Pages

Thursday 30 May 2013

Berapa sajian sehari..

Kenapa kita perlu makan berulang kali? Kenapa tidak elok mengambil gula?
Secara puratanya badan seseorang hanya boleh ada 5g kepekatan glukosa dalam darah sebelum insulin dirembeskan bergantung pada sensitiviti pankreas. Bila insulin dirembeskan, glukosa akan ditarik untuk disimpan di stor glikogen ni otot dan hati. Untuk orang yang aktif purate simpanan glikogen adalah sekitar 300-400g dan yang kurang aktif mungkin 100-200g. Hati sedikit sahaja. Bila stor ini dah penuh, otot tidak akan beri lagi glukosa ini masuk, pilihan yang tinggal adalah stor tisu adipos iaitu lemak. Lemak terlalu pemurah, dia boleh menerima seberapa banyak glukosa. Ibarat otot ini kawasan elit, yang terpilih sahaja boleh masuk, dan lemak kawasan setinggan semua boleh masuk. Bila gula segera masuk dalam badan, dah pasti insulin akan dirembeskan.
Bagi mereka yang tidak aktif, simpanan glikogen di otot tidak digunakan, jadi tiada pilihan lain, terpaksa ke kawasan setinggan iaitu lemak. Kenapa perlu makanan berulang? Pemakanan yang kerap, akan memastikan jumlah kemasukan glukosa tidak terlalu tinggi. Pemilihan makanan juga memainkan peranan. Karbohidrat seperti nasi, kandungan karbohidrat tinggi, iaitu 29g untuk 1 cawan. Itu kalau satu cawan, biasanya ramai yang kata tak cukup. :D . Karbohidrat seperti nasi basmathi cuma 16g untuk 1 cawan. Banyak lagi contoh karbohidrat. Kenapa perlu protein dalam setiap menu? Protein mempunyai TID yang tertinggi di antara semua nutrisi yang lain (karbohidrat dan lemak). TID adalah singkatan untuk Thermogenesis Induced by Diet. Setiap gizi perlukan tenaga untuk dicernakan oleh sistem pencernaan dan kemudian diserap ke dalam aliran darah. Tenaga yang badan gunakan untuk mencerna ini dipanggil TID. TID berbeza untuk setiap nutrien. TID untuk protein adalah 25%, untuk karbohidrat adalah 5% dan untuk lemak adalah 2%. Pemakanan protein dalam setiap menu meningkatkan metabolisme.
Adakah puasa elok untuk menurunkan berat badan?
Saya tak nafikan puasa mampu menurunkan berat badan. Bila berpuasa sudah pasti berlaku defisit kalori. Katakan keperluan asas 2000 kalori, bila berpuasa kita makan 1000 kalori. Dari mana datangnya 1000 kalori lagi untuk menjalan fungsi asas badan? Adakah dari lemak atau otot? Badan akan mula berkehendak makanan selepas 3-4 jam dan akan bertukar ke starvation mood. Bila tidak dapat makanan daripada luaran, secara tidak langsung badan mula berfikir yang mungkin ‘tuan aku ini tengah darurat, tak cukup makan’. Badan akan menyimpan lemak dan mula membakar otot. Itu yang kita panggil catabolisme. Badan akan mula menyusut dan berat turun. Adakah itu yang kita mahu? Bila bercerita berkenaan puasa, dalam agama kenapa kita digalakkan berpuasa? dan untuk yang Islam kita diwajibkan berpuasa sebulan dalam bulan Ramadhan? Tujuannya bukan untuk menguruskan badan. Tujuannya dari sudut usul adalah untuk memperingati Dia yang tidak makan dan tidak minum. Mendekatkan diri kepada tuhan. Dimana dengan berpuasa juga mampu mengawal nafsu. Pernah ke kita belajar dalam agama, jika hendak kurus maka berpuasa lah? :D . Ada beberapa kelebihan berpuasa lagi seperti detoksifikasi dan lain-lain. Jangan gunakan puasa untuk kuruskan badan.
