Pages

Thursday, 5 December 2013

cara menguji gula


Bagaimana Cara untuk Menguji Gula dalam Darah

09/05/2011
By 
Ujian pemeriksaan glucose dalam darah adalah penting bagi pesakit diabetik. Glucose yang terhasil dari penghadaman makanan karbohidrat, menjadi sumber utama tenaga dalam badan. Insulin yang dikeluarkan dari organ pancreas membantu tubuh menggunakan glucose ini bagi menghasilkan tenaga.
Biasanya kandungan glucose dalam badan akan meningkat sedikit selepas makan, lalu menyebabkan pancreas mengeluarkan insulin bagi mengawal kandungan gula. Tahap gula yang tinggi akan merosakkan mata, ginjal, saraf dan saluran darah.
Pemeriksaan darah dilakukan dengan mengambil sedikit titisan darah dari hujung jari atau mana-mana bahagian badan dan diletakkan ke atas strip yang disediakan pada mesinglucometer.
Beberapa jenis pemeriksaan glucose yang dijalankan:
  • Fasting blood sugar (FBS) atau pemeriksaan glucose ketika berpuasa. Ia adalah pemeriksaan yang dijalankan apabila seseorang itu tidak mengambil apa-apa makanan sekurang-kurangnya 8 jam.
  • 2-hour postprandial blood sugar (2HPP) atau pemeriksaan glucose 2 jam selepas mula makan. Ia akan menguji keberkesanan pankreas mengeluarkan insulin bagi mengawal gula.
  • Random blood sugar (RBS) atau pemeriksaan gula tanpa perlu berpuasa. Ia adalah ujian rawak bagi mengesan kandungan gula seseorang. Jika bacaannya terlalu tinggi, ia bermakna pesakit mungkin menghadapi masalah  diabetes. Namun ia bukan ujian pengesahkan (confirmatory) untuk mendiagnosa seseorang itu mengalami diabetes.
  • Oral glucose tolerance test (OGTT) ia adalah ujian pemeriksaan gula bagi membuat diagnosis diabetes di kalangan wanita hamil dan orang biasa. Pesakit diminta untuk minum air gula. Pemeriksaan darah dilakukan sebelum dan selepas minum air gula.

Bacaan Glucose yang Normal

Bagi ‘Fasting Blood Glucose’

Bacaan GlucoseIndikasi
From 70 – 99 mg/dL (3.9 – 5.5 mmol/L)Normal
From 100 – 125 mg/dL (5.6 – 6.9 mmol/L)Berisiko untuk mendapat diabetes
126 mg/dL (7.0 mmol/L) dan ke atasDiabetes

Bagi ‘Oral Glucose Tolerance Test’ (OGTT)

Bacaan ini untuk orang biasa (bukan wanita hamil). Pemeriksaan darah selepas 2 jam meminum 75-gram air glucose.
Tahap GlucoseIndikasi
Kurang dari 140 mg/dL (7.8 mmol/L)Normal
140 – 200 mg/dL (7.8 – 11.1 mmol/L)Risiko untuk mendapat diabetes
Lebih 200 mg/dL (11.1 mmol/L)Diabetes

Bacaan glucose yang normal dalam darah ialah kurang dari 5.5 mmol/L, apabila seseorang itu berpuasa dan kurang dari 7.0 jika diuji 2 jam selepas makan. Selepas 3 jam, kandungan glucose akan turun kurang dari 6.0 mmol/L.
Jika bacaan glucose melebih bacaan ini, selalunya akan menyebabkan komplikasi mata, buah pinggang dan jantung. Oleh itu bacaan gula yang baik harus rendah iaitu kurang 5 mmol/L sebelum makan dan kurang 6 mmol/L selepas makan.
Jadi jika anda seorang penghidap diabetes, menguji gula dalam darah adalah sebahagian pengurusan diri yang amat penting. Setiap pesakit diabetes harus mengetahui berapa kerap danbila ujian pemeriksaan ini harus dilakukan.

