Pages

Friday 13 May 2016

Kabel Remax - Fishbone Micro Remax Cable original

REMAX


Latest!! Cable remax Fishbone Micro
Design cable terbaik sbb macam sisik ikan
Output: 2.2A more faster
*usb sided contact
*stronger&durable
*charging termission
combo

Original Wireless Charger

Original Wireless Charger
Note5,s6,S6edge,s6edge plus



Harga:RM 70

Wireless Charger

Nak Cas tapi nak main game at the same time.. Apa lagi boleh guna wireless
charger ni.. Mudah kan





Harga: RM 70
Available : White, Red, Wood
All price exclude postage
How to order:
✈️ print screen & whatsapps
More details : 012-764 2393


Wireless Speaker Rupa Alien!!

BLUETOOTH SPEAKER

Karekter speaker yang sangat comel.. Rupa ada mcm Alien sikit.. wireless je nih.. Ada lampu2 bila kita 'ON'..



Bluetooth Speaker 
Available: White, Black, Red
Harga : RM 95

All price exclude postage.
How to order:
✈️ print screen & whatsapps
More details : 012-764 2393


Beats Pill Speaker for Smartphone 
Harga: RM 130



Idea Berniaga Online

1.

Tips posting . 

7.00-10.00am - masa ni biasanya org mahu pergi kerja . Hari isnin-khamis biasanya trafik laju . Jika jumaat , post pula tentang islamik sahaja . Sebab org dh excited nak cuti keesokannya . 

Post sesuatu yg bemanfaat , panjang pun tak apa , motivasi , tips , soft selling atau story telling . 

12.30-2.00pm - masa ni org mahu keluar lunch . Elakkan posting yg panjang . Mereka x ada masa yg cukup nak baca ! 

Post sesuatu yg ringkas sahaja ! 

5.30-7.00pm - Org balik kerja masa ni . Biasanya mereka penat ! 

Post sesuatu yg kelakar , humor atau joke . JANGAN update pasal trafik jem sebab semua org tahu trafik sedang jem skrg !

9.30-11.45pm - biasanya org sudah habis solat isyak atau makan malam masa ni . Masa ni la ramai online . Ada yg online sambil tengok TV . Ada yg mghadap handphone dan PC . Betul x ? 

Traffic paling laju pada jam 10 malam . Boleh juga post seawal 9:30pm . Masa ni lah masa terbaik nk buat marketing , branding , hard selling atau promosi . Lepas jam 12.00am jangan update apa2 dah ! Masa ni online banking pun dah tutup . Org dh mula masuk tidur . 

Share dan tag jika anda rasa bermanfaat 

2. 

Selamat pagi . Jgn lupa berselawat dan sedekahkan al Fatihah kpd kedua ibu bapa dan seluruh umat Islam . Ia mmg membuka punca rezeki dan sya telah amalkan bertahun-tahun . Tapi kita harus betulkan niat setiap ibadah yg kita buat dan baca , adalah semata-mata mencari redha Allah bukan kerana ingin kaya atau murah rezeki .
.
Ini 2 ayat yg buat saya kuat semalam dan hari ini . Ayat ini buat saya muhasabah diri . Org yg bermujahadah ini lain sgt2 rasanya bila faham al Quran dan Hadis .
.
Firman Allah SWT  maksudnya : "Sesungguhnya orang yang bersabar akan diberikan pahala mereka tanpa hisab (tanpa batas) " (Surah az-Zumar ayat 10).
.
Dalam sebuah hadis lain Rasulullah SAW. juga pernah bersabda yang bermaksud: "Rintihan orang sakit tercatat sebagai tasbih, kegelisahan dan jeritannya sebagai tahlil, nafasnya seumpama sedekah, tidurnya sebagai ibadah dan kegelisahannya,daripada satu,bahagian ke satu bahagian lain adalah bagaikan jihad kerana Allah SWT dan ditulis baginya sebaik-baik amalan yang pernah dilakukan semasa sihat ."
.
Sabar kerana ditikam sahabat baik , sabar kerana sakit . Alhamdulillah . Terima kasih kpd semua leader produk yg menyokong saya . Sabar , kita akan jumpa org begini dlm bisnes .

3.

