Saturday, 10 October 2015
Power Bank Kasut Sneakers Adidas Nike New Balance
Tuesday, 6 October 2015
Teknik power pumping milk booster
Menyusukan anak sehingga umur 2 tahun adalah target saya. Walaupun saya bekerja 8pagi -5 petang keperluan anak saya dahulukan. Cuma kadang-kadang sekali pump dapat sikit, kadang-kadang pula dapat banyak.
Mengikut kajian ia bergantung kepada tahap STRESS kita sehari. Jadi cuba tenangkan diri, buat sesuatu yang kita boleh jadi HAPPY. Bila emosi kita tidak terganggu maka proses pengeluaran susu juga akan lancar selancarnya bila di picit terpancut keluar macam pictol air hahha...
Faktor PEMAKANAN juga berperanan penting untuk mengatasi masalah ini. Bagi saya kalau kita nak keluarkan makanan/susu yang baik dan lengkap kepada anak kita juga perlu makan apa yang paling berkhasiat untuk diri kita. Sebab susu itu mengalir dari pemakanan kita jadi darah daging kita. Makanan itu mestilah Halal dan diyakini.
Bagi saya tiada istilah DIET dalam diri saya sebab lepas menyusu atau mengepam susu, confirm badan ni akan terasa lapar, menggigil seluruh tubuh. Masa ni otak terus search dimana ada makanan,jadi apa yang terbayang, terlintas difikiran terus capai masuk mulut. Tapi mestilah dari sumber yang halal. Saya tidak kisah jika berbelanja lebih sikit untuk makan saya sebab saya tidak perlu beli susu formula yang lebih mahal sebenarnya kosnya dari segi pemakanan dan kesihatan anak.
Jadi saya cuba cari solusi bagi masalah saya sendiri.
POWER PUMPING PADA WAKTU LUNCH
Contoh: Saya akan start pump pukul 1.30pm sampai habis waktu lunch 2.30pm dan adakah susu akan bekurang jika saya mula start pump balik 2jam selepas 2.30pm?"
Breast yang kosong akan ambil masa 1 jam sahaja untuk refill semula. Tetapi untuk percepatkan breast refill semula, setiap kali lepas memerah/powerpumping MESTI MAKAN ya.
Amalkan pemakanan yang sihat.
BUAT TANPA TAPI, RESULT CERIA MENANTI!
Info Internet
Thursday, 1 October 2015
Wireless Speaker
Mp3 yang comel
Power Bank Original Pineng
Wednesday, 30 September 2015
Power Bank Perfume Lipstik Aluminium
Susu Colostrum Anak ku
Tuesday, 18 August 2015
REZEKI TIDAK BERKAT
Rezeki ada yang berkat. Ada juga yang tak berkat. Kita kerja dari pagi ke malam setiap hari pastinya ingin mencari rezeki yang berkat. Kita berusaha sentiasa untuk diri dan keluarga untuk memberi keselesaan kepada mereka. Siang malam pagi petang, itu yang kita carikan- rezeki yang berkat.
Namun dilihat keliling ada juga mereka yang mendapat rezeki secara tidak berkat. Mencuri, menipu, menganiaya, rasuah- memberi dan menerima, riba, dan sebagainya. Nauzubillah min zalik. Semoga kita dijauhkan.
Rezeki yang tidak berkat…
Mendapat sedikit pun akan rasa tidak cukup. Kita terperangkap dalam mengejar dunia kita sendiri. Mengejar dunia tidak akan tercapai kerana apabila capai kereta Mercedes, kita lihat orang kaya lain pakai kereta Bentley. Kita pun kejar lagi dengan cara tidak berkat. Apabila sudah ada Bentley, kita tengok orang kaya lain ada Rolls Royce. Kita kejar lagi dengan rezeki tidak berkat. Apabila ada Rolls Royce, kita lihat orang kaya lain ada Ferrari. Dan terus kita mengejar dan mengejar.
Bila akan berakhir? Mengejar dunia tidak ada akhirnya.
Rezeki yang tidak berkat…
Bila dapat banyak mana pun rezeki tidak berkat, kita tidak akan berasa puas. Dah banyak pun tak puas? Hati sentiasa ingin lebih banyak lagi dan lagi. Apa yang ada terasa tak cukup. Sifat tamak haloba mula menghantui diri. Ingin mempunyai lebih dari semua orang dan cara yang boleh mencapainya dengan mudah adalah mencuri, menipu, menganiaya, rasuah, riba dan sebagainya!
Hati tidak akan senang jiwa tidak akan tenteram kerana hati dan jiwa tidak dapat dipuaskan dengan rezeki tidak berkat.
Rezeki yang tidak berkat…
Adalah istidraj. Istidraj bermaksud kekayaan dan kesenangan yang dapat melalui rezeki yang tidak berkat adalah pemberian yang tidak diredhai. Ujian yang diberikan mungkin nampak seperti nikmat duniawi, harta benda, wang ringgit, pangkat dan darjat tetapi, kesemuanya adalah tidak berkat.
Kesilapan yang dilakukan apabila diuji istidraj adalah, mereka akan lebih jauh dari Allah swt dan melakukan kemungkaran. Ujian yang diterima memusnahkan lagi mereka. Jauh dan jauh.
Jangan fikirkan segala kenikmatan adalah diredhai. Rezeki yang tidak berkat hanya akan memusnahkan diri kita sendiri dari usaha yang tidak akan cukup, hati yang tidak akan puas dan keimanan yang semakin jauh.
Milk Booster - Red Dates
Saturday, 15 August 2015
Menu Bayi 6m+
- buah-buahan, seperti pisang, pir dan epal yang dipurikan;
- sayur-sayuran, seperti lobak merah, labu dan bunga kubis.
Babies and Allergies: The Top 8 Allergenic Foods
- Milk
- Egg
- Peanuts
- Tree nuts (such as walnuts or almonds)
- Fish
- Shellfish
- Soy
- Wheat