Kekerapan ujian dilakukan

Ramai pesakit diabetic yang menyangka pemeriksaan darah untuk mengetahui kandungan glucose dalam darah setiap empat bulan sekali sudah mencukupi.
Inilah yang sering berlaku pada warga tua yang menjalani rawatan di pusat kesihatan kerajaan empat bulan sekali. Ada yang cuba menipu doktor dengan menjaga pemakanan bersungguh-sungguh beberapa hari sebelum hari pemeriksaan dengan harapan bacaan glucose mereka normal. Jika tidak, tentu dimarahi doktor yang bertugas.
Ini adalah suatu tindakan salah. Pemeriksaan darah untuk mengetahui kandungan glucose dalam darah seharusnya dilakukan sekerap mungkin.
Bilangan kekerapan melakukan ujian darah bergantung kepada tahap kawalan gulanya setiap hari. Ada yang memerlukan pemeriksaan glucose dalam darah hanya sekali dalam sehari dan ada yang memerlukan ujian sebanyak enam kali sehari.
Satu panduan dari American Diabetes Association (ADA), USmemberitahu golongan pesakit berikut harus diperiksa sebanyak sekurang-kurangnya 3 kali sehari iaitu:
  • Semua pesakit diabetik jenis 1
  • Semua pesakit diabetik yang mengambil 3 atau lebih suntikan insulin setiap hari.
Panduan ADA juga menasihatkan pesakit diabetic agar memeriksa kandungan glucose mereka sekerap yang boleh untuk memastikan mereka mencapai tahap glucose yang normal.
Bagi pesakit diabetic yang bukan termasuk dalam golongan itu, mungkin berfikir memeriksa gula sebulan sekali memadai. Itu juga tidak betul.
Sekali lagi ia bergantung kepada keputusan pemeriksaan glucose dalam darah mereka. Jika pesakit mendapati bahawa paras gula dalam darah mereka adalah normal, maka mungkin mereka boleh kurangkan pemeriksaan. Namun jika mereka mendapati paras glucose mereka tidak normal, harus diperiksa sekerap yang mungkin untuk mengesan punca yang menyebabkan paras glucose dalam darah tidak terkawal.
Selain itu, ada masanya pesakit memerlukan pemeriksaan tahap glukos yang lebih kerap jika :
  • Baru memulai ubat diabetes atau baru mula ditukar ubat diabetes yang berlainan jenis
  • Sedang menukar dos ubat
  • Sedang dalam keadaan sakit eg. demam, batuk, selsema atau ada bisul
  • Sedang dalam latihan fizikal atau riadah yang berat
  • Sedang hamil
  • Sedang dalam musafir menyebabkan rutin seharian bertukar
Setiap pesakit diabetic (terutama pesakit diabetic yang berumur 30an ke atas) perlu mempunyai mesin glukometer bagi memudahkan mereka memeriksa sendiri kandungan glucose dalam darah mereka.
Memeriksa sendiri tidak harus menjadi janggal kerana saya selalu mengumpamakan ‘penyakit diabetes telah menjadi sebahagian hidup kita’. Jadi kita harus tahu apa yang boleh dimakan, apa yang tidak boleh dimakan, nama ubat dan cara melakukan pemeriksaan. ‘Alah tegal menjadi biasa’, segala perkara yang mustahil akan mudah dilakukan jika kita ada kesungguhan melakukannya.
Sebagai pesakit diabetic, fikirkan secara realistik. Penyakit diabetic akan memberikan masalah selepas 10-15 tahun.  Jadi nasib kita 10-15 tahun akan datang ditentukan oleh pesakit itu sendiri.
Oleh itu  jika mereka mengetahui paras glucose dalam darah adalah tinggi, mereka harus meningkatkan kekerapan memeriksa dari sekali sehari kepada tiga kali sehari sehingga kita dapat mencapai tahap glucose yang normal.

Masa sesuai untuk pemeriksaan glukose

Ramai pesakit diabetic yang menganggap bahawa pemeriksaan glucose harus dilakukan apabila telah puasa lebih lapan jam. Ia adalah nasihat yang benar. Namun ada beberapa waktu yang digalakkan untuk melakukan pemeriksaan glucose bagi memastikan kandungan glucose dalam darah di tahap yang normal.
Antaranya :
  • Sebelum makan
  • Selepas dua jam setelah makan
  • Sebelum tidur
  • Sebelum, semasa dan selepas melakukan riadah
  • Sebelum mengendalikan mesin berat atau memandu dalam masa yang panjang
  • Ketika mengalami tanda-tanda hypoglycemia (kekurangan glucose) atau hyperglycemia (lebihan glucose)
Pemeriksaan yang kerap juga memerlukan kos yang tinggi. Setiap glucostix yang digunakan berharga RM2. Bayangkan jika menggunakannya enam kali sehari. Ini bermakna membelanjakan RM360 sebulan.
Walau bagaimana pun saya menganggap harga itu berbaloi untuk orang yang mampu. Apabila kandungan glucose sudah stabil bolehlah dilakukan ujian sebanyak dua kali sehari selama sebulan. Caranya seperti ini :
  • Minggu 1: Sebelum sarapan dan dua jam selepas sarapan
  • Minggu 2: Sebelum makan tengahari, dan dua jam selepas makan
  • Minggu 3: Sebelum makan malam dan dua jam selepas makan
  • Minggu 4: Sebelum tidur dan sebelum sarapan
Pemeriksaan ini akan memberikan gambaran bagaimana pesakit mengamalkan pemakanannya. Dari corak ini dapat dilihat bila masanya seseorang mempunyai tahap kandungan glucose yang tinggi. Jadi di lain masa, pemeriksaan boleh diteruskan untuk waktu itu saja.
Jadi kekerapan pemeriksaan darah mungkin dapat dikurangkan dan menjimatkan kos. Jika kita tidak ada kemampuan untuk menguji enam kali sehari, cubalah lakukannya dua kali sehari. Catatkan dalam diari dan berbincang dengan doktor mengenai bacaan kandungan glucose dalam darah terkawal apabila melakukan rawatan susulan.