Jwpn kpd soalan tdi . Ada yg bertanya, "bagaimana cara nak konsistenkn duit modal dan untung tidak bercampur aduk??"
.
Mudah sahaja . Kata kunci dikenal pasti adalah duit modal dan untung yg bercampur aduk . Atau pon sng cerita kita perlu ada SOP KEWANGAN yg betul ! Sbnrnya tidak salah duit modal dan untung disekalikan dlm 1 akaun bank . Tp perlulah ada aliran tunai duit keluar dan masuk . Perlu ada buku akaun atau apa jua catatan yg kita sendiri faham sebagai rekod transaksi duit keluar dan masuk . 
.
Dua benda harus ada :-
1. SALES (duit masuk) bulanan
2. EXPENSES (duit keluar) bulanan
.
Setiap kali ada duit masuk ke Maybank contoh 11/3/2016 , jam 10:30am , RM200 telah masuk ke Maybank . Pembayar bernama Siti Aisyah . Rekodkan transaksi ini . Tulis tarikh di hadapan , kemudian diikuti masa , jenis bank , jumlah byrn dan nama pembayar serta JENIS BARANG yg dibayar . Selepas hujung bulan , totalkan kesemua duit masuk ! Cuba tally kan dgn total credit duit masuk di statment bank bulanan anda ! Kalau x sama , kira smpai sama !
.
Jika ada duit keluar pula contoh belian restock produk secara online , pon kene rekodkan ! Kalau boleh ada resit / invoice drpd supplier sebagai bukti duit itu keluar atas sebab apa ! Contoh RM3000 restock drpd PERLAKING , so RM3000 bayaran online dibuat . Rekodkan contoh tarikh 20/4/2016 pada jam 5:00pm kepada PERLAKING atas reason beli perlaking . Jika ada buat belian contoh secara runcit TANPA byrn online transfer pula , pon perlu rekod dengan simpan resit ! Contoh isi minyak RM20 dan beli kertas A4 RM4 , total RM20+4 = RM24 . RM24 ni guna dulu duit sendiri atau kad debit . Kalau guna duit sendiri nnti claim balek pada syarikat . So bila nk claim , buat byrn online drpd akaun syarikat ke akaun personal anda . Sama mcm tdi juga , RM24 di bayar kepada SAFIUDDIN , Maybank , 20/4/2016 jam 10:30pm ats sebab DIRECTOR/MANAGER claim sebab beli kertas A4 dan isi minyak (attach/simpan kan resit - wajib ada) . Kalau tak ada resit TAK BOLEH CLAIM ! Selepas hujung bulan , totalkan kesemua duit keluar ! Cuba tally kan dgn total debit duit masuk di statment bank bulanan anda ! Kalau x sama , kira smpai sama !
.
Kalau ada dua bank pon sama kiraannya cuma jenis bank Maybank/CIMB/apa jua jenis bank .
.
Kemudian total duit sales tu tolak total expenses bulan tu . Dh ada untung bersih kan ?? Bayar lah zakat ! Ikot negeri masing2 punya % ! Ramai org xpernah byr zakat sbb bg alasan x tahu brapa untung dan x pandai kira . Asyik rugi memanjang dia ckp . Ahahaha . Ni belom cerita pasal LHDN . 
.
Untung banyak tak guna kalau x ada SOP Kewangan dan cash flow (aliran tunai) ! Tolong buat . Ramai org jdi perompak syarikat sebab ini ! X faham lg ? Solat sunat dua rakaat minta Allah bg faham . 

4. 

Saya sering kali menerima inbox .

"Saya nak kaya . Nak bantu family . Nak income yg lg banyak . Tp saya tak ada modal . Ilmu pun saya tak tahu sgt". 
.
Dua kesalahan utama :-
1. Kesalahan mindset nak kaya TANPA modal ini tak wujud ! Bila kita dh mention nk income yg byk , modal juga harus banyak . Jika tak , dh ramai yg x ada modal pun kaya . Yg saya selalu jumpa org berniaga guna fund modal org lain . Menjadi dropship boleh juga kaya tp tidak lah kaya mcm org yg anda idolakan . Itu anda kena faham dan mindset harus betul .
2. Tak ada ilmu tapi nak income banyak pon salah ! Ilmu sgt penting dan ilmu ini x akan habis dipelajari . Tapi , byk ilmu juga tidak menjamin kekayaan atau kejayaan . Smuanya adalah ketentuan ALLAH SWT ! Jgn lupa letak Allah dalam hati kalau ye pun nak kaya sgt . 
.
Dua masalah yg telah dikenal pasti :-
1. Tiada modal . cari modal . Jika x ada juga , berniagalah dari bawah dgn mnjadi dropship , pekerja , kuli , dan sebagainya . JANGAN terus fikir akan hal2 kaya yg akhirnya mematikan semangat . Mulakan sesuatu yg ada pada diri anda dan yg anda tahu . Modal pula kalau boleh gunakan 1/4 drpd saving dan modal dlm tangan . 
2. Tiada ilmu . Cari dan kaji ilmu sama ada berbayar atau percuma . Tadi kata nak income lebat kan ?? Jdi pergi lah mana2 seminar atau cari mentor anda dan belajar . Keluarkan sedikit wang "pelaburan" janji anda dpt ilmu yg anda nak . Kenal pasti background mentor anda supaya anda tak dikencing . Praktiskan ilmu yg anda dpt ! Apa kamu igt pergi sminar balek terus kaya tanpa TINDAKAN ?? Jangan mimpi .
.
Nah , analisa lah 4 perkara di atas . Kalau rasa nk kaya dgn cara lenggang kaki baik lah tak payah ya . Sedangkan nabi dulu berdakwah pun kene keluar siang malam ke sana kemari nk sebarkan Islam . Baru lah Islam smpai kpd kita skrg . Ini pula bisnes dan kekayaan . Doa lah pada Allah SWT dipertemukan dgn org yg TEPAT ! 
.
Bila ada masalah dan buntu , solat sunat dua rakaat dan minta pada Allah .

