lain ada Ferrari. Dan terus kita mengejar dan mengejar.

Bila akan berakhir? Mengejar dunia tidak ada akhirnya.

Rezeki yang tidak berkat…

Bila dapat banyak mana pun rezeki tidak berkat, kita tidak akan berasa puas. Dah banyak pun tak puas? Hati sentiasa ingin lebih banyak lagi dan lagi. Apa yang ada terasa tak cukup. Sifat tamak haloba mula menghantui diri. Ingin mempunyai lebih dari semua orang dan cara yang boleh mencapainya dengan mudah adalah mencuri, menipu, menganiaya, rasuah, riba dan sebagainya!

Hati tidak akan senang jiwa tidak akan tenteram kerana hati dan jiwa tidak dapat dipuaskan dengan rezeki tidak berkat.

Rezeki yang tidak berkat…

Adalah istidraj. Istidraj bermaksud kekayaan dan kesenangan yang dapat melalui rezeki yang tidak berkat adalah pemberian yang tidak diredhai. Ujian yang diberikan mungkin nampak seperti nikmat duniawi, harta benda, wang ringgit, pangkat dan darjat tetapi, kesemuanya adalah tidak berkat.

Kesilapan yang dilakukan apabila diuji istidraj adalah, mereka akan lebih jauh dari Allah swt dan melakukan kemungkaran. Ujian yang diterima memusnahkan lagi mereka. Jauh dan jauh.

Jangan fikirkan segala kenikmatan adalah diredhai. Rezeki yang tidak berkat hanya akan memusnahkan diri kita sendiri dari usaha yang tidak akan cukup, hati yang tidak akan puas dan keimanan yang semakin jauh.


Milk Booster - Red Dates

Red Dates for milk booster..

Org cakap rebus red dates. Tp aku makan terus..Mudah mudahan berjaya..amin
Baby baru masuk 6 bulan 9 hari rasa pam pam susu macam dah kurang.. Agaknya kurang minum air laa😂...



Saturday 15 August 2015

Menu Bayi 6m+

Menu Bayi 6m+
Info copy paste

Makanan lain yang boleh anda mulakan pada usia enam bulan termasuklah:
  • buah-buahan, seperti pisang, pir dan epal yang dipurikan;
  • sayur-sayuran, seperti lobak merah, labu dan bunga kubis.
Anda juga boleh cuba sayur-sayuran berkanji seperti kentang dan keledek. Penting bagi anda memberikan bayi makanan berperisa masin disamping yang manis pada tahap ini supaya dia tidak hanya gemarkan makanan manis sahaja. 