Susunan: Dr Zubaidi Hj Ahmad (090511)

Friday, 29 November 2013

Diet ikut jenis darah

Menu diet yang dianjurkan untuk kumpulan darah O:

Sarapan : Dua potong roti bakar lapis mentega dan sebiji pisang
Snek : Teh herba
Makan tengahari: Sepotong daging panggang, salad bayam dan epal
Snek : Sepotong kuih
Makan Malam : Sepotong daging lembu dan asparagus yang direbus, kentang rebus, buah-buahan dan teh herbaSarapan : Dua potong roti bakar lapis mentega dan sebiji pisang
Snek : Teh herba
Makan tengahari: Sepotong daging panggang, salad bayam dan epal
Snek : Sepotong kuih
Makan Malam : Sepotong daging lembu dan asparagus yang direbus, kentang rebus, buah-buahan dan teh herba

Menu diet yang dianjurkan utk darah jenis A:

Sarapan : Air putih dicampur jus limau nipis dan oat
Snek: Jus anggur / kopi
Makan Tengah Hari: Salad dan roti gandum satu potong serta teh herba
Snek: Kuih beras dua potong dan teh hijau
Makan Malam : Pasta tanpa daging campur brokoli, yoghurt dan teh herba

Menu diet yang dianjurkan utk darah jenis B:


Sarapan: Bijirin dan buah pisang beserta segelas susu tanpa lemak
Snek: Jus anggur
Makan Tengahari: Sepotong dada ayam dan dua potong roti beserta salad dan teh herba
Snek: Jus limau/yogurt dan teh herba
Makan Malam : Sepotong ikan salai, sayur rebus, buah-buahan segar dan teh herba

Menu diet yang dianjurkan utk darah jenis AB:

Sarapan : Air limau nipis, jus anggur, roti dua potong beserta satu potong keju
Snek : Yogurt
Makan Tengahari : Dada ayam empat hirisan, salad, dua biji buah plum dan teh herba
Snek: Kek keju dan teh herba
Makan Malam : Omelet dan salad buah serta kopi

Tuesday, 22 October 2013

Oat Pancake

Oat Pancakes Recipe


Nutritional Info (Per serving):
Calories: 189, Saturated Fat: 1g, Sodium: 317mg, Dietary Fiber: 3g, Total Fat: 5g, Carbs: 28g, Sugars: 4g, Cholesterol: 3mg, Protein: 8g

Exchanges: Starch: 1, Other Carb: 1, Fat: 0.5
Carb Choices: 2

Quick Info:

 Servings
Contains Wheat/GlutenContains Wheat/Gluten
Contains DairyContains Dairy
Contains EggContains Egg
VegetarianVegetarian
Diabetes-FriendlyDiabetes-Friendly

















Oat Pancakes


PrepTime: 30 mins
Cook Time: 4 mins
Rest Time: 30 mins
Total Time: 34 mins

Ingredients

  • 1 1/4 cup(s) oats, rolled
  • 3/4 cup(s) flour, all-purpose
  • 1/2 cup(s) flour, whole-wheat
  • 1 tablespoon baking powder
  • 1/4 teaspoon salt
  • 3 egg white(s)
  • 2 1/4 cup(s) buttermilk
  • 2 tablespoon oil, cooking
  • 2 tablespoon honey
  • 1 teaspoon vanilla extract
  • cooking spray
  • strawberries, fans (optional)
  • light pancake and waffle syrup product, (optional)

Preparation

1. In a large bowl, combine oats, all-purpose flour, whole wheat flour, baking powder, and salt. Make a well in the center of flour mixture; set aside.

2. In a medium bowl, beat the egg whites with a fork; stir in buttermilk, oil, honey (if desired), and vanilla. Add egg white mixture all at once to flour mixture. Stir just until moistened (batter should be lumpy). Cover batter; allow to stand at room temperature for 15 to 30 minutes.