5.

Kalau lah kamu tahu dunia ini cuma tmpt ujian dan pesinggahan , pasti kamu tgah fikir apa amalan nk buat untuk bekalan di akhirat . 
.
Bila kamu asyik menyebut tentang hal dunia , maka ada dunia di dalam hati kamu . 24 jam fikir mcm mana nak lajukan sales , mcm mana nk setting fb ads , mcm mana nk jadi kaya , mcm mana nk rekrut stokis . Kalau kamu selalu fikir ini , berhati hati . 
.
Bila kamu asyik menyebut tentang hal akhirat , maka ada Allah SWT di hati kamu . Berborak pon pasal akhirat , buat lawak pon pasal akhirat . Zaman nabi dulu , sahabat selalu sgt sembang pasal akhirat . 
.
Tak salah bekerja memakmurkan dunia . Nabi tak prnah larang . Kita bukanlah nak ikut cara hidup rahbaniah iaitu cara hidup kerahiban . Duduk dalam masjid dan 24 jam beribadat . Salah ! Mujahadah itu adalah apabila kita sedang bekerja tpi ada Allah SWT dalam hati . 
Tak fahan lagi ?? Kita sibuk dgn kerja tp masih fikir Allah SWT ! Dan dari MUJAHADAH itulah akan hasilkan HIDAYAH .

Ini lah antara turning point saya dpt hidayah . Kerana saya fikir , saya ini terlalu kejar hal2 dunia , sudah lama 3-4 tahun . 1 ilmu agama pun saya x belajar dlm tempoh ni . Semua ilmu dunia . Saya kaji diri saya balek , "aku ni masalah bisnes cepat aje aku kaji dan selesaikan , bagaimana pula dgn masalah iman aku ??" . 
.
Org sibok kata berniaga itu sunnah . Tp x ada satu pun perkara sunnah dia terapkan dlm perniagaannya . Sunnah lah sgt . Solat pon fikir hal bisnes . Solat pun hujung dan tengah waktu . Solat pun x berjemaah . Ahahahah .
.
Share jika anda terkesan dgn penulisan ini .

6.

Saya tanya syeikh saya , selain drpd solat wajib jemaah di masjid , solat sunat , solat dhuha 12 rakaat , solat tahajjud , solat sunat taubat , solat hajat , istikharah , solat qabliyah dan ba'diyah , taklim , sedekah , zakat , dakwah , puasa sunat , apa lgi kita nk buat supaya Allah kejar kita , supaya Allah perasan kita .
.
Syeikh kata , perbaharui wudhuk . Batal je wudhuk ambik yg lain . Batal lagi ambik lain , tp jgn la smpai tahan kentut dan berak . Lepas berak ambik wudhuk lain . Biar kita ni 24 jam ada wudhuk . Wow2 . 
.
Kata syeikh nnti di akhirat , nabi Muhammad SAW sng nk perasan umat dia melalui "nur" di wajah mereka hasil drpd wudhuk . Jom sama2 kita cuba buat . Share jika anda rasa bermanfaat .

7.

BAgaimana nak famous di fb??

5 Tips Untuk Acah Acah FEMES 
(* Untuk yang berniaga di FB wall peribadi)

1. Be Original 
Belajar tulis konten sendiri (bukan ciplak kopipes). Memang nak pandai menulis ni kena rajin membaca. Alaaaa bukan suruh baca buku tebal 300 muka surat. Baca buku yang ringan-ringan pun dah cukup. 

2. Have Fun Fesbuking
Janganlah skema weiiiii... Belajarlah sesekali untuk bersantai, bergurau senda, berpoyo. Gurau senda yang paling win adalah joke kenakan diri sendiri. Contohnya: "Saya tahu saya hensem sebab tu mira piljah asyik pm saya." :-P

3. Ikhlas
Ikhlas ni memang susah nak tunjukkan. Ehhhh sebenarnya tak susah pun. Kerana keikhlasan adalah sesuatu yang orang lain boleh "feel-rasa." Paksa diri untuk ikhlaskan diri berfesbuk. 

4. Guna Gambar 
Elakkan guna gambar dari gugel. Sebaiknya, guna gambar dari koleksi sendiri. Majoriti manusia adalah makhluk visual, mereka suka tenguk gambar cantikssss. Smaftfon sekarnag dah canggih. Kita semua boleh jadi photographer amatur. Wahhhh.

Cuma. Kena rajin crop edit sikit gambar tu bagi emosi gambar lebih jelas. Selang selikan fb post teks sahaja dengan fb post yang ada gambar.

5. Jadilah orang yang pemurah
Kalian nak femes, nak banyak Like Komen Share, nak ramai followers? Kalian perlu mulakan dengan rajin like komen share post orang lain. Kikislah sifat kedekutz pemalas tekan like komen tu. Huhu.

8.

Tak semua usahawan mampu lalui fasa2 bisnes ini . Ramai yg gagal di tengah jalan ! Belajar dulu istilah2 dan fasa2 syarikat ni ! Jangan main terus nak jd jutawan . Kepala otak set betul2 . Bagi setiap syarikat yg baru bermula , ada tempoh start-up tertentu . Kebiasaannya 3 tahun . Jika syarikat sudah pass fasa 3 tahun ni , syarikat sudah pass fasa survive . Jgn lambat sgt untuk fasa ni ! Kene ikot juga 3 tahun . 

1. Tahun pertama = 100% start-up
2. Tahun kedua = 50% masih dalam start-up
3. Tahun ketiga = 25% masih dalam start-up
4. Selepas 3 tahun =  100% korporat 
.
Bisnes pula ada 3 fasa . Yg atas tadi fasa syarikat , yg ni fasa bisnes . Jgn tak tahu beza ! Fasa startup dikenali sebagai fasa BUAT DUIT (MAKE PROFIT).

- Fasa ini adalah fasa kaut keuntungan (profit). Fasa ini paling best sebab duit banyak masok tp ada risiko . Rata2 akan failed sebab guna duit untung sebab kehendak peribadi . Baru kepak sebelah nyamuk , dh beli kereta mewah . Ini terjadi bila tak berkiblatkan agama dalam bisnes ! Kita harus igt , berjimat cermat dgn rezeki yg Allah bagi . Ini adalah fasa paling asas . Bisnes belom matang masa ni . Elakkan drpd menipu atau mengambil untung yg terlalu banyak dan menganiaya org . Ye lah fasa ni buat duit ramai gelap mata dan tamak masa ini . 
.
Fasa kedua pula adalah fasa PERKEMBANGAN (GROWTH). 

- Fasa ini biasanya profit akan kurang tapi syarikat akan berkembang . Profit banyak digunakan untuk mengemaskini dan membentuk satu sistem auto lengkap dalam syarikat . Pekerja baru perlu banyak di ambil . Tenaga baru dan golongan profesional dalam syarikat juga perlu di ambil . Syarikat perlu berjalan secara auto walau tanpa anda ! Masa ini kita sgt perlu brhati hati supaya kita tidak rugi . Planing adalah sgt penting . Perlu berhikmah dalam setiap tindakan kita . 
.
Fasa ketiga adalah fasa PENAKLUKAN .

- Selepas ada satu sistem auto di syarikat , masa ini lah kita ingin bina empayar yg lebih besar dan menakluk pasaran . Masa ini lah menentukan kita boleh sustain atau tak . Relevan atau x , perlu stop dan alih arah atau tak . Tak semua syarikat mampu smpai ke fasa penaklukan ini . Ada yg gagal dan melompat lompat ke bidang lain sampai jumpa 1 bidang yg relevan . Fasa ini memang ambil masa bertahun tahun . 
.
Setiap fasa ni berbeza tahun dan tempoh bg sesebuah syarikat . Ikut lah nk kaut berapa lama duit . Ikut lah nak planing mcam mana perjalanan bisnes kita . 
.
Ini adalah buah fikir saya ilham 100% drpd Allah SWT . Maaf jika agak berbeza dgn ilmu sifu2 anda . Share jika anda terkesan dgn penulisan ini .

Copy paste ilmu bos perlaking