Bila sepatutnya saya ambil protein whey? Sebelum atau sesudah bersenam?
Seeloknya ambil sebelum dan selepas. Jika makanan terakhir yang diambil adalah sekitar 4 jam yang lebih, seeloknya ambil sebelum latihan untuk meningkatkan kembali nitrogen balance di otot dan menghalang catabolisme. Campurkan protein whey dan oat sebelum berlatih. Dan selepas senaman, badan kita akan kurang glikogen. Kembalikan sumber glikogen dengan gula daripada sumber dektrosa atau maltodextrin dan kemudian diikuti dengan protein whey. Jangan campurkan fiber di dalam whey selepas latihan kerana akan melambatkan penyerapan. Protein whey seeloknya diambil sekitar 30 minit hingga 2 jam selepas latihan.
Kenapa saya cirit birit selepas mengambil makanan tambahan protein?
Kebiasaannya disebabkan toleransi laktosa yang tinggi. Cuba cari makanan tambahan protein yang tiada laktosa atau kurang. Jika masih cirit, cuba tambahkan psyllium hust (boleh didapati di farmasi) ke dalam campuran. Cuma elakkan campuran itu selepas latihan.
Adakah elok training sebelum berbuka puasa?
Disebabkan masa terlalu lama sekitar 12 jam perut kosong, keseimbangan nitrogen menjadi negatif. Jadi adalah tidak digalakkan berlatih sebelum berbuka. Keseimbangan nitrogen negatif akan menyebabkan otot dibakar menjadi tenaga. Andai kata di tempat anda tiada gym yang buka lewat malam dan anda masih ingin berlatih, lakukan latihan kompoun sekitar 30 minit sebelum berbuka. Tidak perlu latihan yang berintensiti tinggi.
Bilakah masa terbaik bersenam pada bulan Ramadhan?
Seeloknya sekitar 2 jam selepas berbuka untuk memberi ruang kepada penghadaman. Kebanyakan gym di sekitar Kuala Lumpur buka sehingga lewat malam. Cuma mungkin di luar bandar yang tutup awal. Jika perlu, lakukan senaman ringan di rumah menggunakan berat badan bagi yang tidak berkesempatan ke gym. Masa terbaik untuk latihan kardio adalah sebelum sahur. Tidak menjadi masalah bagi seorang yang aktif sebelum ini untuk berehat sebulan bahkan mungkin lebih baik, dengan memberi ruang pada pemulihan.
Kenapa saya mengantuk selepas berbuka?
Setelah sekian lama berlapar, tetiba ada kemasukan karbohidrat. Lebih-lebih lagi yang mudah dibakar. Bagi mereka yang sihat, badan dapat menerima purata 5g glukosa dalam darah dalam sesuatu masa. Apabila melebihi, badan akan merembeskan insulin. Insulin akan menarik glukosa ke dalam otot yang kehilangan simpanan glikogen berikutan puasa dalam 1 jangka masa yang lama. Ini menyebabkan glukosa tidak dapat disalurkan. Badan tidak mendapat tenaga yang mencukupi. Jadi ketika berbuka, kurangkan pengambilan gula segera atau elakkan bagi yang sedang menguruskan badan. Jangan makan keterlaluan ketika berbuka.
Bagaimana dengan pengambilan protein semasa berpuasa? Bila sepatutnya saya ambil makanan tambahan protein?
Pengambilan protein masih boleh mengikut kiraan biasa, cuma mungkin bagi sesetengah orang agak sukar membahagikan masa makan. Sekurang-kurang cuba bahagikan ke 3 menu. Seeloknya lebih. Pengambilan makanan tambahan protein boleh dilakukan diantara masa-masa menu kerana secara lazimnya, berbuka dan bersahur dah makan banyak.


Kredit to zakikhan.net

Menu Diet Kencing Manis..Diabetes Gestasi Melitus

Untuk permulaan anda boleh mencuba resipi sihat yang sudah diuji dan diluluskan pakar pemakanan seperti Sup Tauhu Lembut, Rendang Ayam dan Sayur Campur Bersos.



Diet kencing manis

Bila bercakap soal kencing manis, perkara utama yang ditekankan berulang-ulang semua pakar perubatan ialah menjaga pemakanan. Bukan setakat pengambilan gula, malah semuanya perlu dikurangkan terutama makanan yang mengandungi karbohidrat dan gula asli termasuklah buah-buahan.

Malah ada pakar pemakanan menyifatkan buah- buahan tempatan adalah ancaman utama kepada pemakanan pesakit kencing manis kerana yang lebih ranum, lebih enak rasanya dan semakin tinggi pula kandungan gulanya.

Pada pesakit kencing manis mengawal paras gula dalam darah supaya berada dalam julat sihat bukanlah mudah. Ia memerlukan disiplin dan kesungguhan. Bukan paras gula saja yang hendak dikawal tetapi perlu juga memberi tumpuan kepada tahap kolesterol dan tekanan darah.

Kebimbangan ini menyebabkan ada sesetengah pesakit menjadi terlalu berhati-hati sehingga timbul masalah kekurangan zat atau mereka terdorong mengamalkan pemakanan yang tidak sihat. Kajian Universiti Toronto yang disiarkan dalam jurnal Penyelidikan Nutrisi mendapati pesakit kencing manis boleh mengalami gangguan ingatan jika mengamalkan pemakanan tidak sihat terutama tinggi kandungan lemak.

Kajian mendapati selepas satu setengah jam memakan makanan banyak lemak, kebolehan pesakit untuk mengingat perkataan merosot berbanding pesakit yang hanya minum air saja. Pada masa sama apabila pesakit diberikan makanan banyak lemak berserta vitamin C (lebih 1,000 miligram) dan vitamin E (800 IU), didapati prestasi ingatan pesakit sama seperti pesakit yang minum air saja.

Ini menunjukkan bahawa kesan kemerosotan ingatan akibat pemakanan kurang sihat dan tidak seimbang boleh diatasi dengan pengambilan makanan antioksidan seperti vitamin C dan E yang banyak terkandung dalam buah- buahan serta sayur-sayuran.

Walaupun pil vitamin boleh memberikan manfaat yang sama tetapi menurut penyelidik kajian berkenaan, Michael Herman Chui, lebih baik jika pesakit dapat mengambil sumber antioksidan segar kerana ia turut mengandungi pelbagai khasiat lain.

Namun apa yang lebih kerap terjadi di kalangan pesakit dan penduduk di negara kita ialah masalah terlebih makan, kata Perunding Endokrinologi, Dr Faridah Ismail. Pengurangan makan (terutama makanan manis) bukan hanya untuk pesakit saja tetapi ia perlu membabitkan seisi keluarga.

Kajian tempatan menunjukkan secara purata rakyat Malaysia mengambil 125 gram gula atau 25 camca teh gula sehari berbanding kadar yang disarankan iaitu hanya 50 gram. Gula ada banyak kalori tetapi tidak mengandungi khasiat. Ia hanya menyumbang kepada masalah kegemukan.

Menurutnya badan kita mendapat tenaga daripada glukos iaitu gula ringkas. Glukos diperolehi melalui penghadaman makanan berkanji (karbohidarat) seperti nasi, pulut, roti, ubi (kentang, keledek dan keladi), mi dan mi hun, pasta, semua gula yang diproses, madu serta buah-buahan.

Malah hati juga menyimpan glukos yang dikeluarkan apabila ada keperluan. Glukos akan menjadi tenaga selepas ia diserap daripada aliran darah. Proses pemindahan glukos daripada darah ke dalam sel ini dilakukan agen pengangkut yang dipanggil insulin.

“Insulin ialah hormon yang dikeluarkan oleh pankreas. Pengeluaran insulin yang paling aktif ialah selepas makan untuk membantu penyerapan glukos ke semua sel dengan berkesan. Kencing manis berlaku dalam dua keadaan iaitu apabila pankreas tidak lagi mampu mengeluarkan insulin secukupnya atau insulin yang dihasilkan tidak dapat berfungsi sepenuhnya. Keadaan kedua dipanggil rintangan insulin. Keadaan ini mengambil masa yang lama untuk berlaku.

“Badan menjadi kurang sensitif terhadap insulin dan ini menyebabkan pankreas bekerja lebih kuat untuk menghasilkan lebih banyak insulin bagi mengatasi masalah ini. Namun lama kelamaan pankreas akan menjadi lemah tetapi masih tidak mampu menghilangkan rintangan insulin dan akibatnya paras glukos dalam darah menjadi tinggi,” katanya.