Makanan pejal atau solid food boleh dimulakan selepas bayi berumur 6 bulan. ^ bulan 1 hari, ibu2 dah boleh mula memperkenalkan anak dengan makanan pejal. Tetapi beberapa perkara harus di ambil kira iaitu:
1) Tidak mendesak anak mengambil makan terlalu banyak. Berikan bayi masa untuk belajar makan makanan pejal
2) Makanan pertama yang disyorkan adalah puree epal, puree pisang, puree betik, puree pear, puri apricot (puri buah-buahan- namun elakkan buah-buahan citrus) yang dilecek dan dicampurkan bersama susu ibu. Pastikan teksturnya tidak terlalu pekat. Ianya mestilah sedikit cair (tips: ambil sudu dan cedok puree, jika puree mengalir jatuh, ya, itu yang sepatutnya)
Puree Apple: Elakkan epal hijau. carilah apple besar yang manis dan boleh campurkan dgn sedikit susu ibu selepas dikisar.
Puree Pisang: Carilah pisang yang masak ranum (lebih senang di lecek) dan campurkan dgn susu ibu untuk mengurangkan sifatlikat dan melekitnya.
Puree Betik: Betik adalah buah-buahan yang mempunyai rasa manis yang semulajadi. Ia tak perlu direbus, hanya lecek dan dicampurkan bersama susu ibu
** Jika anda telah bosan dan tidak tahu puree buah-buahan apa lagi untuk diperkenalkan, anda bolehlah mencampurkan perisa pisang dengan pear, atau apple dengan pear, untuk memberi kelainan rasa kepada bayi**
3) Pada umur bayi 6-7 bulan, makanan yang harus dijauhi oleh bayi adalah kekacang, keju, daging merah, makanan laut- ia akan meningkatkan risiko alergi. Garam dan gula juga tidak dibenarkan ketika bayi umur ini (ginjal bayi masih belum matang untuk memproses Natrium (garam)
4) Minggu kedua, mungkin ibu boleh cuba dengan sayur-sayuran pula. Pilihan sayur juga haruslah sayur yang sesuai, tidak pahit (peria, petola), tidak bergas (seperti kobis, brokoli). Pilihan sayuran yang paling baik adalah puree labu, puree kentang, puree lobak atau mungkin sayur-sayuran yang lain.
Puree Kentang: sumber vitamin A yang baik. Anda boleh rebus kentang dan lecek kentang menggunakan chopper dan semestinya, di campur dengan susu ibu. (susu ibulah GULAnya) :-)
menjawab soalan cik siti sifir di dalam comment box saya:
siti sifir: “Sdg terfikir ni…mcmmana ek rasanya susu kita campur dgn betik bagai itu”
ini jawapan siti farah (hehehe): “of course sgt sedap. anak susuan ibu dah ‘biasa’ dgn rasa susu ibunya selama 6 bulan penuh. nak galakkan anak makan, eloklah makanan itu dicampur dgn susu ibunya. so baby akan definitely terima makanan tu. Lgpun, susu ibu tulah perasa paling baik + protection + kasih sayang yang dicampur dalam makanan. no salt, no sugar! :-)
Puree Labu: Stim atau rebus labu sehingga empuk. dan lecekkan labu sehingga lumat. campurkan bersama susu ibu.
5) Ibu-ibu hendaklah berikan bayi mencuba setiap resepi yang anda buat. Jika anak menolak (mungkin tidak kena dgn tekaknya – tak suka mungkin), jgn dipaksa bayi untuk terima. Cuba tackle dengan resepi lain. Perlu diingat, bayi kita juga mempunyai deria rasa :-) – mungkin maknye juga tersalah masak (maklumlah anak pertama, hehehe)
6) Bubur nasi yang cair (untuk bayi yang baru mula menerima makanan, bubur nasi mestilah sedikit cair untuk mengelakkan sembelit- sebelum ini menyusu dgn susu ibu selama 6 bulan – mudah dihadam – jadi jgn terburu2 memberi bubur nasi yang pekat) – bubur bolehlah mula di perkenalkan semasa bayi sudah mula biasa dengan makanan. Maksud saya,bayi sudah boleh menerima makanan. Jangan juga paksa anak untuk habiskan bubur nasi kita. Perut bayi semasa ini adalah sebesar segenggam tangannya. so, tak boleh expect baby makan satu mangkuk besar. :-) apabila bayi sudah meningkat kepada 7-10 bulan, bubur nasi bersama susu ibu dan sayur serta ikan bilis atau ayam sudah boleh diberi kepada bayi.
7) Apabila memperkenalkan makanan kepada bayi 6 bulan, anda boleh aplikasikan “4 day rule” – iaitu memberi anak makanan yang sama (contoh jika puree epal, teruskan selama 4 hari) untuk melihat/spot jika ada masalah penghadaman mahupun allergi kepada bayi anda. Perhatikan keadaan bayi selama 4 hari samada bayi serasi dan boleh menerima makanan tersebut. Lain anak, lain makanannya. Jika bayi allergi kepada makanan, ianya akan mungkin muncul 1/2 jam, 2-3 hari selepas makanan diambil. Begitu juga dgn masalah penghadaman. Anda boleh pastikan najis bayi, samada keras ataupun cirit birit. Begitu juga dengan gas/colic yang dialami anak. Jika perkara di atas berlaku selama 4 hari, maknanya anda harus menghentikannya buat sementara waktu dan tunggu sehingga anak besar sedikit. Jika ok, teruskan! :-)
Saya hanya kongsi beberapa tips makanan apa yang harus dielakkan ketika mula memperkenalkan makanan kepada anak anda (1st solid food- 6-7 months). Ianya adalah:
Telur (terutamanya telur putih), – mengandungi bakteria salmonella
susu lembu/dairy products
makanan laut
kekacang
citrus food
yeast, cheese (keju)
MADU (dilarang sama sekali – ianya bertoksin)
** saya ingin kupas sedikit tentang MADU. mmg manis, sedap tetapi ketahuilah ianya berbahaya kepada bayi di bawah umur satu tahun. Madu kadangkala mempunyai spora botulism (clostridium botulinum) – ehem, dah lama tinggal subjek microbiology nih) yang akan membiak dalam sistem bayi sekaligus menghasilkan toksin yang akan meragut nyawa bayi. Jadi, saya minta ibu2 tidak memberi madu sebagai makanan ‘belah mulut’ bayi atau untuk apa2 majlis sebelum majlis hari jadi pertamanya. **

Babies and Allergies: The Top 8 Allergenic Foods

  • Milk
  • Egg
  • Peanuts
  • Tree nuts (such as walnuts or almonds)
  • Fish
  • Shellfish
  • Soy
  • Wheat

Food Allergy Symptoms to Watch for in Your Baby

Food allergy symptoms usually appear very soon after the food is eaten -- within a few minutes to a couple of hours. If you’re introducing a new food to your baby, keep an eye out for these symptoms: