Pages

Tuesday 11 October 2016

Jom Kurus : Diet Komunis

Nama Diet Komunis ni aku yg cipta..

Langkah :
1. Tentukan target
2. Ambil supplement supaya pembakaran lemak lebih cepat dan teratur
3. Jaga pemakanan
4. Senaman ringkas
5. Sabar & Tak putus asa paling cepat kesan 4bulan tp confirm 6bulan dah slim..
6. Tidur 8jam sehari

Target 
Jgn terlalu byk.. cuba target 10kg dulu..haha mcm tamak pulak sampai 10kg terus..

Supplement
Konsep : Bakar > Buang > Bina
Rasanya ni part paling penting bagi saya..Mana tak nya 3bulan je saya ambil masa. Pastu kirim salam lah, tak payah nak repeat order lagi sebab nak buat ape dah kurus. BMI dah menuju paling kurus, stop la. Rasanya dah lebih 2tahun tak makan supplement tu lg, cuma jaga pemakanan je.
Whatsapp: 012-764 2383

Pemakanan
1. Menu sup berkuah (Bihun Sup-tengah hari)
2. Epal hijau sahaja (minimum sehari sebiji)
3. Jangan makan nasi lemak atau makanan bersantan (kari,masak lemak) langsung.
4. Jangan makan kuih mueh yang manis dan bergula (kek, muffin)
5. Kurangkan makanan bergoreng
6. Jangan ambil fast food langsung (McD, Pizza, KFC)
7. Jangan minum air manis, gas, yang berwarna atau air isotonic.
Minum air putih sahaja ukuran 25kg =1litre 
8. Menu breakfast terbaik adalah quaker oat rendam dalam air (boleh tambah milo atau buah-buahan untuk rasa). Permulaan cuba 2 sudu dahulu yang penting amalkan hari2.
9. Elakkan makan pisang
10. Makan malam sebelum pukul 7malam
11. Menu: nasi segenggam, sayur setengah ikat, ikan@ayam. Kalau boleh makan nasi 2x sehari je. Saya cuma ambil nasi seminggu 2x. Hari- hari makan bihun sup sejemput. 
12. Jangan ambil coklat, gula2 berlebihan dan energy bar
13. Minum air barli dan makan barli tu sekali
14. Jangan minum kopi @ milo (berkafein)

Rasa macam kejam sangat Diet Komunis ni kan.. tapi apa salahnya kalau kita ambil 1hari dalam seminggu sebagai cheeting day..Makan lah apa nak makan pun tapi tolong jangan ambil air gas langsung.tq

Yahoo! Lets do this..

Contoh cara saya ambil air masak 2litre sehari. Kalau dpt minum lebih lagi bagus..
9-12tghari: 500ml
12-3ptg: 500ml
3-6ptg: 500ml
6-9mlm: 500ml

Senaman
Jalan kaki/berlari 15-20min sehari without aircond..Ala jalan kaki pegi balik kerja+pegi lunch+pegi solat kira senaman jugak la tu..

Rehat & Tidur 
Sebaik-baiknya 8jam sehari. 

Ambil sejenis makanan tambahan yang dipercayai. Saya lebih percaya kepada diri sendiri sebab kalau kita beli makanan tambahan tapi kita tak jaga pemakanan kita yang lain, apa gunanya kan.

So, dengan adanya supplement tambahan kepada saya. Maka dengan mudahnya saya turunkan berat badan 3 bulan je. Sebab sekali je saya order supplement ni lepas tu saya stop dulu takut jadi jerangkung pulak. Kalau tak percaya boleh tanya kawan-kawan saya yang sama-sama bekerja di HQ Pizzahut Operations saya ni kurus habis sampai ramai yang challenge nak jadi macam saya.






Thursday 8 September 2016

Cara Untuk Kecilkan Saiz Betis

Ohh My..

Motif nak pakai Skinny Jeans,,High Heel,,
Persis model gitu..

(1)Tips Nak Kecilkan Betis
  • Joging

Joging adalah pilihan lain yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah betis besar.

Berdiri tegak dengan posisi kedua kaki terbuka lebar. Setelah itu, tangan diletakkan di pinggang dan lutut dibengkokkan. Tahan selama beberapa saat, lakukan secara berulangkali pada setiap hari.

  • Squat Di Lantai

Squat di lantai bolehdilakukan dengan cara mengiringkan tubuh di lantai sambil salah satu kaki di angkat ke atas. Lakukan bergantian selama beberapa saat. Bukan setakat lemak di betis yang boleh mengecil, otot paha juga akan jadi semakin terbentuk dengan squat di lantai.

Selain menyihatkan, jalan kaki juga boleh mengecilkan lemak di betis. Pilih waktu pagi untuk jalan kaki kerana udara pagi cukup menyegarkan dan membuatkan aktiviti tersebut menjadi semakin menyenangkan.

  • Lunges

Mulakan dengan posisi berdiri dan kedua kaki terbuka lebar, salah satu kaki maju ke depan dan lutut dibengkokkan sampai ke lutut kaki belakang menyentuh lantai. Ulangi sebanyak 15-18 kali setiapkali melakukan gerakan tersebut.

(2) Tips Nak Kecilkan Peha Pulak....

  • Mengatur pola pemakanan anda. Jika anda tidak dapat mengatur pola pemakanan dengan betul, bermakna sia-sia sahaja usaha anda bersenam untuk kecilkan paha.
  • Mengurangkan pengambilan makanan yang mengandungi lemak yang tinggi. Pengambilan makanan berlemak merupakan faktor utama paha menjadi besar. Oleh sebab itu, kurangkanlah pengambilan makanan yang berlemak. Gantikan dengan makanan yang lebih sihat dan mempunyai khasiat yang baik untuk tubuh badan anda. Secara tidak lansung, ia dapat membantu mengurangkan lemak dalam badan anda!
  • Memperbanyakkan makanan berserat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran. Tahukah anda makanan yang mempunyai serat yang tinggi dapat membantu untuk mengurangkan saiz paha? Ini kerana makanan berserat mempunyai khasiat yang sangat tinggi dan kurang lemak.
  • Makan juga makanan seperti kekacang kerana kacang dapat menghilangkan lemak jahat yang ada di dalam tubuh.
  • Kurangkan minyak di dalam setiap hidangan. Anda boleh menukar kepada minyak yang diperbuat dari jagung ataupun kacang tanah.
  • Gunakan produk kesihatan. Makanan tambahan dapat membantu dalam mempercepatan proses mengecilkan bahagian paha dengan cepat. Tetapi anda perlu memastikan bahawa ia telah mendapat kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia.
    Semestinya saya guna Shaklee untuk bakar lemak2 degil yang dah bertahun bersarang..Shaklee ID 1230471..
  • Karbohidrat yang terkandung di dalam nasi putih,roti putih,bubur, lontong bahkan kerepek kentang akan menyebabkan lemak mudah berkumpul di bahgaian paha. Elakkan dari mengambil makanan ini dalam jumlah yang banyak.
  • Minum teh hijau. Hal ini adalah kerana teh hijau sangat berkhasiat untuk membakar lemak yang terdapat di dalam tubuh seperti lemak di bahagian paha.
  • Banyakkan meminum air putih kerana ia dapat membantu dalam proses mengeluarkan peluh.
(3) Tips Nak Kecilkan Punggung laa..

Senaman 1: “The Hip Squat”

Pastikan anda berada dalam posisi berdiri.  Kemudian,buka sedikit kedua-dua kaki anda, iaitu selebar bahu. Turunkan badan anda sehingga lutut membentuk sudut 90 darjah.

Kemudian,pegang lutut anda dan tahanlah selama 2 minit lalu kembali ke posisi berdiri. Lakukan senaman “The Hip Squat”  ini sebanyak 20 kali.

 

Senaman 2: “The Back Kick”

Cari meja setinggi punggung anda dan hadapkan diri anda ke meja tersebut sambil kedua-dua tangan memegang meja tersebut. Angkat secara perlahan kaki sebelah kanan ke atas sehingga lutut membentuk sudut 90 darjah.

Biarkan punggung anda tetap lurus dan tahanlah posisi itu selama 2 minit . Kemudian lakukan posisi yang sama dengan menggunakan kaki kiri pula. Lakukan senaman “The Back Kick” ini sebanyak 10 kali bagi kaki kanan dan 10 kali bagi kaki kiri.

 

Senaman 3: “The Hip Extender”

Pastikan berada di dalam posisi berdiri. Buka sedikit kedua-dua kaki, iaitu selebar bahu anda. Angkat kaki kanan anda setinggi yang mungkin, sambil menurunkan kaki kiri anda.

Kemudian kembali ke posisi asal semula dan lakukan hal yang sama untuk kaki sebelah kiri. Lakukan senaman ini sebanyak 10 kali bagi kaki kanan dan 10 kali bagi kaki kiri.

 

Senaman 4: Bersenam Dengan Menggunakan Trampoline

‘Trampoline’ sangat baik untuk peredaran darah dan oksigen, pembakaran lemak dan kalori serta membentuk kaki dan pinggul yang cantik. Anda cuma perlu melompat paling kurang selama setengah jam untuk setiap sesi.

 

Senaman 5: Senaman Baring

Baringkan badan anda secara mengiring di atas lantai dengan sebelah tangan anda ke atas dan berbantalkan lengan anda sendiri. Kemudian,angkat kaki kanan anda ke atas setinggi yang boleh,tarik nafas dan pusingkan kaki yang diangkat tadi mengikut arah pusingan jam.

Gerakkan seluruh kaki tanpa menggerakkan pinggul anda bersama. Kemudian lakukan gerakan yang sama dengan menggunakan kaki kiri anda dan juga arah baringan anda.  Setiap satu pusingan boleh dilakukan sebanyak 5 kali. Lakukan sehingga 10 kali untuk kedua-dua belah kaki.

Senaman 6: Naik Turun Tangga

Dengan hanya melakukan senaman menaiki tangga selama 5 ke 10 minit sehari,ia boleh mengecilkan punggung lebar dan pada masa yang sama, ia baik untuk kesihatan anda.

Pemakaian kasut tumit tinggi juga boleh membantu anda untuk membentuk otot betis dan paha sekaligus untuk punggung anda. Namun, pastikan anda tidak memakai kasut tumit tinggi yang melebihi 2 inci kerana ia boleh mendatangkan bahaya buat anda.

Perkara yang perlu dielakkan..

  • Elakkan daripada  duduk terlalu lama

Tabiat duduk yang lama tanpa ada sebarang pergerakan akan memberi kesan buruk kepada tubuh badan terutama pada bahagian pinggul dan juga tulang belakang anda. Oleh itu,setiap satu atau dua jam anda perlu bangun untuk melakukan regangan.

 

Salah satu sebab yang mempengaruhi bentuk punggung adalah adalah berat badan kerana lemak-lemak yang berlebihan akan menyebabkan punggung menjadi lebar. Kawal pemakanan anda dengan cara mengamalkan diet rendah lemak dan tinggi protein serta mengambil vitamin yang baik untuk tubuh.

 

Elakkan memakai seluar dalam atau pakaian yang terlalu ketat di bahagian pinggul kerana mitos mengatakan pakaian ketat memang boleh membuat pinggul nampak menonjol tetapi akibatnya bentuk punggung akan menjadi tidak sekata. Oleh itu,gunakan seluar dalam atau pakaian yang longgar.

(4) Tips Nak Kempiskan Perut Ni...

  1. Sit Up

Sit up merupakan gerakan mengangkat tubuh bahagian atas daripada posisi telentang ke atas dengan menggunakan otot perut. Di samping itu, anda boleh juga menggabungkan dengan ‘crunche’ iaitu mengangkat bahagian tubuh sebanyak 30 darjah daripada posisi awal, ke kiri dan ke kanan secara bergantian.

  2. Push Up

Push up cukup berkesan untuk membakar lemak tubuh.Jika anda tidak berupaya melakukan push up dengan tumpuan di hujung jari kaki, anda boleh mencuba push up dengan lulut sebagai tumpuan. Apabila anda sudah yakin dengan kekuatan tangan, jangan lupa untuk mencuba melakukan push up dengan menggunakan hujung jari kaki sebagai tumpuan bagi mendapatkan hasil workout yang lebih baik dan cepat.

  3. Squat

Ia merupakan gerakan duduk di kerusi bayangan. Ketika melakukan squat, anda akan menggerakan tubuuh naik-turun dengan kaki sebagai tumpuan.Bagi permulaan, anda boleh melakukan squat sebanyak 50 kali. Bagi anda yang belum biasa melakukannya, sudah pasti akan mengalami sakit pada bahagian kaki di permulaan anda workout. Setiap hari anda perlu tambahkan latihannya sedikit demi sedikit supaya lemak-lemak yang ada di perut terbakar dan berubah menjadi otot.

(5) Tips Nak Kecilkan Lengan yo..

  • Angkat berat

Jika anda mahukan lengan yang kurus, anda perlu mengamalkan latihan angkat berat sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Anda boleh membeli dumbbell di mana-mana kedai perlatan senaman  berhampiran. Selain itu, anda boleh mencuba alternatif lain seperti mengangkat tin atau botol berisi air di rumah. Cuba lakukan seberapa banyak set yang anda mampu.

  • Boxing

Lakukan boxing dengan menumbuk ‘punching bag’ ini akan membantu membantu kordinasi dan keseimbangan badan anda serta boleh membentuk lengan yang cantik.

Aerobik merupakan antara cara yang paling sesuai untuk menggerakkan keseluruhan tubuh badan anda. Lengan yang kurus juga boleh dicapai dengan latihan ‘kincir angin’. Angkat kedua belah tangan anda seperti kedudukan kincir angin dan tangan kanan cuba mencapai hadapan kaki kiri dan bangun semula dan ulang pergerakan dengan menggunakan tangan kiri untuk mencapai lantai hadapan kaki kanan anda.

  • Push-up

Push-up dapat membantu mendapatkan lengan yang kecil kerana ia boleh membentuk lengan anda. Ia mengurangkan tisu-tisu lemak di bawah lengan. Untuk mendapat keselesaan yang lebih, anda boleh lakukan di rumah sahaja!

Cara Lain Mengecilkan Lengan

Anda perlu bijak menggabungkan kumpulan makanan supaya dapat membantu anda mendapatkan badan yang langsing dan lengan yang kurus. Utamakan makanan seperti sayur-sayuran, buah-buahan, daging, kekacang dan bijirin, makanan rendah karbohidrat, dan makanan berasaskan tenusu. Jika anda makan makanan dari kumpulan ini, anda akan mendapat hasil keputusan yang lebih baik.

  • Minum banyak air

Air adalah penting untuk mengeluarkan toksin-toksin dalam badan. Tetapi jika anda meminum air secara berlebihan, ia boleh memberi kesan buruk. Oleh itu, minum air sebanyak 8 gelas sehari adalah baik.

(6) Tips Kecilkan Pipi Yang Chubby..

  1. Kunyah Gula-Gula Getah 

Mengunyah gula-gula getah atau chew selain boleh menenangkan saraf dan menyegarkan bau nafas, ia juga boleh menguruskan badan serta meniruskan pipi anda yang ‘chubby’. Secara tidak langsung, ketika anda mengunyah gula-gula getah ia sudah membuat rahang dan pipi anda bersenam. Anda Cuma perlu mengunyah gula-gula getah setiapkali selesai makan. Tetapi, jangan makan secara berlebihan ya, nanti bukan pipi anda yang menjadi tirus. Sebaliknya anda mendapat sakit rahang gigi pula!

  1. Lakukan Senaman X-O

Caranya mudah sahaja, anda perlu menyebut “X” dan “O” secara terus menerus.Senaman wajah ini akan membuatkan kedua belah rahang akan tertarik terus menguat dan perlahan-lahan membakar lemak di pipi. Lakukan senaman ini setiapkali anda mempunyai waktu lapang, sambil memandu kenderaan atau sebelum tidur dan sebagainya.

  1. Naikkan Pipi

Cubalah senyum sambil mengangkat pipi anda dengan tinggi, biar pipi sampai mendekati mata. Lakukannya dalam keadaan anda senyum dalam keadaan yang tegang. Boleh juga dilakukan sambil menutup mata dan tahan selama beberapa saat. Lakukan secara berulangkali.

  1. Buka Mulut Luas-Luas!

Buka mulut luas-luas seperti ketika anda menyebut huruf A dengan penuh semangat.Tahan dalam bebeerapa saat sebelum anda menutup kembali mulut anda. Ulang beberapa kali selama beberapa minit. Lakukan aktiviti ini tiga kali sehari. Jangan berlebihan kerana ia boleh membuatkan rahang anda menjadi sakit.

  5. ‘Fish Lips’

Tahu tak macam mana nak buat ‘fish lips’? Kalau tak tahu, cuba perhatikan bibir ikan dan ikutlah cara bibir ikan tersebut dengan mengapit bibir anda. Lakukan ‘fish lips’ ini sehingga bibir bahagian atas dan bahagian bawahut. Kemudian tahan beberapa saat dan lakukan secara berulang.

  1. Menyedut Pipi

Kecutkan bibir anda dengan menyedut pipi kiri dan kanan sekuat mungkin. Tahannya selama beberapa saat atau seminit.Kemudian lepaskan dan lakukannya secara berulang-ulang kali, terutama pada masa lapang.

  1. Kembang Kuncupkan Pipi

Caranya tutup mulut anda,lalu tiup seperti anda meniup belon dan isi semua pipi anda dengan udara. Terus tiup pipi sebelah kiri, biarkan selama beberapa minit. Kemudian tiup pipi sebelah kanan pula, dan lakukan secara berulang-ulang selama beberapa minit.

  8.  Buat Muka Lion Face

Buka mulut anda lebar – lebar, kemudian jelirkan lidah, buat pipi menjadi tegang sehingga wajah anda juga berada dalam keadaaan tegang. Tahan seketika, kemudian lepaskan. Lakukan secara terus menerus berulang-ulang.

  1. Facial Wajah

Lakukan facial wajah atau lakukan urutan wajah.Lakukan sendiri di rumah dengan cara melakukan gerakan melingkar. Ia dapat membantu menringankan ketegangan dan perit setelah melakukan beberapa senaman wajah tersebut.

10. Senyum dan Ketawa

Ternyata senyum dan ketawa mampu meniruskan pipi. Bahkan dengan banyak tersenyum dan ketawa, otot – otot wajah akan menjadi relaks. Selain mampu kuruskan pipi, ia juga boleh membuatkan wajah anda selalu awet muda.

Info copy n paste..



Friday 13 May 2016

Kabel Remax - Fishbone Micro Remax Cable original

REMAX


Latest!! Cable remax Fishbone Micro
Design cable terbaik sbb macam sisik ikan
Output: 2.2A more faster
*usb sided contact
*stronger&durable
*charging termission
combo

Original Wireless Charger

Original Wireless Charger
Note5,s6,S6edge,s6edge plus



Harga:RM 70

Wireless Charger

Nak Cas tapi nak main game at the same time.. Apa lagi boleh guna wireless
charger ni.. Mudah kan





Harga: RM 70
Available : White, Red, Wood
All price exclude postage
How to order:
✈️ print screen & whatsapps
More details : 012-764 2393


Wireless Speaker Rupa Alien!!

BLUETOOTH SPEAKER

Karekter speaker yang sangat comel.. Rupa ada mcm Alien sikit.. wireless je nih.. Ada lampu2 bila kita 'ON'..



Bluetooth Speaker 
Available: White, Black, Red
Harga : RM 95

All price exclude postage.
How to order:
✈️ print screen & whatsapps
More details : 012-764 2393


Beats Pill Speaker for Smartphone 
Harga: RM 130



Idea Berniaga Online

1.

Tips posting . 

7.00-10.00am - masa ni biasanya org mahu pergi kerja . Hari isnin-khamis biasanya trafik laju . Jika jumaat , post pula tentang islamik sahaja . Sebab org dh excited nak cuti keesokannya . 

Post sesuatu yg bemanfaat , panjang pun tak apa , motivasi , tips , soft selling atau story telling . 

12.30-2.00pm - masa ni org mahu keluar lunch . Elakkan posting yg panjang . Mereka x ada masa yg cukup nak baca ! 

Post sesuatu yg ringkas sahaja ! 

5.30-7.00pm - Org balik kerja masa ni . Biasanya mereka penat ! 

Post sesuatu yg kelakar , humor atau joke . JANGAN update pasal trafik jem sebab semua org tahu trafik sedang jem skrg !

9.30-11.45pm - biasanya org sudah habis solat isyak atau makan malam masa ni . Masa ni la ramai online . Ada yg online sambil tengok TV . Ada yg mghadap handphone dan PC . Betul x ? 

Traffic paling laju pada jam 10 malam . Boleh juga post seawal 9:30pm . Masa ni lah masa terbaik nk buat marketing , branding , hard selling atau promosi . Lepas jam 12.00am jangan update apa2 dah ! Masa ni online banking pun dah tutup . Org dh mula masuk tidur . 

Share dan tag jika anda rasa bermanfaat 

2. 

Selamat pagi . Jgn lupa berselawat dan sedekahkan al Fatihah kpd kedua ibu bapa dan seluruh umat Islam . Ia mmg membuka punca rezeki dan sya telah amalkan bertahun-tahun . Tapi kita harus betulkan niat setiap ibadah yg kita buat dan baca , adalah semata-mata mencari redha Allah bukan kerana ingin kaya atau murah rezeki .
.
Ini 2 ayat yg buat saya kuat semalam dan hari ini . Ayat ini buat saya muhasabah diri . Org yg bermujahadah ini lain sgt2 rasanya bila faham al Quran dan Hadis .
.
Firman Allah SWT  maksudnya : "Sesungguhnya orang yang bersabar akan diberikan pahala mereka tanpa hisab (tanpa batas) " (Surah az-Zumar ayat 10).
.
Dalam sebuah hadis lain Rasulullah SAW. juga pernah bersabda yang bermaksud: "Rintihan orang sakit tercatat sebagai tasbih, kegelisahan dan jeritannya sebagai tahlil, nafasnya seumpama sedekah, tidurnya sebagai ibadah dan kegelisahannya,daripada satu,bahagian ke satu bahagian lain adalah bagaikan jihad kerana Allah SWT dan ditulis baginya sebaik-baik amalan yang pernah dilakukan semasa sihat ."
.
Sabar kerana ditikam sahabat baik , sabar kerana sakit . Alhamdulillah . Terima kasih kpd semua leader produk yg menyokong saya . Sabar , kita akan jumpa org begini dlm bisnes .

3.

Jwpn kpd soalan tdi . Ada yg bertanya, "bagaimana cara nak konsistenkn duit modal dan untung tidak bercampur aduk??"
.
Mudah sahaja . Kata kunci dikenal pasti adalah duit modal dan untung yg bercampur aduk . Atau pon sng cerita kita perlu ada SOP KEWANGAN yg betul ! Sbnrnya tidak salah duit modal dan untung disekalikan dlm 1 akaun bank . Tp perlulah ada aliran tunai duit keluar dan masuk . Perlu ada buku akaun atau apa jua catatan yg kita sendiri faham sebagai rekod transaksi duit keluar dan masuk . 
.
Dua benda harus ada :-
1. SALES (duit masuk) bulanan
2. EXPENSES (duit keluar) bulanan
.
Setiap kali ada duit masuk ke Maybank contoh 11/3/2016 , jam 10:30am , RM200 telah masuk ke Maybank . Pembayar bernama Siti Aisyah . Rekodkan transaksi ini . Tulis tarikh di hadapan , kemudian diikuti masa , jenis bank , jumlah byrn dan nama pembayar serta JENIS BARANG yg dibayar . Selepas hujung bulan , totalkan kesemua duit masuk ! Cuba tally kan dgn total credit duit masuk di statment bank bulanan anda ! Kalau x sama , kira smpai sama !
.
Jika ada duit keluar pula contoh belian restock produk secara online , pon kene rekodkan ! Kalau boleh ada resit / invoice drpd supplier sebagai bukti duit itu keluar atas sebab apa ! Contoh RM3000 restock drpd PERLAKING , so RM3000 bayaran online dibuat . Rekodkan contoh tarikh 20/4/2016 pada jam 5:00pm kepada PERLAKING atas reason beli perlaking . Jika ada buat belian contoh secara runcit TANPA byrn online transfer pula , pon perlu rekod dengan simpan resit ! Contoh isi minyak RM20 dan beli kertas A4 RM4 , total RM20+4 = RM24 . RM24 ni guna dulu duit sendiri atau kad debit . Kalau guna duit sendiri nnti claim balek pada syarikat . So bila nk claim , buat byrn online drpd akaun syarikat ke akaun personal anda . Sama mcm tdi juga , RM24 di bayar kepada SAFIUDDIN , Maybank , 20/4/2016 jam 10:30pm ats sebab DIRECTOR/MANAGER claim sebab beli kertas A4 dan isi minyak (attach/simpan kan resit - wajib ada) . Kalau tak ada resit TAK BOLEH CLAIM ! Selepas hujung bulan , totalkan kesemua duit keluar ! Cuba tally kan dgn total debit duit masuk di statment bank bulanan anda ! Kalau x sama , kira smpai sama !
.
Kalau ada dua bank pon sama kiraannya cuma jenis bank Maybank/CIMB/apa jua jenis bank .
.
Kemudian total duit sales tu tolak total expenses bulan tu . Dh ada untung bersih kan ?? Bayar lah zakat ! Ikot negeri masing2 punya % ! Ramai org xpernah byr zakat sbb bg alasan x tahu brapa untung dan x pandai kira . Asyik rugi memanjang dia ckp . Ahahaha . Ni belom cerita pasal LHDN . 
.
Untung banyak tak guna kalau x ada SOP Kewangan dan cash flow (aliran tunai) ! Tolong buat . Ramai org jdi perompak syarikat sebab ini ! X faham lg ? Solat sunat dua rakaat minta Allah bg faham . 

4. 

Saya sering kali menerima inbox .

"Saya nak kaya . Nak bantu family . Nak income yg lg banyak . Tp saya tak ada modal . Ilmu pun saya tak tahu sgt". 
.
Dua kesalahan utama :-
1. Kesalahan mindset nak kaya TANPA modal ini tak wujud ! Bila kita dh mention nk income yg byk , modal juga harus banyak . Jika tak , dh ramai yg x ada modal pun kaya . Yg saya selalu jumpa org berniaga guna fund modal org lain . Menjadi dropship boleh juga kaya tp tidak lah kaya mcm org yg anda idolakan . Itu anda kena faham dan mindset harus betul .
2. Tak ada ilmu tapi nak income banyak pon salah ! Ilmu sgt penting dan ilmu ini x akan habis dipelajari . Tapi , byk ilmu juga tidak menjamin kekayaan atau kejayaan . Smuanya adalah ketentuan ALLAH SWT ! Jgn lupa letak Allah dalam hati kalau ye pun nak kaya sgt . 
.
Dua masalah yg telah dikenal pasti :-
1. Tiada modal . cari modal . Jika x ada juga , berniagalah dari bawah dgn mnjadi dropship , pekerja , kuli , dan sebagainya . JANGAN terus fikir akan hal2 kaya yg akhirnya mematikan semangat . Mulakan sesuatu yg ada pada diri anda dan yg anda tahu . Modal pula kalau boleh gunakan 1/4 drpd saving dan modal dlm tangan . 
2. Tiada ilmu . Cari dan kaji ilmu sama ada berbayar atau percuma . Tadi kata nak income lebat kan ?? Jdi pergi lah mana2 seminar atau cari mentor anda dan belajar . Keluarkan sedikit wang "pelaburan" janji anda dpt ilmu yg anda nak . Kenal pasti background mentor anda supaya anda tak dikencing . Praktiskan ilmu yg anda dpt ! Apa kamu igt pergi sminar balek terus kaya tanpa TINDAKAN ?? Jangan mimpi .
.
Nah , analisa lah 4 perkara di atas . Kalau rasa nk kaya dgn cara lenggang kaki baik lah tak payah ya . Sedangkan nabi dulu berdakwah pun kene keluar siang malam ke sana kemari nk sebarkan Islam . Baru lah Islam smpai kpd kita skrg . Ini pula bisnes dan kekayaan . Doa lah pada Allah SWT dipertemukan dgn org yg TEPAT ! 
.
Bila ada masalah dan buntu , solat sunat dua rakaat dan minta pada Allah .

5.

Kalau lah kamu tahu dunia ini cuma tmpt ujian dan pesinggahan , pasti kamu tgah fikir apa amalan nk buat untuk bekalan di akhirat . 
.
Bila kamu asyik menyebut tentang hal dunia , maka ada dunia di dalam hati kamu . 24 jam fikir mcm mana nak lajukan sales , mcm mana nk setting fb ads , mcm mana nk jadi kaya , mcm mana nk rekrut stokis . Kalau kamu selalu fikir ini , berhati hati . 
.
Bila kamu asyik menyebut tentang hal akhirat , maka ada Allah SWT di hati kamu . Berborak pon pasal akhirat , buat lawak pon pasal akhirat . Zaman nabi dulu , sahabat selalu sgt sembang pasal akhirat . 
.
Tak salah bekerja memakmurkan dunia . Nabi tak prnah larang . Kita bukanlah nak ikut cara hidup rahbaniah iaitu cara hidup kerahiban . Duduk dalam masjid dan 24 jam beribadat . Salah ! Mujahadah itu adalah apabila kita sedang bekerja tpi ada Allah SWT dalam hati . 
Tak fahan lagi ?? Kita sibuk dgn kerja tp masih fikir Allah SWT ! Dan dari MUJAHADAH itulah akan hasilkan HIDAYAH .

Ini lah antara turning point saya dpt hidayah . Kerana saya fikir , saya ini terlalu kejar hal2 dunia , sudah lama 3-4 tahun . 1 ilmu agama pun saya x belajar dlm tempoh ni . Semua ilmu dunia . Saya kaji diri saya balek , "aku ni masalah bisnes cepat aje aku kaji dan selesaikan , bagaimana pula dgn masalah iman aku ??" . 
.
Org sibok kata berniaga itu sunnah . Tp x ada satu pun perkara sunnah dia terapkan dlm perniagaannya . Sunnah lah sgt . Solat pon fikir hal bisnes . Solat pun hujung dan tengah waktu . Solat pun x berjemaah . Ahahahah .
.
Share jika anda terkesan dgn penulisan ini .

6.

Saya tanya syeikh saya , selain drpd solat wajib jemaah di masjid , solat sunat , solat dhuha 12 rakaat , solat tahajjud , solat sunat taubat , solat hajat , istikharah , solat qabliyah dan ba'diyah , taklim , sedekah , zakat , dakwah , puasa sunat , apa lgi kita nk buat supaya Allah kejar kita , supaya Allah perasan kita .
.
Syeikh kata , perbaharui wudhuk . Batal je wudhuk ambik yg lain . Batal lagi ambik lain , tp jgn la smpai tahan kentut dan berak . Lepas berak ambik wudhuk lain . Biar kita ni 24 jam ada wudhuk . Wow2 . 
.
Kata syeikh nnti di akhirat , nabi Muhammad SAW sng nk perasan umat dia melalui "nur" di wajah mereka hasil drpd wudhuk . Jom sama2 kita cuba buat . Share jika anda rasa bermanfaat .

7.

BAgaimana nak famous di fb??

5 Tips Untuk Acah Acah FEMES 
(* Untuk yang berniaga di FB wall peribadi)

1. Be Original 
Belajar tulis konten sendiri (bukan ciplak kopipes). Memang nak pandai menulis ni kena rajin membaca. Alaaaa bukan suruh baca buku tebal 300 muka surat. Baca buku yang ringan-ringan pun dah cukup. 

2. Have Fun Fesbuking
Janganlah skema weiiiii... Belajarlah sesekali untuk bersantai, bergurau senda, berpoyo. Gurau senda yang paling win adalah joke kenakan diri sendiri. Contohnya: "Saya tahu saya hensem sebab tu mira piljah asyik pm saya." :-P

3. Ikhlas
Ikhlas ni memang susah nak tunjukkan. Ehhhh sebenarnya tak susah pun. Kerana keikhlasan adalah sesuatu yang orang lain boleh "feel-rasa." Paksa diri untuk ikhlaskan diri berfesbuk. 

4. Guna Gambar 
Elakkan guna gambar dari gugel. Sebaiknya, guna gambar dari koleksi sendiri. Majoriti manusia adalah makhluk visual, mereka suka tenguk gambar cantikssss. Smaftfon sekarnag dah canggih. Kita semua boleh jadi photographer amatur. Wahhhh.

Cuma. Kena rajin crop edit sikit gambar tu bagi emosi gambar lebih jelas. Selang selikan fb post teks sahaja dengan fb post yang ada gambar.

5. Jadilah orang yang pemurah
Kalian nak femes, nak banyak Like Komen Share, nak ramai followers? Kalian perlu mulakan dengan rajin like komen share post orang lain. Kikislah sifat kedekutz pemalas tekan like komen tu. Huhu.

8.

Tak semua usahawan mampu lalui fasa2 bisnes ini . Ramai yg gagal di tengah jalan ! Belajar dulu istilah2 dan fasa2 syarikat ni ! Jangan main terus nak jd jutawan . Kepala otak set betul2 . Bagi setiap syarikat yg baru bermula , ada tempoh start-up tertentu . Kebiasaannya 3 tahun . Jika syarikat sudah pass fasa 3 tahun ni , syarikat sudah pass fasa survive . Jgn lambat sgt untuk fasa ni ! Kene ikot juga 3 tahun . 

1. Tahun pertama = 100% start-up
2. Tahun kedua = 50% masih dalam start-up
3. Tahun ketiga = 25% masih dalam start-up
4. Selepas 3 tahun =  100% korporat 
.
Bisnes pula ada 3 fasa . Yg atas tadi fasa syarikat , yg ni fasa bisnes . Jgn tak tahu beza ! Fasa startup dikenali sebagai fasa BUAT DUIT (MAKE PROFIT).

- Fasa ini adalah fasa kaut keuntungan (profit). Fasa ini paling best sebab duit banyak masok tp ada risiko . Rata2 akan failed sebab guna duit untung sebab kehendak peribadi . Baru kepak sebelah nyamuk , dh beli kereta mewah . Ini terjadi bila tak berkiblatkan agama dalam bisnes ! Kita harus igt , berjimat cermat dgn rezeki yg Allah bagi . Ini adalah fasa paling asas . Bisnes belom matang masa ni . Elakkan drpd menipu atau mengambil untung yg terlalu banyak dan menganiaya org . Ye lah fasa ni buat duit ramai gelap mata dan tamak masa ini . 
.
Fasa kedua pula adalah fasa PERKEMBANGAN (GROWTH). 

- Fasa ini biasanya profit akan kurang tapi syarikat akan berkembang . Profit banyak digunakan untuk mengemaskini dan membentuk satu sistem auto lengkap dalam syarikat . Pekerja baru perlu banyak di ambil . Tenaga baru dan golongan profesional dalam syarikat juga perlu di ambil . Syarikat perlu berjalan secara auto walau tanpa anda ! Masa ini kita sgt perlu brhati hati supaya kita tidak rugi . Planing adalah sgt penting . Perlu berhikmah dalam setiap tindakan kita . 
.
Fasa ketiga adalah fasa PENAKLUKAN .

- Selepas ada satu sistem auto di syarikat , masa ini lah kita ingin bina empayar yg lebih besar dan menakluk pasaran . Masa ini lah menentukan kita boleh sustain atau tak . Relevan atau x , perlu stop dan alih arah atau tak . Tak semua syarikat mampu smpai ke fasa penaklukan ini . Ada yg gagal dan melompat lompat ke bidang lain sampai jumpa 1 bidang yg relevan . Fasa ini memang ambil masa bertahun tahun . 
.
Setiap fasa ni berbeza tahun dan tempoh bg sesebuah syarikat . Ikut lah nk kaut berapa lama duit . Ikut lah nak planing mcam mana perjalanan bisnes kita . 
.
Ini adalah buah fikir saya ilham 100% drpd Allah SWT . Maaf jika agak berbeza dgn ilmu sifu2 anda . Share jika anda terkesan dgn penulisan ini .

Copy paste ilmu bos perlaking

Thursday 28 April 2016

Remax Car Bluetooth Headphone


Bluetooth headset


Color: white
Harga : RM 85

All price exclude postage.
Postage Semenanjung RM 7
Postage Sabah & Sarawak RM 10

Order print screen & whatsapps
For more details 
contact 012-764 2393