Masalahnya, kencing manis tiada tanda khusus malah tidak menunjukkan sebarang tanda pada peringkat awal pembentukannya. Jika ada pun hanyalah kehilangan tenaga dan pesakit terasa cepat penat yang sering disalah anggap gejala ini disebabkan terlalu banyak kerja.

Justeru itulah ramai tidak sedar mereka menghidap kencing manis. Kajian menunjukkan sebaik penyakit dikesan seseorang pesakit sudah menghidap kencing manis sekurang-kurangnya selama lapan hingga 10 tahun.

Antara tanda lain kencing manis ialah:

# Kerap buang air kecil termasuk pada waktu malam

# Kerap berasa dahaga dan kebanyakan pesakit menginginkan minuman manis

# Susut berat badan

# Cepat penat dan tidak bermaya

# Kerap alami ruam, gatal dan jangkitan kulit

# Rasa gatal di kemaluan dan jangkitan vagina pada wanita

# Tangan dan kaki terasa kebas

# Luka atau kudis lambat sembuh



Televisyen, kencing manis dan di-ab-e-tes

“Terlalu banyak menonton televisyen juga menjadi faktor risiko tambahan yang meningkatkan peluang menjadi obes dan mendapat kencing manis. Tabiat suka menonton televisyen akan membuatkan seseorang menjadi tidak aktif dan lebih buruk jika ia disertakan dengan makan makanan ringan yang boleh menambah berat badan tanpa disedari.

“Membiarkan berat badan terus bertambah seolah-olah kita mengundang kencing manis datang dalam hidup kita. Malah wanita yang mengalami kencing manis ketika hamil juga perlu lebih berhati-hati dan peka menjaga kesihatan kerana kencing manis ini boleh berulang lagi selepas melahirkan anak terutama apabila memasuki umur 40 tahun,” katanya.

Justeru itu, beliau menyarankan semua orang menjalani pemeriksaan paras gula dalam darah. Antara ujian yang boleh dilakukan ialah toleran glukos oral. Untuk menjalani ujian ini kita dikehendaki berpuasa pada waktu malam (selama lapan hingga 12 jam).

Pada waktu pagi kita akan diberi air minuman glukos dan tahap gula dalam darah diukur dua jam selepas itu. Jika tahap gula anda tinggi, maka anda berisiko untuk mendapat kencing manis dan perlu lakukan sesuatu terutama mengubah gaya hidup dan tabiat pemakanan untuk mencegahnya.

Kencing manis adalah penyakit yang sangat mahal untuk dirawat. Pada 2002, Amerika Syarikat membelanjakan kira-kira RM435 bilion untuk rawatan kencing manis dan jumlah ini dijangka meningkat kepada RM633 bilion menjelang 2020. Rawatan untuk obesiti saja melebihi RM330 bilion setahun.

Dr Faridah berkata, pesakit masih boleh makan apa yang diingini tetapi dalam kuantiti yang kecil dengan melebihkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan. Begitu juga sayur-sayuran berkanji seperti kentang, keledek, ubi kayu dan labu, jika sudah makan nasi, jangan lagi makan makanan yang mengandungi kanji termasuklah yang dijadikan kerepek.

Untuk sajian utama, pilih makanan yang mengandungi mil penuh seperti nasi beras perang, roti, pasta atau mi hun diperbuat daripada tepung mil penuh; bersama ikan atau daging tanpa lemak untuk dua hingga tiga kali seminggu.

“Isi separuh pinggan dengan sayur, satu perempat untuk nasi dan bakinya untuk lauk. Cara begini akan mengurangkan tekanan kepada badan yang secara tidak langsung mengurangkan risiko mendapat kencing manis.

“Untuk pencuci mulut, ambillah buah-buahan segar dan kongsi makan bersama keluarga. Elakkan minum jus buah terutama jika makan di restoran kerana ia mungkin ditambah gula. Selain itu paling utama jangan minum minuman segera berpaket seperti kopi atau teh 3-dalam-1 yang banyak kandungan gulanya.

“Elakkan krimer kerana ia dibuat daripada sirap glukos. Jika mahu teh tarik pun boleh tetapi hadkan kepada seminggu sekali. Semua langkah ini secara perlahan-lahan boleh membantu anda menguruskan penyakit dan mengurangkan berat badan. Pengurangan berat badan sebanyak lima hingga 10 peratus boleh menurunkan risiko kencing manis sebanyak 58 peratus,” katanya.