3. Coat an unheated griddle or heavy skillet with nonstick cooking spray. Preheat over medium-high heat. For each pancake, pour about 1/4 cup of the batter onto the hot griddle or skillet. Spread batter into a circle about 4 inches in diameter. Cook over medium heat for 4 to 6 minutes or until the pancakes are golden, turning to cook second sides when pancakes have bubbly surfaces and edges are slightly dry. If desired, garnish with strawberry fans and serve pancakes with strawberry syrup.

Monday, 7 October 2013

Permata Hati

Antara perkara yang Rasulullah SAW letakkan keutamaan yang tinggi adalah pada didikan untuk generasi akan datang.

Baginda memikirkan didikan awal jauh di luar batasan pemikiran manusia.
Nabi SAW jadikannya penting sejak sebelum perkahwinan lagi…
semasa memilih calon, kemudian ketika proses mengandung dan juga kelahiran dengan memastikan anak yang lahir itu dikelilingi oleh adab-adab..
yang menjadikan kelahiran tersebut sebagai persiapan kepada anak itu untuk menjadi hamba Allah yang soleh, terpelihara daripada syaitan..dan daripada penyakit dalaman dan luaran yang mungkin menimpa manusia..
Nabi SAW menyebut kepada kita bahawa syaitan mempermainkan anak yang baru dilahirkan dari rahim ibunya..kecuali Maryam dan anaknya Isa..
Kenapa? kerana ibunya mohon perlindungan dengan berdoa:
“Aku mohon perlindungan Mu untuknya serta anak-anak keturunannya daripada syaitan yang direjam”
Renungkan bagaimana dengan mengingati Allah ketika hamil boleh memelihara insan daripada syaitan dan kejahatannya..

Sunnah pertama: Mengazankan bayi
Nabi SAW mengambil berat tentang bayi yang baru lahir dari rahim ibunya dengan mengalunkan azan ke telinganya.
Supaya sejak lahir lagi bayi tersebut didendangkan dengan zikrullah dan supaya ia menjadi pelindungnya daripada syaitan yang direjam.
Nabi SAW apabila mendapat tahu tentang kelahiran Hassan, baginda bergegas mendapatkannya lalu mengalunkan azan ke telinga kanannya dan iqamah ke telinga kirinya.
Baginda bersabda bahawa bayi ynag diazankan takkan diganggu oleh ‘ummu sibyan’.
Ia adalah sejenis syaitan yang dikhaskan untuk mengganggu bayi yang baru lahir..

Sunnah kedua: bertahnik
seperti yang diriwayatkan oleh Aisyah bahawa yang baru lahir biasanya akan dibawa kepada Nabi SAW.
Bapa bayi tersebut akan membawanya kepada Nabi SAW sebelum disusukan oleh ibunya, supaya Nabi boleh mentahnikkannya dan memberkatinya.
Nabi SAW akan mengambil sedikit air liur baginda dan dimasukkan ke dalam mulut bayi tersebut dan meratakannya ke seluruh mulutnya.

Sunnah ketiga : Menamakan bayi
Sunnah ketiga adalah dengan menamakan bayi pada hari ke-7 selepas kelahirannya. Menamakan bayi merupakan sunnah yang penting.
Nabi SAW bersabda: “Namakan mereka dengan nama para nabi” Dan sebaik-baik nama ialah Abdullah dan Abdul Rahman” .”Semolek-moleknya ialah Haris dan Hamam”.
Manakala seburuk-buruknya ialah Harb dan Murrah”

Sunnah keempat: Bercukur
Sunnah keempat adalah sunnah mencukur kepala bayi. Disunatkan pada hari ke-7 kelahiran bayi untuk dicukur kepalanya sehingga habis. Faedah sangat banyak dan Nabi SAW melakukannya kepada Hassan dan Hussin. Begitu juga dengan para sahabat RA.

Sunnah kelima : Menderma berdasarkan berat rambut bayi
Sunnah kelima adalah menimbang rambut yang dicukur itu, kemudian mendermakan perak dengan timbangan tersebut. Begitulah yang terkandung dalam riwayat. Namun ulamak menyatakan jika hendak didermakan dalam bentuk emas, maka ia lebih baik untuk muslimin dan fakir miskin.

Sunnah keenam : Aqiqah
Iaitu menyembelih 2 ekor kambing untuk anak lelaki dan seekor kambing untuk anak perempuan. disunatka untuk menyediakan sembelihan tersebut dan menjemput orang ramai untuk menikmatinya. Bermaksud, disunatkan untuk bersa gembira atas kelahiran tersebut dan menjemput ornag ramai. Disunatkan juga bagi yang dijemput untuk memenuhi jemputan aqiqah keran Nabi SAW menggalakkan kita memenuhi undangan aqiqah sehinggakan ada sebahagian ulamak mewajibkan kita untuk memenuhi undangan aqiqah.