Eksekutif Chef, Rezuan Sulaiman dalam demonstrasi masakan untuk pesakit kencing manis berkata, keluarga dan pesakit perlu bijak mengubah suai resipi bagi menyediakan sajian sihat contohnya menggunakan bahan-bahan berkhasiat seperti yogurt untuk menggantikan santan dan pes kurma bagi pengganti gula.

Sebagai contoh, selain menumis sayur yang menggunakan minyak, dia menyarankan supaya sayur berkenaan dicelur dulu dan sos atau kuahnya dimasak berasingan tanpa menggunakan minyak. Paling penting ialah makan makanan yang dimasak di rumah kerana anda boleh mengawal penggunaan bahan-bahan mengikut keperluan.

Untuk permulaan anda boleh mencuba resipi sihat yang sudah diuji dan diluluskan pakar pemakanan seperti Sup Tauhu Lembut, Rendang Ayam dan Sayur Campur Bersos.



Senaman dan ubat

Perunding Perubatan Rehabiliasi, Dr Tunku Nor Taayah Tunku Zubir, berkata selain penjagaan makanan senaman adalah ubat paling mujarab untuk mengawal penyakit jika dijadikan rutin harian. Bagi pesakit kencing manis senaman boleh meningkatkan sensitiviti badan terhadap insulin.

Peningkatan ini akan membuatkan lebih banyak gula diangkut masuk ke sel dan mengurangkan paras gula dalam darah. Senaman yang dilakukan secara teratur dan berterusan akan memudahkan pengurusan penyakit dan mengembalikan paras gula ke julat normal.

“Semua orang tahu senaman boleh mengurangkan risiko banyak penyakit seperti sakit jantung, strok, masalah kolesterol, memperbaiki emosi dan kesihatan secara keseluruhan. Semua orang boleh bersenam tetapi untuk pesakit kencing manis, perlu ketahui tahap gula dalam darah terlebih dulu untuk mengelakkan masalah lain seperti pitam jika paras gula terlalu rendah.

“Bagi yang tidak pernah bersenam, mulakan dengan sesi pendek selama 10 minit yang diulang tiga kali dalam satu hari. Apabila sudah biasa, tambahkan masa dan aktiviti untuk meningkatkan stamina. Jika diamalkan berterusan pesakit boleh melihat kesannya.

“Bagaimana hendak mengetahui sama ada senaman anda cukup atau tidak? Caranya ialah melalui ujian bercakap; jika anda boleh bercakap macam biasa bermakna senaman tidak mencukupi sebaliknya sekiranya anda tidak boleh bercakap langsung tandanya anda terlebih bersenam. Senaman mencukupi bila anda terasa penat tetapi masih boleh bercakap,” katanya.

Pesakit kencing manis lebih berisiko mendapat penyakit jantung (50 peratus lebih tinggi berbanding bukan pesakit). Justeru itu ada banyak jenis ubat dicipta khusus untuk mengurangkan masalah kesihatan ini termasuklah fenofibrate yang dikatakan berkesan dalam pengurusan tahap lipid (lemak).

Kajian Selaan Fenofibrate dan Mengurangkan Kejadian Dalam Kencing Manis (FIELD ) membuktikan terapi yang merendahkan lipid untuk jangka panjang boleh mengurangkan akibat makrovaskular (salur darah besar) dan mikrovaskular (salur darah halus) pada pesakit.

Walaupun kencing manis boleh menjadi ‘pencetus’ kepada pelbagai masalah kesihatan lain tetapi melalui penjagaan teliti pesakit mampu menjalani kehidupan yang baik. Perkataan diabetes itu sendiri boleh menjadi peringatan kepada kita iaitu:

# Di - diet (pemakanan)

# Ab - Saiz abdomen (perlu kekalkan saiz pinggang kurang daripada 90 sentimeter untuk lelaki dan 80 sentimeter bagi perempuan)

# E - senaman ; sekurang-kurangnya 30 minit sehari, tiga kali seminggu

# Tes - Buat ujian paras gula dalam darah secara berkala

Oleh NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN

Saturday 25 May 2013

Kecewa nk pergi Langkawi Int Big Bikes Fiesta 2013 Cenang Beach by GMCBikers

  • Semangat membara nk pergi Langkawi International Big Bikes Fiesta 2013 at Cenang Beach Langkawi by GMC Bikers bertukar kecewa cerita selanjutnya

    Pengalaman mengajar kami!!!
    Cerita sepanjang perjalanan kami 5 biji motor dari Kuala Lumpur nk ke Langkawi..

    Khamis 23.5 siap2 ambil cuti nk gerak awal sikit dari KL..
    Jadual kami kol 2ptg berkumpul di rest jejantas sg.buloh..
    Tunggu punya tunggu lebih kurang kol 3ptg baru gerak..
    Berhenti isi minyak jap di R&R Tapah sambil minum air..
    Next stop Juru isi minyak dan makan kat restoran Pelita Nasi Kandar sbb dekat tepi hway jer tak perlu nk pusing juru..siap mkn mlm lebih kurang kol7 mlm kami meneruskan perjalanan semula..

    Asalnya nk keluar di tol kuala kedah tapi kerana ada sorang member ni top speed tak sempat nk panggil menderu lajunya.. terpaksa la kami mengejar ke hadapan..sudahnya 2 biji moto lagi dah pun keluar ikut signboard kuala kedah seperti dirancang..

    Kami 3 biji motor ni pula bagaimana!!!
    kami pun tunggu tepi lepas tol tak tahu apa namanya pun..tunggu dekat sejam dari 8.15pm sampai 10pm.. akhirnya dapat kol mereka..rupanya mereka sudah pun smpi di jetty kuala perlis..

    Kami ber3 (moto) pun mulakan perjalanan semula keluar mengikut simpang kuala perlis nk ke jetty..

    Sampai jer Hotel Brasmana kami pun check in..keletihan..10.30pm kumpul di Lobby nk mkn sama2 di restoran depan hotel..seafood katanya..nyumm nyumm..rasanya baru jer aku
    melantak nasi kandar pelita tadi..adoyai..selera betul melantak je keje aku ni..


    Lepas makan..en.suami semua pergi jumpa mickeal di Kuomala food court (organizer Langkawi big bikes ni)
    setelah mendengar sikit sebanyak penerangan ni faham dan puas hati..en.suami pun dengan yakin bercerita dengan kami di lobby hotel esok jam 8 am siap on the bike..tidur lebih kurang 1am..

    Kol 6 pagi bangun subuh then siap2 pergi isi minyak berhampiran jap takut di langkawi tak jmpe petrol pump..

    sharp kol7 am..kami ke lobby membawa kelengkapan kami..breakfast disediakan..

    8am micheal pun dtg menjemput kami di lobby utk ke koamala registration..
    Kami diberikan sticker orange utk tampal di motor..ferry kami jam 10.30am..motor perlu ada di jetty 45 min sebelum ferry gerak..tapi seperti arahan mickeal tunggu sahaja disini.. smpi arahan seterusnya kami keluar kan..

    motor2 lain menderu ke arah ferry tapi kenapa kami tidak dipanggil lagi..mana micheal??? bila micheal muncul dia pun berkata "ferry cargo sudah penuh org dah bergaduh di sana tak dapat naik"

    kami pun terus ke sana tempat loading motor2 ni..ha biar betul semua ni berlaku..bikers2 menjerit2 bunyi motor mengaum-ngaum ferry penuh..


    Semasa lepak2 di bwh pokok bersama pihak kastam: mereka berkata" kami tidak tahu menahu akan hal ini..tiada apa2 surat dari penganjur GMC pada mereka..so, siapa nk masuk ferry masuk ajela tunjukkan geran motor pada kami.." baik lah kami tahu ini bukan salah mereka..

    Brader sorg ni pulak ckp mereka 10 motor tapi satu motor dah eksiden on the way ke kuala perlis..

    Seperti dalam itinery kami ferry hari jumaat akan loading 2 kali jam 10.30am dan 8.30pm sama juga pada hari ahad nanti..

    Disini maklumat dari Jabatan Laut pula kami dengar bahawa Ferry hanya akan bergerak jika air pasang jika tidak faham2 la sendiri yer..ferry last pun jam 5 ptg..mlm tak de ferry gerak sbb bahaya..Tiada pula surat dari penganjur nk tambah ferry klu ada pun perlu surat kebenaran seminggu lebih awal..

    Dalam kekecohan yang melanda bikers  ni sampai ada yang pengsan dihempap motor sendiri krn kepanasan   matahari  kol12 dan sbb pakai full suit.. brader ni tumbang bersama motornya..adoi kesian

    Amukan bikers telah dapat menurunkan 2 kenderaan dari dlm ferry jadi dapatlah beberapa motor masuk dalam..

    kami juga berfikir jika mcmni la keadaan nk masuk ferry.. mcmana pula keadaan masa nk keluar dari langkawi nanti..mesti sama jer keadaannya nnti..

    Tiba-tiba..Tuhan menurunkan rahmatnya menyejukkan hati yang panas..hujan mulai rintik-rintik kami bergegas ke koamala semula..takkan nk berhujan pulak..

    Sampai di Koamala..
    Hujan lebat...kami lihat masih ada lagi yang daftar nk ke langkawi dengan harapan dpt naik ferry mlm..
    Group dari Thailand dan Singapore juga disana kelihatan kecewa..masih menunggu ferry mlm ni pula..ada juga yang nk tinggalkan moto bayar sendiri tiket penumpang nk ke langkawi juga..

    Sementara menunggu hujan reda..Kami pun call micheal dari syarikat motor kami Wilhin Malaysia untuk uruskan keadaan kami kalau boleh kami nk mintak balik bayaran kami sbb ferry pun kami tak naik cuma dapat sticker orange je..mahal kan sticker ni harganya RM626 cuba x 500 biji = ???? contoh sahaja.. tu semua salah mereka..dia punya urusan...jika bertanggung jwb pulangkan la semula..disini kami tak nk komen panjang2..

    Dalam jam 2ptg lepas zohor hujan berhenti..kami buat keputusan gerak balik KL nk check in hotel brasmana semula dah penuh.. nt singgah la mana2 hotel yg kosong.. 

    broomm makan tengahari dulu..isi minyak.. terus ke juru..isi minyak.. mata betul2 tak tahan ngantuk nk tidur je rasanya..

    Keluar tol changkat jering nk pergi Manjung Bikes Week pula..masuk jalan lama.. lompat2 jalanraya nya..byk kubur tepi jalan..ada bau wangi dan busuk juga sepanjang perjalanan ni..

    Sampai sitiawan, check in hotel dulu jam dah 8pm lebih..ada kwn dari group kami tolong booking bilik untuk kami..Alhamdulillah boleh rehat..Motor pun dapat rehat juga..


    Dinner kami di hadapan hotel jer..makan apa yang ada..


    Masuk Hotel mandi2 terus tidur..
    9am siap2 turun di lobby utk memulakan perjalanan semula..

    10.40am kami sampai di Manjung Lunch terus di Gerai tepi jalan tu..

    Jam 12 tengahari smpi ke Manjung Bikes Week..beli lah 3helai T-shirt kenangan..

    Kemudian smbg semula perjalanan kami..isi minyak..minum n rehat..

    R&R Ulu bernam berhenti makan lagi..
    Then Rest Jejantas Sg.Buloh pula..bukan apa nk ambil barang dalam box Haji..tumpang kejap tadi..almaklumla motor kami tiada box

    7pm bersurai..semua balik ikut haluan rumah masing2..

    Alhamdulillah Semuanya selamat sampai ke rumah masing2...

    Mlm ni layan Bikers Kental pulak di Tgv Aeon Cheras Selatan..lakonan awie, zizan dll...puas ati balik tidur

    Hari ni Ahad nk pergi kenduri kahwin best friend tgv dulu Irzaliana di Tmn Botani Putrajaya..

    • Jack Armani Joey... Jgn esok bertumbuk kt feri sudah..hahahahah
      10 hours ago via mobile · Like · 1
    • Gmc Bikers Salam kpd semua di sini. Kami sbg penganjur memohon maaf diatas segala kesulitan yg dihadapi oleh bikers2 yang terkandas di Kuala Perlis dan yang terpaksa tinggal moto di Kuala Perlis dan masuk menggunakan feri penumpang yg disewa. Apapun kepada mereka yang enjoy 'FREE RIDE' masuk ke Langkawi, Tahniah diucapkan. Kerna FREE RIDE anda semua terpaksa menanggung peritnya. Kami ada no plat anda see you soon.... Malah 'FREE RIDE' anda juga telah menyebabkan kerugian wang ringgit dan masa kepada para bikers, operator dan penganjur. Apapun kpd semua bikers yg berdaftar tetapi tidak dpt meneruskan perjalanan kerna FREE RIDE BIKER tersebut...kami penganjur akan bertanggung jwb sepenuhnya.... Kepada bikers yg ditampar biker kami juga memohon maaf. Kami juga memohon maaf kpd bikers yg di tunjuk 'sen**ta'. Kami juga memohon maaf kerna kelewatan roro akibat kedegilan 'FREE RIDE RIDER' dan kami juga memohon maaf kepada bikers kerna air surut dan roro tak dpt masuk. Terima kasih kpd 677 bikers yg hadir memberi sokongan padu kpd kami. Kepada FREE RIDER.... We will see you soon...face to face.
      9 hours ago · Like · 3
    • Arif Jalilah Mai manjung pun ok gaj

Saturday 11 May 2013

Resepi Marble Cake (Kek Marble)

Resepi Kek Marble...

Preparation: 30minit
Bake: 45minit

Today receipe making a Marble Cake!!!

It is a cake with vanilla and chocolate mixed together in a swirl!!!!

It's super easy and super delicious!!!

I am going to show you my own twist on it as I dont use cocoa powder in this recipe but instead I use real chocolate, which really brings this recipe to the next level!  



Ingredient:
  • - 5 large eggs
  • - 1/2 cup and 2 tablespoons (125 grams) granulated sugar
  • - 1 teaspoon vanilla extract
  • - Pinch of salt
  • - 1 teaspoon baking powder
  • - 1 stick (8 tablespoons / 113 grams) butter
  • - 1 cup (128 grams) all-purpose white flour
  • -  4.4 oz (125 grams) dark chocolate
  • - 4.4 oz (125 grams) white chocolate

Directions:

Step 1: Making the cake Batter

* The first step is to beat the 5 eggs with the sugar, using an egg beater. You want the eggs to become double in volume, fluffy, and have a withish color. This is an important step to make the cake moist! 


* The eggs are ready when they become very thick - you can actually create a 'ribbon' with the batter when you pour some of it with a spoon over the rest of the batter..


* Add the vanilla extract, a pinch of salt, and the baking powder to the egg mixture. Continue mixing for a few seconds until well incorporated. 


* Melt the butter (either in the microwave or in a sauce pan). 


* Add the melted butter to the egg mixture while continuously stirring. 


* Sift the flour over the egg mixture and gently fold all the ingredients together using a spatula, until well incorporated.


* Split the batter, equally, into 2 separate bowls. In one portion we are going to add melted dark chocolate, and the other one melted white chocolate. If you dont like white chocolate you can skip it, or you can replace the dark chocolate with cocoa powder. You can even create your own flavors, for example, strawberry and chocolate, or green tea and white chocolate! 


Step 2: Making the Separate Batters

* Melt the dark chocolate and white chocolate separately.


* Preheat your oven to 360 F / 180 C.

* Add the melted dark chocolate to one portion of the batter. Then add the melted white chocolate to the other portion of the batter. Mix well.  




* Butter your cake mold, then place parchment paper in it (I am using an 8" rectangular cake pan). The reason we need to butter the pan before the parchment paper is to get the paper to stick to the pan, otherwise, the paper will not stick! Cut the border of the parchment paper with scissors to get even borders.




* First pour half of the white chocolate batter in the pan. Then cover it with the entire dark chocolate batter, use a spatula to spread evently. Finally pour the rest of the white chocolate batter on top of the chocolate batter. 



* Insert the knife in the batter and move it around to create swirles.  


* Bake the cake for around 45 minutes or until it is done. It will become golden brown, and when you press the top of the cake it feels firm.


* Remove the cake from the pan and let it cool down!




Bon Appetit!  


Thanks to cookingwithalia.com