Sunnah ketujuh : Berkhatan
Ia wajib kepada anak lelaki dan digalakkan bagi anak perempuan. Keinginan untuk menyampaikan berita gembira dan mengucapkan tahniah. Jika kit amendapat tahu tentang kelahiran baru disunatkan untuk kita mengatakan : “Moga Allah berkatimu dengan pemberianNya, semoga kau bersyukur kepadaNYa, semoga Allah kurniakanmu keberkatan dan petunjukNYA” Ini adalah sunnah yang diriwayatkan oleh Imam Hassan dan ia adalah amalan Nabi SAW.

Jika kita perhatika ketujuh0tujuh sunnah dan amalkannya kepada anak-anak mereka akan hidup bersama sunnah Rasulullah SAW.
Alangkah indahnya jika anak-anak ini sejah awal kelahiran mereka dah didedahkan dengan sunnah Rasullullah SAW.
SAya Fikir ini akan menggalakkan anak-anak ini untuk terus membesar sambil mengamalkan sunnah Nabi SAW.
JAdi saya dah berjaya membentuk generasi mencontohi Rasulullah SAW keran meraka sangat suci ketika dilahirkan lalu dihubungkan pula dengan amalan, akhlak dan petunjuk dari Nabi SAW

Allah berfirman “katakanlah: “jika kamu benar-benar cintai Allah ikutilah aku. NEscaya Allha akan mengasihimu(Ali-Imran:31)







Regards,
Nor Zanariah
PH Operations

Tuesday, 1 October 2013

Adab menyambut kelahiran bayi

Antara perkara yang Rasulullah SAW letakkan keutamaan yang tinggi adalah pada didikam untuk generasi akan datang.
Baginda memikirkan didikan awal jauh di luar batasan pemikiran manusia.
Nasi SAW jadikannya penting sejak sebelum perkahwinan lagi…
semasa memilih calon, kemudian ketika proses mengandung dan juga kelahiran dengan memastikan anak yang lahir itu dikelilingi oleh adab-adab..
yang menjadikan kelahiran tersebut sebagai persiapan kepada anak itu untuk menjadi hamba Allah yang soleh, terpelihara aripada syaitan..dan daripada penyakit dalaman dan luaran yang mungkin menimpa manusia..
Nabi SAW menyebut kepada kita bahawa syaitan mempermaikan anak yang baru dilahirkan dari rahim ibunya..kecuali MAryam dan anaknya Isa..
Kenapa? kerana ibunya mohon perlindungan dengan berdoa:
“Aku mohon perlindungan Mu untuknya serta anak-anak keturunannya daripada syaitan yang direjam”
Renungkan bagaimana dengan mengingati Allah ketika hamil boleh memelihara insan daripada syaitan dan kejahatannya..

Sunnah pertama: Mengazankan bayi
Nabi SAW mengambil berat tentang bayi yang baru lahir dari rahim ibunya dengan mengalunkan azan ke telinganya.
Supaya sejak lahir lagi bayi tersebut didendangkan dengan zikrullah dan supaya ia menjadi pelindungnya daripada syaitan yang direjam.
Nabi SAW apabila mendapat tahu tentang kelahiran Hassan, baginda bergegas mendapatkannya lalu mengalunkan azan ke telinga kanannya dan iqamah ke telinga kirinya.
Baginda bersabda bahawa bayi ynag diazankan takkan diganggu oleh ‘ummu sibyan’.
Ia adalah sejenis syaitan yang dikhaskan untuk mengganggu bayi yang baru lahir..

Sunnah kedua: bertahnik
seperti yang diriwayatkan oleh Aisyah bahawa yang baru lahir biasanya akan dibawa kepada Nabi SAW.
Bapa bayi tersebut akan membawanya kepada Nabi SAW sebelum disusukan oleh ibunya, supaya Nabi boleh mentahnikkannya dan memberkatinya.
Nabi SAW akan mengambil sedikit air liur baginda dan dimasukkan ke dalam mulut bayi tersebut dan meratakannya ke seluruh mulutnya.

Sunnah ketiga : Menamakan bayi
Sunnah ketiga adalah dengan menamakan bayi pada hari ke-7 selepas kelahirannya. Menamakan bayi merupakan sunnah yang penting.
Nabi SAW bersabda: “Namakan mereka dengan nama para nabi” Dan sebaik-baik nama ialah Abdullah dan Abdul Rahman” .”Semolek-moleknya ialah Haris dan Hamam”.
Manakala seburuk-buruknya ialah Harb dan Murrah”

Sunnah keempat: Bercukur
Sunnah keempat adalah sunnah mencukur kepala bayi. Disunatkan pada hari ke-7 kelahiran bayi untuk dicukur kepalanya sehingga habis. Faedah sangat banyak dan Nabi SAW melakukannya kepada Hassan dan Hussin. Begitu juga dengan para sahabat RA.

Sunnah kelima : Menderma berdasarkan berat rambut bayi
Sunnah kelima adalah menimbang rambut yang dicukur itu, kemudian mendermakan perak dengan timbangan tersebut. Begitulah yang terkandung dalam riwayat. Namun ulamak menyatakan jika hendak didermakan dalam bentuk emas, maka ia lebih baik untuk muslimin dan fakir miskin.

Sunnah keenam : Aqiqah
Iaitu menyembelih 2 ekor kambing untuk anak lelaki dan seekor kambing untuk anak perempuan. disunatka untuk menyediakan sembelihan tersebut dan menjemput orang ramai untuk menikmatinya. Bermaksud, disunatkan untuk bersa gembira atas kelahiran tersebut dan menjemput ornag ramai. Disunatkan juga bagi yang dijemput untuk memenuhi jemputan aqiqah keran Nabi SAW menggalakkan kita memenuhi undangan aqiqah sehinggakan ada sebahagian ulamak mewajibkan kita untuk memenuhi undangan aqiqah.

Sunnah ketujuh : Berkhatan
Ia wajib kepada anak lelaki dan digalakkan bagi anak perempuan. Keinginan untuk menyampaikan berita gembira dan mengucapkan tahniah. Jika kit amendapat tahu tentang kelahiran baru disunatkan untuk kita mengatakan : “Moga Allah berkatimu dengan pemberianNya, semoga kau bersyukur kepadaNYa, semoga Allah kurniakanmu keberkatan dan petunjukNYA” Ini adalah sunnah yang diriwayatkan oleh Imam Hassan dan ia adalah amalan Nabi SAW.

Jika kita perhatika ketujuh0tujuh sunnah dan amalkannya kepada anak-anak mereka akan hidup bersama sunnah Rasulullah SAW.
Alangkah indahnya jika anak-anak ini sejah awal kelahiran mereka dah didedahkan dengan sunnah Rasullullah SAW.
SAya Fikir ini akan menggalakkan anak-anak ini untuk terus membesar sambil mengamalkan sunnah Nabi SAW.
JAdi saya dah berjaya membentuk generasi mencontohi Rasulullah SAW keran meraka sangat suci ketika dilahirkan lalu dihubungkan pula dengan amalan, akhlak dan petunjuk dari Nabi SAW

Allah berfirman “katakanlah: “jika kamu benar-benar cintai Allah ikutilah aku. NEscaya Allha akan mengasihimu(Ali-Imran:31)







Regards,
Nor Zanariah
PH Operations

Thursday, 22 August 2013

jenis ikan


Ikan mengandungi banyak nutrien penting, termasuk protin dan sepatutnya menjadi sebahagian besar dari diet harian kita. Hanya sebahagian kecil dari ikan (100 gram) menyediakan 1/3 hingga separuh dari keperluan protin seharian. Ikan juga kaya dengan vitamin B12 yang diperlukan oleh sistem tubuh. Ikan berlemak seperti salmon, makerel dan herring juga mengandungi 2 kali ganda kalori dari ikan lain. Tidak seperti lemak tepu dari haiwan, lemak tak tepu dari minyak ikan adalah sangat berfaedah kepada kita. Kajian yang pernah dijalankan menunjukkan seseorang yang makan ikan berminyak sekali seminggu adalah jauh dari risiko penyakit jantung dan strok.
Omega-3
Asid lemak Omega-3 dari minyak ikan diketahui membantu melindungi jantung dan melancarkan perjalanan darah. Ia adalah suatu keperluan (essential) kepada sistem imun kerana tubuh kita tidak menghasilkannya melainkan kita harus mendapatkannya dari sumber luar. Saintis mendapati asid lemak Omega-3 penting untuk kesihatan mata dan otak. Ibu mengandung sepatutnya menjadikan ia sebahagian dari diet mereka. Ia dapat memberi keseimbangan terhadap pemakanan sumber omega-6 yang berlebihan.
Terdapat dalam bentuk kapsul atau cecair, minyak ikan boleh dikategorikan kepada 2 jenis:
1. minyak limpa ikan (seperti kod, salmon, makerel)
2. minyak isi ikan (seperti ikan bilis, sardin).
Istilah minyak limpa ikan kod berasal dari minyak yang diekstrak dari limpa ikan kod. Minyak ikan adalah sumber yang baik untuk vitamin A dan D.
Spesis Ikan Berminyak
Tenggiri (Mackerel)
Kaya dengan omega-3, Vitamin D dan selenium. Mengandungi 2 ~ 3 % asid lemak omega 3. Bagaimanapun, kandungan lemak omega-3 berbeza mengikut musim. Kekurangan selenium boleh mendatangkan penyakit jantung dan kanser.
Salmon
Dikatakan spesis kedua kaya dengan omega 3 selepas Tenggiri.

Todak (Swordfish)
Meskipun mengandungi omega 3, ia tidak dapat menandingi kandungan omega 3 seperti yang terkandung di dalam ikan tenggiri dan salmon.

Ikan Sebelah (Halibut)
Ikan jenis ini juga mengandungi omega 3 yang tinggi, kurang sedikit dari ikan kod. Ada yang memanggil ikan ini ikan sisa nabi di mana ada kisah yang menceritakan bagaimana kedua-dua belah matanya hanya terletak di sebelah kiri, dan warna yang berlainan di antara sisinya, iaitu seorang Nabi pernah memakan ikan ini di sebelah sisinya kemudian mencampakkan ke laut, kemudian ikan ini hidup semula dan jadilah ia ikan separuh badan.
Ikan Kayu/Tongkol (Tuna)
Ikan tuna kaya dengan vitamin D, B12 dan Omega-3. Tetapi tuna bukanlah sumber terbaik untuk asid lemak omega 3 kerana kandungannya terlalu rendah. Tuna di dalam tin tetap kaya dengan vitamin tetapi sumber omega-3 semakin kurang kerana kebanyakan minyak sudah dikeluarkan sebelum ditinkan.
Ikan Kod (Cod)
Banyak faedah yang kita dengar tentang minyak limpa ikan kod. Antaranya menguatkan tulang dan gigi, memelihara kulit, merawat gout dan arthritis dan juga untuk kesihatan jantung.

Ikan Parang (Wolf-Herring)
Mengandungi omega 3, vitamin A dan C, kalsium dan zat besi.
Sardin (Sardine/Pilchard)
Boleh didapati dengan harga yang murah di pasaran tetapi sangat berguna untuk sumber protin, zat besi dan zink termasuk semua jenis nutrien yang terkandung di dalam ikan-ikan yang disebutkan di atas termasuk omega-3. Sardin tergolong dalam kumpulan yang sama dengan salmon dan trout.

Layaran (Sailfish)
Ikan Layaran juga antara sumber terbaik omega3.
Siakap (Barramundi)
Siakap harganya agak mahal tetapi ia tidak kurang juga khasiat protin dan omega-3. Masakan popular yang menyelerakan ialah siakap tiga rasa. Tetapi lebih baik ia tidak digoreng terlebih dahulu demi memelihara khasiatnya.
Kerapu (Grouper)
Juga kaya dengan omega-3 dan protin.
Ikan Bilis (Anchovies)
Ikan yang kecil tapi tidak kurang dari segi khasiatnya. Ia seperti ikan sardin, mempunyai lemak omega-3 dan protin yang berfaedah kepada kanak-kanak dan juga orang dewasa. Ia juga kaya dengan vitamin E dan D, mineral kalsium dan selenium. Ikan kecil seperti ini lebih baik dari ikan besar seperti siakap dan tuna kerana ia mengandungi kurang kadar pencemaran logam berat seperti merkuri, plumbum dan arsenik oleh sebab pencemaran alam. Ini kerana ikan kecil mempunyai jangka hayat yang pendek dan ia kurang risiko pencemaran.
Ikan Mentah
Memakan ikan secara mentah seperti di Jepun iaitu sushi dan sashimi boleh mendatangkan risiko kecacingan kerana ikan adalah antara perumah yang baik untuk cacing-cacing parasit. Ia perlu dimasak untuk memastikan semua cacing dan telurnya mati. Sesudah dimasak, hendaklah dimakan ketika masih panas kerana ikan yang dimasak cepat rosak dan membiakkan bakteria. Masak stim, bakar atau panggang adalah kaedah terbaik untuk memelihara kesihatan.



Gula diabetes

Kita mungkin biasa dengar perkataan GULA. Namun tahukah kita bahawa definasi gula amatlah luas.
garam
Ada pelbagai jenis gula : gula natural, gula bertapis, gula buatan dan gula gantian.

Gula Natural:

Gula natural ialah gula yang tidak diproses, mengandungi kalori yang rendah dan nutrien tinggi. Gula natural tidak memberi impak besar kepada paras gula dalam darah.
Gula natural memberi kesan baik kepada kesihatan, DENGAN SYARAT ia tidak ditapis, diambil bersama makanan lain dan tidak berlebihan.  Gula naturaltermasuklah:-

Fructose (Fruktosa)

Fructose biasanya dikenali sebagai gula buah, kerana ia ditemui secara semulajadi dalam buah-buahan dan sayuran. Ia adalah 1 1/2 kali lebih manis dari sucrose (sukrosa). Fructose yang baik, diseimbangkan oleh serat dan vitamin (seperti dalam buah) untuk memperlahankan kesan penyerapan glukos; menjadikan ia makanan tenaga yang bertahan lama, dan lebih tinggi nilai nutrisi daripada sukrosa.
Gula fructose lebih manis dari gula biasa, namun ia tidak mendatangkan kesan kepada paras gula dalam darah (melainkan diambil berlebihan..)

Maltose (Maltosa)

Maltose dihasilkan dari proses ‘malting’ beberapa bijirin dengan enzim semulajadi. Antaranya ialah malt barli dan sirap beras perang.

Glucose (Glukosa)

Glukosa atau juga dikenali sebagai dextrose, ditemui secara semulajadi dalam buah, madu dan jagung. Glukosa terhasila bila semua jenis gula diuraikan oleh tubuh kita.

Lactose (Lakstosa)

Laktosa adalah gula dalam susu.

Madu

Madu yang berkualiti adalah madu yang tidak diproses dan tidak ditapis. Madu adalah makanan yang tersebut dalam al-Quran dan minuman dalam syurga, serta amalan para Nabi dan Rasul sejak sekian lama. Ia mengandungi 20% air, 40% fruktosa, 30% glukosa dan 1 % sukrosa.

Sirap Mapel Asli

Sirap mapel asli diperbuat dari pokok mapel yang mengandungi pelbagai jenis vitamin dan mineral. Tapi.. awas! Yang berlambak di supermarket tu biasanya jarang yang betul2 sirap mapel, kebanyakannya HFCS (rujuk di bahagian Gula Bertapis di bawah).

Stevia Rebaudiana

Stevia adalah sejenis daun manis yang tiada bahan kimia, tiada kalori dan tidak memberi kesan kepada gula dalam darah. Ia lebih manis dari gula biasa.

Gula Bertapis:

Gula bertapis pula adalah gula daripada sumber tumbuhan yang ditapis, hingga hilang semua khasiat vitamin, mineral, asid amino dan sebagainya. Gula bertapis ni didapati digunakan secara meluas dan memberi kesan buruk kepada kesihatan. Antara jenisGula Bertapis adalah:

Sucrose (Sukrosa)

Sukrosa adalah gula yang biasa kita gunakan, kacau dalam teh panas dan sebagainya. Ia adalah jenis gula yang paling banyak digunakan. Sukrosa adalah kalori kosong yang memberi kesan buruk kepada kesihatan.

Light Molasses

Light molasses adalah baki cecair selepas pengekstrakan gula daripada tebu. Ia biasanya digunakan sebagai sirap untuk penkek dan waffle. Ia mengandungi 65% sukrosa.

Gula Perang

Ia adalah gula tebu yang ditapis dengan molass yang masih ada di dalamnya. Kebanyakan pengilang hari ni menambah molass ke dalam gula yang sudah ditapis untuk menjadikannya ‘gula perang’. Ia mengandungi 98% sukrosa dan lebih tinggi kalori berbanding gula putih.

Pepejal Sirap Jagung (High Fructose Corn Syrup or HFCS)

HFCS berbeza daripada fructose, ia diperbuat dengan menggunakan asid dan enzim yang menguraikan sirap jagung. HFCS mempunyai indeks glisemik 89, berbanding fructose hanya 32.
Lain-lain jenis gula adalah gula buatan yang tidak berkhasiat seperti aspartam, Acesulfat K dan sucralose. Sejenis gula lagi ialah gula alkohol seperti xylitol yang ditambah dalam ubat gigi untuk mengurangkan pereputan gigi.
Gula komersial didapati menjadi penyebab kepada masalah kesihatan. Dan awas! Gula ini tidak datang dalam bentuk ‘gula’ tapi tersembunyi dalam makanan minuman ringan, ais krim, gula-gula, makanan-makanan dari kilang termasuklah bijirin sarapan, kek, minuman berperisa dan sebagainya.
Jadi sebagai individu yang nak sihat, terutama ibu bapa yang menjaga kesihatan anak-anak, kurangkan pemgambilan makanan dari kilang, sebaiknya masaklah di rumah dan jadikan buah-buahan sebagai snek buat anak-anak